Kerja 24 jam sehari, 7 hari seminggu, tiada kawan untuk berbual-bual, rutin kerja berulang-ulang yang tak sudah-sudah, dan penatnya tiada cuti!
Itulah realiti kerja isteri sebagai suri rumah sepenuh masa.
Jadi tidak ada istilah “isteri tak bekerja”.
Dia bukan duduk goyang kaki di rumah. Sebaliknya dia bekerja keras dan memberi sumbangan besar terhadap kesejahteraan dan juga kewangan sebuah keluarga.
More...
Realiti Kerjaya Sebagai Suri Rumah
Hakikat yang perlu kita sedar, kerja isteri sebagai suri rumah sepenuh masa adalah kerja yang sangat berat. Berat dari sudut fizikal, emosi dan juga mental.
Dialah babysitter, dialah guru, dialah chef, dialah driver, dialah cleaner, dialah kerani akaun, dialah admin, dan dialah juga customer servis!
Memang penat. Hingga Fatimah r.a. anak perempuan kesayangan Rasullah s.a.w. juga pernah mengadu penat mengurus rumahtangga.
Mana-mana wanita yang pernah bertukar kerjaya dari bekerja di pejabat kepada suri rumah sepenuh masa, rata-ratanya bagi feedback; bekerja sebagai suri rumah sepenuh masa adalah kerja yang lebih berat, lebih memenatkan, dan lebih stress!
Sudahlah berat, rata-rata suami dan masyarakat pula tak pandang kerja-kerja berat itu sebagai kerjaya bernilai tinggi yang memberi sumbangan besar terhadap keluarga dan masyarakat.
Nampak macam tak ada masa depan…
Tekanan Emosi Seorang Suri Rumah
Isteri saya sendiri pernah rasa sangat rendah diri berbanding kawan-kawannya yang ada kerjaya masing-masing, dan masing-masing ada cerita pejabatnya tersendiri.
Sedangkan isteri saya, dunianya hanyalah dalam ruang rumah kami (yang sempit suatu ketika dahulu). Dunianya hanya dengan anak-anak.
Tiada kawan. Tiada pendapatan sendiri.
Tiada cerita yang best-best nak share bila pulang ke kampung dan jumpa kawan-kawan. Yang ada hanyalah cerita anak-anak sahaja.
Dia rasa rendah diri...
Bahkan banyak kali juga dia minta untuk bekerja sepertimana wanita yang lain. Nak ada kerjaya, nak ada pendapatan sendiri.
Antara Kos dan Manfaat Terhadap Keluarga
Tapi bila memikirkan tentang anak-anak kami yang berderet tu, dan pendapatan yang bakal diterima, kami rasa tak berbaloi dengan kos yang terpaksa ditanggung bila serahkan tugas “suri rumah” itu kepada orang lain.
Maka keutamaan beliau adalah anak-anak dan rumahtangga kami. Tugas mencari duit untuk keperluan hidup kami sekeluarga, serahlah kepada saya 100%.
Itu tanggungjawab saya untuk pastikan kami sekeluarga cukup segalanya, dan masa depan dia dan anak-anak kami terjamin. InsyaAllah.
Pada saya, setiap suami kena faham perkara penting ni; jadi suri rumah, bukan bermaksud isteri tak bekerja. Tetapi kerja dia adalah sebagai suri rumah.
Nilai Kerjaya Seorang Suri Rumah
Suri rumah itu sendiri adalah satu “kerjaya”, bukan “tak bekerja”.
Kalau isteri tak bekerja di rumah, kita terpaksa bayar orang lain untuk kerja-kerja itu.
Nak kena bayar nuseri untuk jaga anak-anak, nak kena bayar servis van untuk hantar anak-anak ke sekolah, nak kena bayar pembantu rumah, nak kena keluarkan bajet makan beli di kedai (sebab isteri tak sempat masak), dan sebagainya.
Kerja isteri sebagai suri rumah itu sahaja sudah menjimatkan kewangan keluarga sekurang-kurangnya RM1,000 - RM2,500 sebulan!
Bagi kami yang ada 8 orang anak, penjimatan kos itu sahaja sebenarnya melebihi RM4,000 sebulan. Nilai kerjanya itu melebihi RM4,000 sebulan bagi kami sekeluarga.
Maksudnya, kalau dia keluar bekerja untuk dapat gaji beberapa ribu sebulan, ianya tak berbaloi berbanding kos yang terpaksa dikeluarkan.
Sumbangan Suri Rumah Terhadap Ekonomi Keluarga
Apa yang lebih penting berbanding duit ialah kesejahteraan rumahtangga dan anak-anak kami.
Rumahtangga dan anak-anak lebih terurus bila isteri sendiri yang menjaganya. Dan mana-mana suami pun akan rasa lebih tenang, dan dapat fokus dalam kerjaya dengan lebih baik.
Itu secara langsung membantu meningkatkan prestasi suami dalam kerjaya, dan meningkatkan ekonomi keluarga.
Jadi kalau isteri hanya fokus menjaga rumahtangga dan anak-anak dengan baik, bukankah peranan itu sahaja sudah memberi sumbangan besar terhadap kewangan keluarga?
Apatah lagi kalau dia mampu menjana pendapatan sambilan dari rumah.
Sokongan Penuh Suami Terhadap Isteri
Walaupun begitu, isteri saya dan kebanyakkan wanita tetap akan rasa ralat; belajar tinggi-tinggi tapi duduk di rumah. Ia dilihat seolah-olah tiada jaminan masa depan.
Pada saya, di situlah suami kena berperanan untuk bagi sokongan kepada isteri.
Isteri kita berjuang di rumah untuk kesejahteraan keluarga dan anak-anak, kita juga berjuang di luar rumah untuk sempurnakan keperluan keluarga.
Dan suami juga kena berjuang untuk pastikan isteri dapat penghargaan sewajarnya, serta meningkatkan harga dirinya. Supaya dia rasa bangga dengan kerjayanya sebagai suri rumah berbanding dia keluar bekerja di pejabat.
Selain daripada nafkah yang cukup, bagilah isteri “duit poket” setiap bulan. Supaya dia rasa dia ada duit dia sendiri. Kalau nak berbelanja, dia tak perlu tanya suami sebab itu memang duit dia sendiri.
Duit nafkah lain, duit poket pula lain.
Saya sendiri lepas sudah berbelas tahun isteri saya beri sokongan penuh untuk kami capai impian bersama, hari ini saya serahkan 100% pendapatan dan harta saya kepada dia.
Penghargaan Buat Isteri Yang Berjuang Di Rumah
Ikut suka dia nak berbelanja dan nak urus duit itu macam mana. Tak perlu tanya saya.
Saya hanya tahu cari duit.
Nak berbelanja, saya tak berapa pandai. Biarlah dia saja yang berbelanja.
Dia nak beli apa, dia nak makan apa, dia nak pergi mana, dan nak "me time" dan terapi diri dia, saya support 100%.
Asalkan tak membazir, dan tetap patuh perintah Tuhan, saya okay saja.
Saya?
Saya cuma minta duit poket setakat apa yang saya perlu sahaja.
Kalau saya nak belanja besar, saya akan cek dengan dia dulu samada okay atau tak. Sebab hanya dia saja yang tahu duit dan harta yang kami ada... Saya sendiri tak berapa tahu...
Saya percaya kepada dia 100%.
Saya nak dia rasa bangga dengan diri sendiri sebagai suri rumah sepenuh masa.
Dia ada duit sendiri, ada harta sendiri, dia ada lifestyle sendiri melebihi wanita yang dikatakan bekerjaya itu.
Kerana bagi saya, dia juga adalah wanita yang bekerjaya (sebagai suri rumah), dan menjadi tulang belakang kepada kejayaan kami sekeluarga hari ini.
Setiap kejayaan yang saya capai, hakikatnya adalah kejayaan kami bersama.
Alhamdulillah. Pujian-pujian hanya bagi Allah.
Inspiring Tn. Zulkiflie. Terima kasih atas perkongsian ini. Saya juga baru berhijrah dari seorang yang berkerjaya dan kini full time house wife, effective 1st Jan 2022. Alhamdulillah suami sangat supportive dan dia yang mendorong saya membuat keputusan ni.
By the way, saya juga dealer PG under G100, Upline Dr. Rohayati Hussin. Masih jauh lagi perjalanan dan banyak yang perlu belajar. At the same time nak menyesuaikan diri dengan “kerjaya baru”. Doakan sy juga dapat membantu suami dari segi financial walaupun sebagai seorang suri rumah.
Alhamdulillah. Tahniah Pn Shahida.
Saya doakan Allah berkati usaha puan sekeluarga, dan berikan rezeki yang melimpah ruah.
Amiin ya Rabbal ‘Aalamiin.
Assalammualaikum Tn. Zul. Saya nak perbetulkan sikit..Upline saya adalah Dr. Rohayati…bukan saya upline kepada Dr. 🙂 . Baru perasan tertinggal ‘saya’.
Terima kasih ya atas doa yang diberikan.
Baik Pn Shahida.