MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jual Emas Digital, Beli Emas Fizikal

March 19, 2023

Hari ni harga emas Malaysia di paras tertinggi dalam sejarah. Harga Akaun Emas GAP RM308/gram hari ini. 

Siapa yang terbeli emas digital (yang susah nak dapat emas fizikal), ambil peluang harga emas naik ni untuk jual semua emas digital sekarang.

More...

Dan mulakan azam baru.

Pastikan beli emas dapat emas (fizikal).

Perangkap Emas Digital

Jangan ulangi kesilapan orang sebelum kita yang akhirnya jatuh lingkup dengan emas gara-gara beli emas tapi tak nampak emasnya. 

Orang bijak belajar dari kesilapan sendiri.

Tapi orang yang lebih bijak belajar dari kesilapan orang lain.

Jujurnya saya dapat banyak feedback mereka yang tersalah langkah beli emas digital.

Beli emas, tapi emasnya tak nampak.

Nak jual waktu harga rendah, rugi. Lebih-lebih lagi yang beli emas 1 gram, tapi hutang 9 gram!

Mana datang lagi 9 gram tu?

Sedangkan ia cuma syarikat emas, bukan institusi kewangan.

Sejarah Emas Penuh Skandal

Alasan "bersandarkan emas fizikal" tak boleh pakai.

Itu bukan alasan baru, bahkan alasan itu sudah digunakan oleh scammer emas beratus tahun lamanya.

Hanya orang yang tak membaca sejarah emas jer yang tak tahu tentang perkara tu.

Emas ni penuh dengan skandal. Bukan setahun dua, bahkan ratusan dan ribuan tahun manusia menipu tentang emas.

Yang menipu bukan sahaja orang biasa-biasa, tetapi penipuan secara berinstitusi juga berlaku sehingga Mike Meloney (pakar sejarah mata wang) pernah gelarkan sebagai "penipuan terbesar dalam sejarah dunia".

Ia penipuan tentang emas, dengan terma "bersandarkan emas fizikal".

Tanpa Fizikal, Jangan Percaya Sesiapa

Sebenarnya tak perlu complicated sangat untuk faham perkara ni. Tengok sahajalah, mereka yang beli emas fizikal pun boleh kena tipu.

Inikan pula yang beli emas tapi emasnya tak nampak!

Jangan percaya sesiapa.

Beli emas, pastikan dapat emas (fizikal)!

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
19 Mac 2023
28 Syaaban 1444H

#TipSimpananEmas

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>