MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Kekayaan Meningkat Bila Tingkatkan Rasa Syukur

April 17, 2024

"Swimming pool rumah kita lagi best dari homestay..."

Dekat solat Isyak hari tu, tiba-tiba isteri ajak turun ke swimming pool. Katanya dah janji dengan anak bongsu nak bawa dia turun ke swimming pool.

Dia masih tak puas main di swimming pool masa kami stay 2 malam di home stay Kuala Terengganu untuk raya dan berkumpul bersama keluarga isteri saya hari tu.

More...

Dah lama tak turun swimming pool

Anak-anak nak main di swimming pool, isteri saya nak berlatih berenang untuk praktis apa yang dia belajar dalam kelas renang setiap minggu.

Jadi saya pun ikutlah turun...

Saya tak turun mandi pun, tapi sekadar jadi pemerhati dan life guard untuk mereka. 

Sebenarnya sejak kami duduk di Cyberjaya sejak akhir 2017, anak-anak jarang turun ke swimming pool.

Swimming pool rumah sekarang tak sebagus swimming pool masa kami tinggal di Damansara Damai - dari sudut landskap dan keluasannya.

Tapi bila balik dari homestay, sebenarnya swimming pool rumah kami ni 10 kali ganda lagi baik dari swimming pool homestay. Alhamdulillah...

Lebih hargai apa yang ada 

Bila balik sahaja dari kampung, anak-anak kembali beria-ia nak turun swimming pool.

Bila tengok swimming pool tempat lain tak sebagus apa yang ada di rumah, barulah hargai apa yang dah ada.

Kadang-kadang, nak hidup lebih kaya, bukan sahaja kena tambah pendapatan dan ada lebih banyak harta, tapi yang utama juga kena tingkatkan rasa syukur.

Hargai apa yang ada supaya duit kita tak dihabiskan pada keseronokkan yang tak pernah puas.

Dah ada macam-macam, tapi tak pernah cukup. Akhirnya barang yang dah ada tu tak dimanfaatkan sebaiknya, bahkan sekadar menyemakkan rumah sahaja.

Membazir...

Rezeki bertambah bila bersyukur

Bila tengok orang lain lebih susah, barulah kita akan lebih bersyukur. 

Bila bersyukur, barulah Tuhan akan tambah nikmatnya kepada kita...

وَإِذۡ تَأَذَّنَ رَبُّكُمۡ لَىِٕن شَكَرۡتُمۡ لَأَزِیدَنَّكُمۡۖ وَلَىِٕن كَفَرۡتُمۡ إِنَّ عَذَابِی لَشَدِیدࣱ﴿ ٧ ﴾

"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras"

(Surah Ibrahim 14 : ayat 7)

Zulkifli
Jakarta
17 April 2024
8 Syawal 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>