Terbalik... Tuhan suruh kita cari akhirat, tapi jangan sampai lupa dunia.
Bukannya cari dunia, jangan sampai lupa akhirat.
Demi masa... Apa sahaja yang kita buat kalau tak ada manfaatnya untuk akhirat, kita rugi...
Bukan sahaja solat dan ibadah, bahkan semua amalan sepatutnya untuk kejar akhirat.
Pergi kerja... Itu akhirat...
Buat bisnes... Itu akhirat...
Layan isteri dan anak-anak... Itu akhirat...
Mengurus rumah tangga... Itu akhirat...
Bina kekayaan... Itu akhirat...
Jaga kesihatan... Itu akhirat...
Bahkan melayani pasangan di tempat tidur itu pun akhirat!
Semua amalan kita di dunia sepatutnya untuk akhirat kalau kita benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhirat...
Rugilah siapa yang hidupnya sibuk buat amalan hanya untuk dunia...
Sebab kehidupan dunia tu cuma sementara... Tapi akhirat itu selamanya...
"Dan carilah (pahala) negeri Akhirat dengan apa yang Allah telah anugerahkan kepadamu, tetapi janganlah kamu lupakan bahagianmu di dunia. Dan berbuat baiklah (kepada orang lain) sebagaimana Allah telah berbuat baik kepadamu. Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang berbuat kerosakan" (Surah al-Qasas 28 : 77)
Zulkifli
Cyberjaya
18 Mac 2023
25 Syaaban 1444H
Pasanglah cita-cita jadi kaya. Sekurang-kurangnya dapat kurangkan satu keluarga yang perlu dibantu, bahkan dapat lahirkan seorang yang mampu bantu orang lain, khususnya ahli keluarga sendiri di saat mereka kesusahan. Kaya itu mulia bagi siapa yang bersyukur. - FB Mohd Zulkifli Shafie, 24 November 2024
Pasang niat nak jadi kaya untuk buat lebih banyak amalan untuk ke Syurga.
Amalan orang miskin, orang kaya pun boleh buat. Tapi amalan orang kaya, orang miskin tak mampu buat.
Itulah sebab kenapa sahabat Nabi s.a.w. cemburu dengan orang kaya. Bukan sebab orang kaya lebih mewah, tapi lebih banyak amalan berbanding mereka.
(Rujukan hadis riwayat Muslim, no. 1006, Riyadus Solihin hadis no. 120)