Dia tak sama dengan orang lain. Itu keistimewaan anugerah Tuhan untuk dia, dan Tuhan menguji kita bagaimana kita melayan mereka.
Semalam saya share posting Adik Nur Arif ni yang nak mencari pasangan hidup. Dia seorang autisme dan juga student PhD di UIA.
Banyak yang kutuk dia. Ada yang kata "dia sambung belajar sampai PhD, takkan dia tak boleh fikir...". Sebenarnya tidak...
More...
Bukan Tentang Anggota, Tapi Mental
Ada Phd dengan kematangan berfikir seorang autistik tak sama...
Saya boleh faham dia sebab salah seorang anak saya juga adalah autistik (mild autisme).
Umur nak masuk darjah 5 tapi masih belum fasih bercakap.
Cakapnya pelat. Hanya ahli keluarga jer yang mudah faham apa yang dia maksudkan.
Tapi anak autisme ni ada keistimewaannya.
Ada bahagian yang dia kurang daripada kita, dan ada bahagian yang dia sangat istimewa berbanding kita.
Mereka Anak Istimewa
Anak saya yang autisme tu, seorang yang berdisiplin dengan rutin. Dia tak akan tinggal solat berjemaah (solat cara dia) dan ikuti ta'lim yang saya sampaikan (walaupun dia tak faham).
Kalau dia datang ketuk pintu bilik saya, mesti sebab ada barang saya yang tertinggal (yang selalunya saya akan bawa masuk bilik), macam sejadah ataupun kitab.
Dia sangat caring, manja (rajin datang peluk saya dan mahu saya peluk dia), sentiasa excited dan dramatik!
Dia sangat baik. Tak pernah mengusik dan buli sesiapa. Bahkan dia yang selalu kena 'buli' dengan dua orang adik dia yang nakal.
Bila bercakap, suaranya kuat. Kalau saya bawa dia ke tempat orang ramai, orang ramai akan pandang-pandang kami sebab anak saya bercakap kuat...
Saya asyik kena ingatkan dia berkali-kali supaya rendahkan suara dia bila di tempat orang ramai...
Lurus, Jujur dan Berdisiplin
Budak autisme ni jujur, lurus, berdisiplin...
Sebab tu dalam posting adik Nur Arif semalam dia jujur senaraikan semua perkara yang dia suka dan dia tak suka untuk cari pasangan yang boleh terima dia.
Orang biasa mustahil akan senaraikan semua tu sebab nampak macam kurang akal... Tapi saya anggap dia cuma budak 7-8 tahun jer walaupun umur dia dah 31 tahun.
Syarat yang dia letak salah satunya, pasangan dia mesti main power rangers dengan dia... Itu jelas samada dia orang gila ataupun dia berfikiran tahap budak-budak kecil...
Bila kita tahu dia anak autisme, kita kena terima yang tahap pemikiran dia tak macam orang biasa.
Walaupun usia biologinya sudah matang, tapi fikiran dia masih lagi macam budak-budak kecil...
Zulkifli
Cyberjaya
17 Mac 2023
24 Syaaban 1444H
Artikel berkaitan:
- Ajarilah Anak-Anak Erti Kejayaan Sebenar
- Raikanlah Usaha Anak-anak, Walau Apa Pun Keputusan Peperiksaan Mereka
- Buat Majlis Ilmu Sendiri Di Rumah, Bukan Harapkan Ustaz atau Ustazah
- Kita Menumpang Rezeki Anak-Anak
- Promotelah Isteri Depan Anak-anak
- Semua Orang Tuhan Jadikan Pandai
- Anak Kecil Hanya Tahu Dirinya
- Kasih Sayang Jangan Diswastakan