MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Vaksinkan Diri Dari Risiko Muflis

January 19, 2022

Muflis

Semakin ramai yang diishtiharkan muflis di era pandemik.

Majoritinya terdiri dari mereka yang lahir pada tahun 90-an.

Ini bermaksud, golongan yang baru berusia 20-an atau awal 30-an, iaitu yang sedang berada dalam fasa paling produktif dalam hidup, mereka dibelenggu dengan masalah bankruptcy

Masalahnya tak habis di situ.

Kebanyakan majikan enggan ambil mereka yang ada rekod muflis untuk bekerja.

More...

Sukar Mendapat Pekerjaan Baru

Ini disebabkan mereka dilihat lemah mengawal kewangan sendiri itu akan lebih cenderung membuat kesalahan dalam kerjayanya seperti pecah amanah.

Maka untuk mendapatkan pekerjaan, golongan muflis menghadapi cabaran yang besar di sebalik masalah muflis itu sendiri.

Selain masalah hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan pembiayaan kenderaan, mortgage (hutang rumah) merupakan antara penyebab seseorang jatuh muflis.

Membeli hartanah walaupun ia merupakan impian yang indah, ia juga sangat berisiko sekiranya dilakukan tanpa ilmu.

Kalau silap percaturan, beban yang ditanggung adalah lebib besar dan lebih panjang berbanding hutang-hutang yang lain.

Vaksinkan Diri Dengan Ilmu Kewangan

Oleh itu, ilmu kewangan yang praktikal merupakan “vaksin” bagi seseorang selamat dari masalah kewangan, apalagi jatuh muflis. Ilmu tanpa praktikal tidak berguna, praktik tanpa ilmu itu cari nahas.

Dengan kerjasama yang dijalinkan antara G100 Network dan FAR Capital, setiap peserta berpeluang mengikuti sessi tanpa had dalam membincangkan masalah kewangan berserta solusi dalam sesi POM (Portfolio Optimization Masterclass).

Sekurang-kurangnya, dengan belajar dari kesilapan orang lain, kita bukan sahaja dapat menyelamatkan diri dari lubang muflis, tetapi juga membantu orang lain untuk selamat dari masalah yang sama.

InsyaAllah.

Tentang Penulis

Mohamad Hafiz Shafie

Berkelayakan sebagai seorang engineer. Berpengalaman bekerja selama 6 tahun di Sime Darby Plantation. Seorang penyimpan emas sejak belajar di universiti. Aktif berkongsi ilmu dengan pengalaman tentang simpanan emas sejak 2016, dan telah membimbing lebih 800 penyimpan emas secara peribadi. Menjadi dealer Public Gold sepenuh masa sejak 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}