MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Lelaki Sejati Tak Berkongsi Tanggungjawab Nafkah Dengan Isteri

April 18, 2022

Tak hensem tak apa, janji bertanggungjawab. Kalau tak bertanggungjawab, hensem pun tak guna!

Saya rasa malu... Bila wanita mengadu masalah kewangan yang berat, sedangkan dia ada suami, tapi langsung tak membantu dan tak boleh diharap langsung! Aduh... Saya pun seorang suami juga.

Pada saya, soal makan, pakai, tempat tinggal, dan seluruh keperluan hidup isteri dan keluarga, 100% di atas bahu seorang lelaki, bukan isteri.

Ia bukan soal ada duit banyak atau duit sikit. Tapi soal RASA TANGGUNGJAWAB terhad keluarga! Ini tanggungjawab yang Tuhan amanahkan ke atas bahu seorang suami dan seorang ayah.

More...

Mesej dari seorang isteri yang sedang bergelut dengan masalah kewangan dengan suami yang langsung tak boleh diharapkan untuk sama-sama membantu.

Bukan Kemampuan, Tapi Rasa Tanggungjawab

Apa yang kita perlu faham, kelelakian seseorang lelaki itu bukan terletak pada badan yang sado atau rupa paras fizikalnya yang macho, tapi pada tanggungjawabnya.

Tuhan angkat darjat lelaki itu sebagai pemimpin bagi wanita kerana tanggungjawab menyediakan segala keperluan hidup itu terletak pada bahu lelaki. Bukan share-share dengan isteri.

Kalau isteri nak share, itu tak ada masalah. Tapi tanggungjawab sebenar tetap dibahu seorang suami, bukannya boleh dilepaskan sewenang-wenangnya.

Kalau ada suami yang lepaskan tanggungjawab utama ini dan membiarkan isteri terkontang-kanting menggalas tanggungjawab suami, pada saya itu lelaki yang tak cukup lelaki!

Tak sempurna sifat kelelakiannya...

"Lelaki (suami) pemimpin bagi perempuan (isteri), kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (perempuan), dan kerana mereka (lelaki) telah memberikan nafkah dari hartanya..." [An-Nisa' 4 : 34]

Mesej dari seorang isteri yang tiba-tiba hilang upaya untuk bekerja. Disebabkan sudah biasa berdikari tanpa harapkan nafkah sepenuhnya dari suami, suami tak ambil tanggungjawab sepenuhnya untuk galas beban yang sepatutnya dia yang pikul 100%.

Berhenti Berharap, Fokus Penyelesaian

Bagi wanita yang terpaksa berhadapan dengan suami begitu, pada saya berhenti berharap pada suami lebih baik. Sekurang-kurangnya dapat hilang rasa sakit hati. Dan sememangnya Tuhan jadikan suami itu sebagai ujian bagi isteri untuk Dia menilai sejauh mana isteri itu bersyukur dan bersabar. 

"... Dan Kami (Allah) jadikan sebahagian kamu sebagai ujian bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar? Dan (ingatlah) Tuhanmu Maha Melihat (apa yang kamu lakukan)" (Al-Furqan 25 : 20)"

Fokus sahaja cari jalan penyelesaian (tanpa bantuan suami) dan usahakanlah sendiri apa yang termampu. Selebihnya berserah sahajalah pada Tuhan. Tuhan pasti akan tunjukkan jalan keluarnya nanti... InsyaAllah.

Ingat, Tuhan tak akan uji lebih daripada apa yang kita mampu. Dan Tuhan tak akan ambil sesuatu pun daripada kita, kecuali akan digantikannya dengan apa yang lebih baik untuk kita. Kita hanya perlu berusaha, berdoa dan banyak bersabar sahaja.

Selagi kita hidup, Tuhan pasti akan gilirkan kita dengan kesusahan dan kesenangan yang silih berganti supaya kita sentiasa ingat dan kembali kepada Dia.

"Dan Kami (Allah) pecahkan mereka di dunia ini kepada beberapa golongan; di antaranya ada orang yang baik, dan antaranya ada yang tidak sedemikian. Dan Kami uji mereka dengan (nikmat) yang baik dan (bencana) yang buruk agar mereka kembali (kepada kebenaran)" (Al-A'raf 7 :168]

Zulkifli
Cyberjaya
18 April 2022
16 Ramadhan 1443H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salah konsep bersabar. Tidak boleh sabar macam itu saja tuan. Islam ada penyelesaiannya. Isteri boleh menuntut nafkah melalui mahkamah jika suami masih culas. Wanita ada hak untuk dibela.

    • Kalau sampai nafkah nak kena tuntut di mahkamah, maksudnya sudah tak nak cari jalan islah. Itu jalan untuk perceraian. Kalau rasa rumahtangga tu sudah tak dapat diselamatkan, buatlah aduan ke mahkamah. Kalau dah melibatkan orang luar, susah dah rumahtangga tu nak diselamatkan.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >