MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Public Gold Bina Kilang Penulenan Emas Terbesar di Malaysia

Rugi jutaan ringgit duit kita mengalir ke luar negara gara-gara nak tulenkan emas terpakai. Public Gold (PG) buat keputusan bina kilang penulenan emasnya sendiri di Batu Kawan, Penang. 

Baru sahaja landing dari Amsterdam hari Ahad lepas, hari Isnin (7 Mei 2024) saya terus fly ke Penang untuk hadiri lagi satu majlis bersejarah Public Gold.

Iaitu "Gold Refinery Groundbreaking Ceremony" - majlis pecah tanah sempena pembinaan kilang penulenan emas.

More...

Ramai tak faham "kilang penulenan emas"

Bila siap nanti, dianggarkan kapasiti penulenan emas 10 tan - 20 setahun. InsyaAllah. 

Banyak yang hadir ke majlis hari tu, mereka tak faham apa maksud "gold refinery".

Ada yang ingat, kilang Public Gold sedia ada tak cukup. Kena tambah kilang baru.

Sebenarnya, saya pun mula-mula tak faham juga.

Tapi bila Mahaguru Emas Malaysia (En Syukor) dan Founder Public Gold sendiri explain kepada saya semasa kami bercuti 2 minggu di Netherlands dan Belgium minggu lepas, barulah saya faham.

Jujurnya, saya tak pakar hal-hal teknikal tentang emas. Yang saya tahu cuma macam mana nak kaya dengan emas. Itu sahaja. 

Hal-hal teknikal emas, itu kepakaran En Syukor Hashim, Mahaguru Emas Malaysia. 

Bukan kilang pembuatan emas

Sebenarnya kilang penulenan emas tak sama dengan kilang pembuatan emas.

Majlis pecah tanah hari tu sempena pembinaan kilang penulenan emas pada skala besar yang bukan sahaja sejarah buat Public Gold, tapi juga buat negara. 

Kilang tu nanti membolehkan emas skrap (atau emas yang baru keluarkan dari lombong) ditulenkan jadi emas 999.9. 

Daripada emas 999.9 tu nanti, barulah akan dibuat gold bar, dinar, ataupun barang kemas perhiasan.

Ini rupa emas skrap. Emas-emas yang dijual kepada pekedai emas akan dileburkan dan dijadikan emas skrap.

Emas skrap bercampur pelbagai ketulenan (emas 916, 835, 750 dsb) dan juga logam lain. Logam-logam lain yang bercampur ni perlu diasingkan supaya emas tu jadi emas tulen 999.9 (99.99% emas).

Bahan mentah hasilkan barang kemas, gold bar

Emas berketulenan 999.9 setelah melalui proses penulenan.

Lepas dah jadi emas tulen 999.9, barulah kilang emas akan gunakan sebagai bahan mentah untuk hasilkan barang kemas, gold bar ataupun syiling emas.

Sebelum ni, Public Gold terpaksa hantar emas-emas skrap ratusan kilogram setiap bulan keluar negara hanya semata-mata untuk proses penulenan.

Kos yang terpaksa Public Gold bayar nilainya jutaan ringgit.

Jadi periuk nasi rakyat tempatan

Bila kilang tu siap nanti, proses penulenan tu akan dibuat di kilang penulenan Public Gold sendiri. 

Tak perlu lagi hantar ke luar negara dan kos yang dikeluarkan sebelum ini akan bertukar menjadi pendapatan bagi Public Gold Refinery, sekaligus menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan yang menjadi periuk nasi untuk rakyat tempatan. InsyaAllah...

Itulah perancangan Public Gold.

Saya rasa bangga sebab jadi sebahagian daripada sejarah Public Gold dan juga sejarah negara. Alhamdulillah...

Zulkifli
Cyberjaya
10 Mei 2024
1 Zulkaedah 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>