Saya pun tak sangka...
Beliau dah kaya raya, seorang pakar kewangan, dan seorang multi-jutawan yang dikenali ramai pun jadi dealer Public Gold.
Bahkan pada saya, kalau ada seorang dealer Public Gold yang sebenarnya tak perlu pun menjalankan bisnes Public Gold, beliaulah orangnya... Tuan Azizi Ali.
More...
Apa yang saya kagum, beliau bukan jadi dealer Public Gold sekadar main-main.
Tapi beliau menjalankan bisnes Public Gold secara bersungguh-sungguh, rajin belajar sama macam dealer lain, dan beliau juga salah seorang top-achievers dalan bisnes Public Gold.
6 sebab pilih Public Gold
Saya tertanya-tanya, dan ramai orang tertanya-tanya.
Kenapa Tuan Azizi Ali buat keputusan jadi dealer Public Gold secara serius?
Ini 6 point yang beliau coretkan di Facebook beliau pada 10 Mac 2022, dan ini ringkasannya;
- Beliau sendiri melabur dalam emas
- PG syarikat emas yang sudah established
- PG menjual emas fizikal, bukan emas digital
- Bisnes PG disahkan patuh syariah
- Bisnes PG boleh dijalankan secara online 100%
- Dealer-dealer PG yang berjaya tak show-off kemewahan!
6 point ni membuatkan Tuan Azizi Ali rasa serasi dengan Public Gold.
Jatuh hati dengan suasana harmoni
Menurut beliau, beliau join sebab nampak peluang, tapi beliau bertahan kerana 'people' yang ada dalam bisnes PG.
Walaupun dealer-dealer PG sebenarnya adalah competitor (pesaing) antara satu sama lain, tapi dealer-dealer PG saling bantu-membantu, sokong menyokong, seolah-olah mereka bukan pesaing, sebaliknya macam partner dalam bisnes.
Itulah yang membuatkan Tuan Azizi Ali jatuh hati untuk buat bisnes PG walaupun beliau sudah pun kaya raya.
Saya sangat bersyukur... Guru kewangan yang menjadi idola saya sejak 20 tahun dulu akhirnya jadi rakan baik dalam bisnes.
Alhamdulillah... Alhamdulillah... Alhamdulillah...
Zulkifli
Cyberjaya
9 Mei 2024
30 Syawal 1445H

Tuan Azizi Ali antara dealer Public Gold terawal layak untuk ikuti percutian VVIP ke Cape Town 2025 disebabkan prestasi bisnesnya yang sangat luar biasa.
Artikel berkaitan:
- Jadi Dealer Public Gold Tak Berbaloi, Kecuali Siapa Obses dan Sabar
- Ini Rahsia Saya Bertahan Bersama Public Gold
- Misi Public Gold Selamatkan Masyarakat
- Kenali Founder Dulu Sebelum Jadi Ejen
- Pencapaian 400,000 Penyimpan Emas di Bawah G100 Network!
- Rahsia Student Ini Berjaya Buat Sales RM12 Juta Dari Meja Study!