Dua tahun lepas, saya datang ke Batu Kawan (Penang) ni untuk majlis pecah tanah Public Gold Refinery.
Masa tu belum ada apa-apa lagi... Baru tanah kosong.
Tapi semalam saya datang balik, kilang tu dah berdiri depan mata. Siap dah! Alhamdulillah...
More...
Majlis pembukaan paling meriah!
Semalam berlangsung majlis perasmian Public Gold Refinery dengan sekitar 2,000 tetamu yang hadir.
Memang meriah!
Sampai Ketua Menteri Pulau Pinang pun sebut dalam ucapan dia, katanya, ini majlis pembukaan kilang paling meriah pernah dibuat di Batu Kawan!
Kilang-kilang lain di sini, bila buka kilang, tetamu yang hadir sekitar 200 orang saja. Tapi #PublicGoldRefinery, yang datang sampai 2000 tetamu! Meriah...
Apa sebenarnya “refinery”?
Bagi yang belum tahu, "refinery" ni bukanlah kilang emas biasa yang buat barang kemas dan gold bar tu. Tapi kilang "penulenan".
Contohnya #PublicGold beli balik macam-macam jenis emas daripada kita.
Ada emas 916, barang kemas lama, barang kemas rosak dan sebagainya. Emas tu bukan boleh terus leburkan dan jadikan gold bar 999.9. Sebab dalam barang kemas tu ada campuran logam lain.
Jadi emas tu kena proses untuk asingkan benda-benda lain sampai dapat balik emas yang betul-betul tulen.
Itulah kerja "refine".
Dulu kena hantar ke luar negara
Sebelum ni, proses penulenan tu dibuat di luar negara, macam Hong Kong dan Singapura.
Sekarang Public Gold dah boleh buat sendiri. Tak perlu hantar ke luar negara dah...
Dalam tempoh 2 bulan sebelum refinery ni dibuka, dikatakan sekitar 2 tan scrap gold Public Gold hantar ke Hong Kong dan Singapura untuk diproses.
2 tan tu 2,000 kilogram! Banyak tu...
Berpusing dalam satu ekosistem
Jadi bila Public Gold ada refinery sendiri, ia bukan sekadar nak tambah satu lagi kilang. Ia melengkapkan satu lagi bahagian penting dalam ekosistem emas Public Gold.
Emas lama dibeli balik. Emas tu ditulenkan.
Lepas tu, emas tulen tu digunakan balik untuk buat gold bar, dinar dan produk emas yang baru. Emas tu berpusing balik dalam satu ekosistem.
Kapasiti 10 tan emas setahun
Saya difahamkan, kilang ni kosnya RM30 juta, dan kapasiti menulenkan sekitar 10 tan emas setahun. Kapasiti tu boleh ditambah lagi bila permintaan meningkat.
Bagi penyimpan emas, kita semakin yakin untuk terus menabung emas dengan Public Gold.
Syarikat tempatan yang dulunya kecil, sekarang dah nak berdiri sama tinggi dengan perusahaan emas yang besar peringkat antarabangsa.
Kilang tersergam di Batu Kawan
Dulu kita menabung emas, tapi tak pernah tengok pun kilang-kilang emas Public Gold. Tapi sekarang, di samping kilang-kilang lama yang lain, kilang yang bertaraf antarabangsa tu sudah tersergam berdiri di Batu Kawan.
Kalau lalu di area Batu Kawan, boleh datang dan tengok sendiri (dari luar).
Supaya tidak ada lagi keraguan beli emas dengan Public Gold, pasti akan dapat emasnya...
InsyaAllah...
Tahniah Dato’ Seri Louis Ng dan seluruh warga Public Gold.
Apa yang diimpikan dulu, hari ni sudah jadi realiti...
Alhamdulillah.
Zulkifli
Penang
16 September 2026
3 Rabiul Akhir 1448H
Coretan medsos berkaitan:
- Majlis perasmian pembukaan kilang paling meriah di Batu Kawan, Penang, dengan sekitar 2,000 tetamu yang hadir. - FB Ketua Menteri Pulau Pinang (2026)
- Pembukaan pusat penapisan emas antarabangsa pertama Malaysia oleh Public Gold Group di Batu Kawan sebagai satu pencapaian penting untuk Pulau Pinang dan negara. - Tiktok Penang Kini (2026)
Artikel berkaitan:
- Public Gold Bina Kilang Penulenan Emas Terbesar di Malaysia
- RM475 Juta Zakat Setiap Tahun, Asbab Menabung Emas Bersama Public Gold?
- Jaminan Founder, Dealer Public Gold Adalah "Owner" Seumur Hidup
- Misi Public Gold Selamatkan Masyarakat. Mulianya Hati Founder...
- Kenapa Ramai Pilih Public Gold Walaupun Emas Bank Lebih Murah?







