MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Anak Kecil Hanya Tahu Dirinya

June 14, 2008

Kids

Amal Hayati, anak kedua kami genap berumur 2 tahun pada 6 Jun 2008.

Makan Keropok Atas Tilam

“Amal, meh makan kat bawah ni, sayang. Tak nak makan atas tilam tu, nanti tumpah”

belum ada keupayaan melihat sesuatu dari prespektif orang lain

 

“Amal, meh sini. Cuba Amal tengok tu, semut makan keropok yang jatuh atas lantai. Kalau keropok tu jatuh atas tilam, nanti semut gigit Amal papa tak tahu…”

 

“Amal duduk sini” katanya sambil makan keropok.

Amal Hayati akur. Dan terus makan sambil duduk atas lantai setelah melihat serpihan keropok dikelilingi oleh semut.

“Baguuus anak papa” Jawab saya sebagai penghargaan (ganjaran) kerana mendengar nasihat saya.

Amal yang berumur 2 tahum belum benar-benar faham apakah akibat makanan tumpah atas tilam. Susah mamanya mengemas tak ada kena mengena dengan dirinya. Dia . Yang dia tahu hanyalah dirinya sendiri.Saya cuba fahamkan Amal Hayati supaya dia turun dari tempat tidur, dan makan di bawah.

Anak Kecil Hanya Tahu Dirinya

Salah satu tips yang saya belajar tentang keibubapaan – anak kecil hanya fikir tentang dirinya sahaja. Dia tak dapat berfikir dari perspektif orang lain. Mahu saja berleter pada anak-anak, tetapi anak kecil sebenarnya sukar faham apa sepatutnya dia buat, dan kenapa kita melarangnya.

Kalau kita ceritakan susahnya kita, amat sukar mereka memahaminya. Apabila berebut barang mainan sebagai contohnya, mereka tak dapat bayangkan betapa sedihnya adik, apabila dirampas mainan dari tangannya.

Yang lebih berkesan bila berhadapan dengan 'konflik' anak kecil ialah, menceritakan akibat ke atas dirinya sendiri, sebab setiap orang mudah memahami dirinya sendiri dan pentingkan diri sendiri. Apapun yang dia buat, dia akan fikirkan apa manfaat pada dirinya. Em, bukan sahaja kanak-kanak, orang dewasa pun begitu juga sebenarnya.

Leteran Tak Bermanfaat Untuk Anak

Berleter pada anak-anak selalunya sekadar memuaskan emosi kita sahaja, tetapi tak bermanfaat untuk mereka. Kerana anak kecil sukar melihat sesuatu dari perspektif orang lain. Memang itulah keupayaan anak kecil.

Berleter, ditambah dengan hukuman ditakuti berlaku zalim pada anak kecil kerana mereka di hukum atas apa yang mereka belum mampu fahaminya. Yang ditakuti, anak kecil ini menganggap kita benci padanya kerana mereka sebenarnya belum memahami kaitan antara hukuman dan kesalahannya.

Hm, berteori memang la senang, tapi bila dikuasai oleh emosi, kami juga sukar menjadi ibu dan bapa yang cool

Wallahu ‘alam.

Zulkifli
Damansara Damai
7 Jun 2008, 7.21 pagi

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • tiada bezanya mendidik seorang kanak-kanak atau seorang dewasa tetapi masih berjiwa/emosi anak-anak. Jiwa dan emosi/nafsu yang masih muda selalu meminta belaian seperti seorang kanak-kanak. Adakalanya sukar untuk berkomunikasi dengan bahasa toleransi melainkan sesekali perlu juga merasa “stick motivation”.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >