MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Emas dan Hartanah Sahaja Untung, Pelaburan Lain Semua Rugi!?

April 15, 2024

Walaupun jutawan tu bijak dan buat kajian terperinci sebelum melabur, mereka masih rugi bila kira jumlah keseluruhan duit yang dilabur dalam semua pelaburan - saham, unit amanah, dan forex - dalam tempoh 40 tahun. 

Kecuali dalam emas dan hartanah!

Itu coretan Tuan Azizi Ali (Pakar Kewangan No. 1 Malaysia) bila beliau dapatkan pengalaman dua orang rakan baik beliau, yang kedua-duanya adalah pesara jutawan.

Itu pengalaman mereka selama 40 tahun...

Sebenarnya ia bukan mengejutkan bagi saya. 

More...

Mudah, rendah risiko, pulangan berbaloi

Siapa yang ikuti penulisan saya di blog ini sejak 2008, pasti dia akan tahu, bila bercakap tentang pelaburan, saya cuma banyak bercakap pasal emas dan hartanah. 

Kenapa?

Ini dua instrumen pelaburan yang saya minat.

Pertama, tak perlu habiskan banyak masa monitor (turun naik harga). Ia sesuai untuk orang yang sentiasa sibuk. 

Kedua, ianya instrumen pelaburan ini rendah risiko, tapi pulangannya berbaloi untuk jangka panjang. Ia sesuai untuk kebanyakkan orang.

Dan yang ketiga (terakhir), ia mudah difahami. Bagi saya, ini paling penting. 

Antara punca banyak yang lebur duit dalam pelaburan; mereka tak faham tentang pelaburan tu sendiri. Yang mereka tahu cuma nak untung sahaja. 

Ada sebahagian pelaburan, kalau belajar pun susah nak faham... 

Emas dan hartanah, dua pelaburan yang mudah untuk kita faham. 

Masyarakat lebih pandai, lebih kaya

Itulah sebab kenapa suka tulis ilmu kewangan yang mudah-mudah, dalam bahasa yang mudah...

Tujuannya supaya mudah difahami dan dipelajari oleh masyarakat.

Ilmu yang berat-berat saya tak tulis. Saya tak nak jadikan ianya complicated dan susah difahami. 

Yang akhirnya cuma sekadar tunjuk pandai, tapi tak menjadikan masyarakat lebih pandai.

Emas dan hartanah adalah pelaburan yang mudah difahami dan rendah risiko.

Asalkan kita belajar asas-asas yang betul sebelum melabur, risiko jatuh lingkup dalam pelaburan tu sangat rendah. InsyaAllah. 

Syukur alhamdulillah... Pengalaman kenal emas sejak 2010, belum ada lagi pengalaman rugi dalam pelaburan sepanjang saya menabung emas. Alhamdulillah. 

Ia pelaburan yang sangat selamat dan menguntungkan.

Asalkan beli emas dapat emas fizikal (di tangan sendiri), dan jadikan sebagai simpanan jangka panjang sekurang-kurangnya 2 tahun ke atas. InsyaAllah tak akan rugi

Hartanah pun sama. 

Menabung emas, miliki hartanah 

Asalkan beli hartanah di bawah harga pasaran, dan hartanah yang dapat disewakan dengan sewaan yang lebih tinggi berbanding bayaran ansuran pinjaman bank, kita tak akan rugi dengan hartanah tersebut - bahkan menguntungkan. InsyaAllah. 

Asalkan kita beli rumah yang betul, filter (tapis) penyewa yang betul, kita tak perlu sakit kepala nak monitor rumah tu, dan terus buat untung masa beli tu lagi. Tak perlu tunggu jual dulu baru untung.

Penat cuma sekali, iaitu masa nak cari rumah yang betul, dan filter penyewa yang betul. Yang lain semuanya akan mudah. InsyaAllah. 

Itulah sebab, selain sarankan menabung emas, saya juga sarankan supaya melabur dalam hartanah. 

Bahkan bagi murid-murid saya (di bawah G100), saya sarankan mereka beli "satu rumah satu tahun" (untuk pelaburan) melalui program "G100 Gold-Property Pairing Project (GPP)", yang dikendalikan oleh En Sabri Yaacob, jutawan hartanah dalam team kami. 

Nak jadi kaya tak complicated sebenarnya. Kita tak perlu tahu banyak instrumen pelaburan pun.

Dan tak semestinya kena pandai baca graf, atau kena pandai buat analisis ekonomi atau pasaran. 

Asas bina kekayaan

Yang penting, kena tahu asas kewangan, jadikan tabiat menabung, sentiasa hidup di bawah kemampuan, berpada-pada buat hutang baru, sentiasa tingkatkan pendapatan (dalam kerjaya dan bisnes), dan tahu kembangkan kekayaan dengan hartanah untuk dapat jana pendapatan pasif dalam jangka panjang. 

Itu sudah memadai... InsyaAllah... 

Dari bulan ke bulan, dari tahun ke tahun, pastikan;

  1. Ilmu tentang kewangan sentiasa bertambah
  2. Jumlah tabungan (ASB, Tabung Haji, emas) sentiasa meningkat
  3. Jumlah hutang makin berkurangan dan sentiasa terkawal
  4. Pendapatan sentiasa meningkat
  5. Harta (hartanah, tanah mendatangkan hasil, bisnes milik sendiri) yang dapat jana cashflow (pendapatan pasift) sentiasa bertambah.

Kejayan besar bukanlah hasil dari buat kerja yang berat atau yang susah. Tapi ia sebenarnya hasil buat perkara yang betul secara konsisten. 

Kalau buat perkara ni secara konsisten, setiap kita pasti akan semakin kaya dari tahun ke tahun. InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
15 April 2024
6 Syawal 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>