MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Pelaburan Emas

Dunia Datang Bersamanya ‘Bebanan’…

Masa saya mula-mula datang kerja di KL tahun 2003 dulu, saya memang excited tengok kereta mewah, rumah besar, pangkat besar, makan mewah, dan duit & harta yang banyak. Kalau orang ada, saya pun nak ada juga kalau boleh. Tapi, bila dah lama duduk KL, tengok realiti kehidupan dan masalah orang kaya, lebih faham apa itu keperluan hidup, apa tujuan hidup, apa makna hidup, di mana keseronokkan hidup, semua benda tu saya rasa tak teruja sangat. Sebabnya, setiap nikmat dunia yang Tuhan bagi, rupa-rupanya datang bersamanya bebanan.

Memang pakai kereta yang mewah tu nampak hebat. Tapi kereta mewah tu datang bersamanya bebanan maintenance yang tinggi, loan yang besar, installment yang mahal, takut hilang kena curi, takut tercalar, dan lagi parah kalau rasa lebih sayang kereta daripada anak! Pagi petang siang malam dok belek kereta. Berhabuk sikit dah nak kena basuh… Jadi, yang mana satu hamba,  yang mana satu tuan? Di mana nikmat sebenar berkereta mewah?… (“,)

Dunia Macam Sapu Tangan

Bila saya fikir dalam-dalam, kereta yang saya nak cuma kereta yang boleh bawa kami sekeluarga sampai ke tempat yang kami nak pergi dengan selamat. Sedikit  selesa, maintenance rendah dan tak merisaukan kalau ianya tercalar, terkemek sikit sebanyak. Itu jer. Kereta benar-benar jadi alat untuk digunakan, bukan untuk dibangga…

Ustaz Dr. Ahmad Faisal (UM) dalam kuliah tasawwufnya cakap “dunia bagi orang tasauf macam kain sapu tangan jer… Dikeluarkan bila nak diguna, dan disimpan lepas pakai… Kalau orang bangga dengan kain sapu tangan yang dia ada, itu orang ‘gila’ namanya”.. Kereta pun macam tu. Bagi orang tasauf, sifat kereta tu mestilah “start hidup, brek berhenti…”.. Tak ada apa yang lebih…

Saya pilih hidup seadanya. Walaupun saya selalu tulis pasal kewangan, bukan bermakna saya berkereta mewah, duduk di rumah besar, ataupun pakai barang berjenama. Saya suka hidup seadanya tapi tak perlu risau tentang duit. Saya masih berkereta lama yang usianya sudah 15 tahun untuk bawa keluarga, masih bermotor honda EX5 kapcai untuk ke sana kemari, masih pakai TV lama (bukan LCD TV), dan duduk di Apartment kos sederhana di Damansara Damai… Tapi yang paling penting, saya tak ada apa-apa beban hutang… Peace of mind, alhamdulillah…

Dunia Pakai Buang, Balik Sehelai Sepinggang

Saya lebih seronok habiskan duit untuk mengukuhkan hubungan kekeluargaan dan persahabatan, bantu membangunkan komuniti setempat, dan membantu orang lain hidup lebih baik. Daripada beli barang mewah, lebih seronok panggil kawan buat makan-makan. Daripada melancong ke sana ke mari, lebih seronok balik kampung ziarah ibubapa dan mentua. Keseronokan sebenar hidup adalah pada memberi manfaat sesama manusia dan memakmurkan alam amanah Tuhan. Bukan pada membolot segala harta dan mengemukkan diri dengan kemewahan. Sebab dunia tu sifatnya PAKAI BUANG… Pakai sementara hidup, dan kita balik pada Tuhan cuma sehelai sepinggang… Rugilah orang yang hidupnya hanya untuk ‘cari makan’…

ZUHUD bukan bermaksud miskin. Orang zuhud ialah orang yang dunia ada ditangannya, tapi dia memilih untuk bersederhana. Tapi miskin ialah orang yang dunia dihatinya, tapi dunia tak ada dalam gengamannya. Nabi S.A.W bukan orang miskin sebab Jibril pernah offer untuk tukarkan gunung menjadi emas, tapi Nabi tolak! Dan Nabi s.a.w pernah maju dalam bisnes sebelum berkahwin dengan Khadijah a.s. Bahkah diriwayatkan, Nabi s.a.w memberikan 20 ekor unta sebagai mahar perkahwinannya dengan Khadijah a.s. 20 ekor unta tu ibarat 20 buah kereta Mercedes kalau zaman sekarang! Maksudnya, kalau mahu, Nabi boleh pilih untuk jadi kaya!

Kaya Tapi Zuhud?

Saya pilih untuk jadi kaya dan zuhud. Kaya maksud saya ialah biar dunia tu ada dalam gengaman kita, tapi kita tak tergila-gilakan dunia. Dunia ditangan, tapi jangan sampai masuk ke hati. Salah satu cara mendidikan hati ialah rajinkan bersedekah (rujuk artikel “Ganda Kekayaan Dengan Bersedekah“). Sampai kekadang rasa risau kalau tak ada orang datang mintak sedekah. Duit infaq yang saya peruntukkan mesti dikeluarkan setiap hari, ataupun at least setiap minggu… Kalau tak keluar takut duit tu jadi ‘membusuk’…

Lepas banyak belajar tentang bisnes, alhamdulillah… Allah bagi kelapangan kepada kami sekeluarga. Duit tu tak sangat merisaukan kami sekarang. Kalau nak lebih, boleh cari lebih. Dulu punyalah payah nak dapat extra RM100 ataupun RM200 sebulan. Tapi hari ni kekadang Allah bagi extra RM200 – RM500 dalam sehari jer! Dan kekadang tu rasa macam rezeki tu datang sendiri sebab Allah hantar customer datang cari…

Dunia Datang Bersamanya Bebanan

Pointnya, saya rasa hidup kita lebih seronok bila bersederhana sebab hidup tu sementara jer. Nak jadi kaya, tapi biarlah kaya tu ada kena mengena dengan Tuhan sebab bila kita libatkan Tuhan dalam setiap apa yang kita usahakan, bahagia dan manfaatnya lebih kekal kata Ustaz Faisal. Nak dunia boleh, tapi kena ingat, dunia tu datang bersamanya bebanan… Cari ‘dunia’ dan berpada-pada dalam menikmati dunia…

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
14 Mei 2012
23 Jamadil Akhir 1433

Artikel berkaitan:

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 6,500 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • benar…. harta kena jaga, ilmu menjaga kita. Tp kalau hidup susah melarat menjadi ke arah kufur. Senang diperbodoh2kan mcm umno buat kat org kampung & felda. cuba kalau hamba Allah itu hidupnya independent… tak perlukan bantuan sapa2 pon.
    sebenarnya hidup kena beragama w.pon susah tp tetap ada iman di dada

  • Tahniah untuk En. Zul atas usaha gigih anda untuk menjadi seorang seperti hari ini. Untuk pengetahuan Tuan, saya sering menjenguk blog saudara untuk belajar anyak perkara aru tentang kewangan. Saya suka membaca penulisan saudara yang agak santai dan mudah difahami oleh orang kebanyakan. Teruskan usaha anda.

  • nice artl..mengingatkan hamba yg selalu lupa, sentiasa meletakkan Allah atas segala-galanya…semua yg kita ada hanya pinjaman dariNya

  • Setuju… Kaya dan Zuhud lah yang terbaik. 🙂

    Saya pun sama rasa segan kalau nampak kotak-kotak derma tapi tak masukkan sikit duit. Tengah time banyak duit masukkan banyak sikit tak apa, time tak ada duit, perabihkan sen sen yang ada dalam poket pun dah memadai. yang penting, melabur utk akhirat diutamakan 🙂

  • Salam bro, tgh bergoogle td cari petua utk bebas dari hutang dan jumpa blog ni. Kandungan yg sgt bagus, keep up the good work.
    Insyaallah sy akan cuba amalkan apa yg disampaikan dan sebarkan ilmu2 yg bermanfaat dr blog ni. Terima kasih banyak-banyak.

  • saya harap dapat bebas hutang dan mempunyai simpanan secukupnya untuk masa depan diri dan keluarga. Kalau boleh bukan setakat membantu diri dan anak2 tetapi membantu adik beradik yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Buat masa ni bantu mana yang termampu je, sebab masih struggle untuk settlekan hutang.kalau ada rezeki lebih memang nak banyak bersedekah. tak sanggup lihat adik beradik dan anak saudara hidup dalam kesusahan. hidup ni tak ada maknanya kalau kita senang sorang2..

  • kawan2 ada yang peleceh bila saya beli kereta Saga Flx..kenapa tak beli Honda, Toyota sedangkan ko mampu. Bagi saya kereta hanya satu alat pengangkutan untuk bergerak. asalkan kereta tu boleh bergerak laju dan sampai ke destinasi tanpa rosak, aircond dan radio pun ok, itu pun dah alhamdulillah..saya beli kereta bukan jenama..he he

  • salam Encik ,
    kawan2 selalu tanya saya ….kenapa tk beli kereta jenama H sedangkan saya bekerja di situ …
    saya sentiasa jawab ,..tiada keperluan saya utk pakai kereta H krn kereta K saya sekarang dah 5 thn bebas hutang lagipun saya tidak berkemampuan utk byr bulann , roadtax, maintenance dan sebagainya ..org tgk seronok saya berkereta H tetapi segalanya saya tanggung …tk best mcm tu !)
    sy suka jadi yg biasa2 .
    anak2 pun nak beli mainan ….mrk minat ke kedai RM2 . bykkk pilihan .

    artikel2 encik memang bagus dibaca. Moga Allah merahmati Encik dan family .

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >