MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

“I Love You” Bukan Sekadar Kata-kata

August 13, 2023

Suatu pagi, saya bawa anak ke klinik gigi. Sakit gigi sampai menangis tengah tidur malam. Dua batang gigi kena buat rawatan. 

Rawatan pertama kena caj RM140. Rawatan susulan seminggu lepas tu kena lagi RM200. RM340 habis hanya untuk 2 batang gigi! Tapi tak apa, asalkan anak dalam keadaan baik. Itu tanggungjawab. 

More...

Bahagia dan Tanggungjawab

Bila tanggungjawab disempurnakan, barulah BAHAGIA yang kita impikan tu akan datang.

Nak sempurnakan tanggungjawab, tak boleh pakai air liur je, tapi kena pakai duit.

Cakaplah "I love you" 1000 kali pun, anak tu tetap sakit giginya sehinggalah kita keluar duit bayar doktor tolong rawat giginya. Itu baru betul maksud "I love u" bagi seorang bapa untuk anak-anaknya. 

Kita keluar cari duit demi untuk sempurnakan tanggungjawab kepada keluarga, itu pahala.

Buat yang terbaik untuk keluarga, itu dianggap sedekah dan diberikan pahala.

Duit yang kita cari untuk sempurnakan tanggungjawab dan buat kebaikan, itu semua akan menjadikan kita kaya di sisi Tuhan nanti, insyaAllah. 

Biar Tak Kaya Asalkan Bahagia?

Kalau orang cakap "biar tak kaya asalkan bahagia", pada saya dia belum faham apa itu TANGGUNGJAWAB.

Itu ayat yang cuma nak menyedapkan hati atas kegagalan atau kemalasan sendiri untuk berikan terbaik buat orang di bawah tanggungjawab dia.

Bahagia yang kita cari-cari tu tak akan kita nikmati, melainkan bila dapat sempurnakan tanggungjawab kita dengan sebaik-baiknya.

Sediakan kecukupan dan berikan yang terbaik untuk keluarga dan orang yang kita sayangi. Itulah salah satu maksud sebenar "I love you" dalam sebuah kehidupan.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
13 Ogos 2023
26 Muharram 1445H

#MotivasiKewangan #TipIbubapa

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>