MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Hidup Untuk Mengalirkan Kebaikan

February 15, 2010

Hidup Kebaikan

Air yang mengalir itu baik. Ia mengalirkan apa sahaja kotoran yang ada bersamanya.

Alhamdulillah... Baru jer lepas derma darah tadi. Ini kali kedua derma darah dalam hidup. Kali pertama dua tahun lepas (2008). Tahun lepas nak derma tapi tak lulus sebab ambil antibiotik. Tahun ni lulus, alhamdulillah...

Sebelum tahun 2008, memang tak pernah derma. Bukan tajuk jarum, tapi rasa macam tak selesa jer kena cucuk di lipatan tangan. Macam geli pun ada... He3x. Tapi bila ingatkan saudara kita di Iraq dan Palestin... Ah, apa la sangat derma darah...

Ada seorang sahabat saya memang suka derma darah. Tak silapnya setiap 6 bulan. Dia pergi sendiri ke hospital semata-mata nak derma darah! Huh... Saya memang kagum... 

Darah Yang Mengalir Itu Baik

Dulu saya tak berapa faham kenapa beliau begitu excited untuk derma darah. Tapi bila saya faham hukum sunnatullah (sains) bahawa barang yang mengalir itu adalah baik, dan akan menjadi lebih baik...

Macam air. Air yang mengalir itu baik... Ia mengalirkan apa sahaja kotoran yang ada bersamanya.

Manakala air bertakung pula tersimpan di dalamnya pelbagai penyakit. Tempat membiaknya nyamuk-nyamuk yang bakal membunuh manusia. Lama-kelamaan, ia akan menjadi busuk!... 

Begitulah juga dengan harta...

Harta Mengalir Membawa Kebaikan

Tuhan suruh kita keluarkan zakat, perbanyakkan sedekah supaya harta kita bersih lagi suci. Harta yang suci itu akan membawa berkat dalam hidup kita....

Yang sikit pun terasa cukup. Yang sikit tapi banyak manfaatnya... Harta yang kita keluarkan itu akan mengalirkan banyak kebaikan dalam hidup orang lain.

Darah kita pun macam juga. Darah yang kita derma, Tuhan gantikan pula dengan darah yang baru; darah yang lebih segar dan membuatkan kita lebih sihat.

Organ-organ badan kita juga akan aktif, untuk hasilkan darah yang lebih baik.

Khalifah Tuhan Mengalirkan Kebaikan

Begitulah juga hidup kita. Tuhan utuskan kita ke dunia adalah untuk mengalirkan kebaikan kepada sesama manusia (dan seluruh alam). Menyalurkan rahmat dan kasih sayang Tuhan kepada manusia. Itulah peranan kita sebagai Khalifah Tuhan. Bukan hanya fikir untuk cari makan...

Orang yang cuma fikir diri sendiri, dan lokek untuk menyalurkan kebaikan pada orang lain, hidup dia akan 'membusuk'. Hatinya jadi busuk dan membiaknya penyakit-penyakit hati (sifat mazmumah). Hidupnya membusuk...

Barang yang busuk tak berguna. Bahkan ia memudaratkan orang lain. Memang patut saja Tuhan lemparkan ke neraka! 

Kebaikan Kita Buat, Manfaatnya Kita

Begitulah hukum Tuhan atas makhlukNya. Bila kita memberi, bukan bermakna kita rugi... Bahkan Tuhan gantikan pula dengan lebih banyak kebaikan dalam hidup kita. Dia pasti gantikan lebih banyak dari apa yang kita beri...

Setiap kebaikan yang kita berikan, pasti Tuhan pulang balik kebaikan kepada kita dari jalan yang kita tak sangka-sangka.

Sebab tu Tuhan berkali-kali ingatkan dalam Quran; apa sahaja kebaikan yang kita buat, kebaikan itu adalah untuk diri kita sendiri (bukan untuk Dia). Ia akan kembali semula pada kita diri kita sendiri.

Tapi keyakinan itu hanya dimiliki oleh mereka yang benar-benar beriman.

Moga Allah memelihara kita menjadi hambanya yang beriman tersebut. Amiin YRA...

Zulkifli
Damansara Heights
9 Februari 2010
 25 Safar 1431

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>