Pencapaian terbaru, secara rasminya 400,000 penyimpan emas yang berdaftar di bawah kami, G100 Network pagi ini! Alhamdulillah.
Terima kasih kepada semua penyimpan emas dan dealer emas yang mempercayai kami #PGG100Network dan kepimpinan saya.
Bermula Seorang Diri
Kami serius berikan ilmu dan bimbingan yang betul tentang emas dan kewangan, serta membantu masyarakat untuk kaya dengan emas bersama #PublicGold. InsyaAllah.
2023 adalah tahun ke-13 saya mendidik masyarakat tentang emas dan kewangan.
Bermula seorang diri pada 1 Oktober 2010, hari ini sudah lebih 400k penyimpan emas dari seluruh dunia, khususnya di Asia Tenggara.
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah...
Saya ambil peluang ini untuk ucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang membantu atas kejayaan ini.
Melalui Saat Getir
Terima kasih Tuan Muda Syarif Jamil (VP1) yang menggalas kepimpinan saya sepanjang 2 tahun ketiadaan saya (30.10.2018 - 2020). Tanpa kepimpinan beliau, mungkin G100 sudah lama bertitik noktah sepanjang musibah menimpa saya.
- Baca juga : Niat baik makan diri, penasihat kewangan meringkuk dalam penjara - FMT
Terima kasih seluruh committee yang bertungkus lumus berikan sumbangan masa, tenaga dan idea untuk membangunkan G100 sehingga ke hari ini. Tanpa kalian semua, G100 tak mampu berkembang menjadi sebuah team yang sebesar hari ini.
Tulang Belakang Kejayaan
Semua jasa-jasa kalian, hanya Tuhan dapat membalasnya.Terima kasih kepada guru emas Malaysia En Syukor Hashim dan isteri, serta Dato Wira Louis Ng dan Datin yang telahpun membuka jalan dan 'menebas hutan' mengubah landskap pelaburan emas di Malaysia.
Tanpa kalian semua, menyimpan emas tidaklah semudah hari ini.Dan akhir sekali, tentunya isteri saya Pn Najdah Mohammed Hussain yang menjadi tulang belakang dan sokongan tak berbelah bahagi atas pencapaian kami hari ini.
Terima kasih semua.
Moga Tuhan merahmati kalian semua. Amiin...
Zulkifli
Cyberjaya
6 Ogos 2023
16 Muharram 1445H




Artikel berkaitan:
- Ini Rahsia Saya Bertahan Bersama Public Gold
- Misi Public Gold Selamatkan Masyarakat
- Public Gold Beli Emas Lama Pada Harga Tinggi
- Siapakah Sebenarnya Penasihat Syariah Public Gold?
- Public Gold Syarikat Emas Pertama Disahkan Patuh Syariah
- Kenali Founder Dulu Sebelum Jadi Ejen
- Pencapaian 400,000 Penyimpan Emas di Bawah G100 Network!