MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Tip Cukupkan Dana Pendidikan Anak-anak Ketika Gaji Kecil

March 20, 2023

Hari ni hari pertama anak sulong kami memulakan pengajian di universiti...

Untungnya dia...

Sudahlah masuk universiti swasta. Tak ada loan, tak ada biasiswa, tapi 100% ditaja oleh FAMA - Father & Mother!... (Alhamdulillah)

More...

Tak Mampu Menabung Untuk Pendidikan

Masuk U belajar betul-betul. Habis belajar tak terbeban nak bayar hutang.

Jujurnya, ketika anak-anak masih kecil, saya tak mampu menabung untuk setiap anak belajar universiti...

Kami anak ramai... Anak berderet... Tapi gaji saya kecil...

Kalau dapat menabung dana kecemasan untuk keluarga pun sudah cukup bagus... Inikan pula nak menabung untuk pendidikan anak-anak...

Walaupun begitu, bukan bermaksud memperjudikan masa depan anak-anak...

Utamakan Pendidikan Diri Sendiri

Walaupun tak ada tabungan untuk masa depan pendidikan mereka, setiap bulan saya akan allocate duit gaji untuk pendidikan diri saya.

Untuk saya beli buku.

Untuk pergi training dan seminar.

Untuk tambahkan ilmu tentang kewangan dan bisnes.

Supaya dengan ilmu itu, saya dapat bina kekayaan hingga membolehkan anak-anak masuk universiti tanpa perlu buat pinjaman, tanpa perlu terikat dengan mana-mana biasiswa.

Dia boleh pilih nak belajar di universiti mana... Nak masuk kursus apa...

Asalkan dia betul-betul nak belajar, urusan duit kami suami isteri uruskan semuanya... InsyaAllah...

Syukur alhamdulillah... Kami buat keputusan yang betul 15 - 20 tahun dulu...

Melabur Pada Ilmu dan Bisnes Sendiri

Ketika kami miskin bandar, kami tak ada duit untuk melabur dan menabung untuk pendidikan mereka.

Tapi kami tetap melabur. Iaitu melabur pada ilmu, dan melabur pada bisnes sendiri.

Kerana apa yang saya belajar dari guru-guru kewangan, pelaburan terbaik adalah pada ilmu. Dan pelaburan kedua terbaik ialah pada bisnes kita sendiri.

Dan nasihat sama itulah juga saya sampaikan kepada murid saya sudah bertahun-tahun lamanya...

Jangan sayang duit nak melabur pada ilmu dan pada bisnes sendiri.

Bila Berjaya, Anak-anak Terbela

Daripada simpan duit untuk pendidikan anak-anak tanpa ada bahagian untuk pendidikan diri sendiri, sebenarnya itu tak menjadikan masa depan anak-anak kita lebih baik.

Pendidikan kewangan dan kekayaan untuk diri sendiri itu jauh lebih penting.

Sebab bila kita berjaya, kita mampu hantar anak-anak ke peringkat pengajian tinggi 100% dengan duit sendiri walaupun kita tak sempat menabung untuk pendidikan mereka sewaktu mereka kecil.

Bila kita sendiri dah berjaya, jalan kejayaan untuk anak-anak kita akan jauh lebih mudah berbanding hanya menabung untuk pendidikan anak-anak, tapi abaikan pendidikan untuk diri sendiri...

Allahu a’lam.

Zulkifli
Cyberjaya
20 Mac 2023
27 Syaaban 1444H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>