Latarbelakang
- Authorised Dealer Public Gold (kod PG00236), berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas di Malaysia, Indonesia, Brunei dan Singapore secara peribadi sejak 2010. Aktif menyampaikan seminar tentang emas dan kewangan sejak 2016.
- Seorang Chartered Accountant (CA) yang diiktiraf oleh Malaysia Institute of Accountant (MIA). Berpengalaman bekerja sebagai internal auditor selama 11 tahun (2003 - 2013) di Kuala Lumpur.
- Penulis dua buah buku best-seller; Wang Emas dan Misi Bebas Hutang.
- Pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold yang menggabungkan lebih 200 Master Dealer, 1,300 dealer aktif, dan memberikan servis kepada lebih 440,000 penyimpan emas di Asia Tenggara.
- Tinggal di Cyberjaya, Selangor (Malaysia) bersama isteri dan 8 orang cahaya mata.
Visi
- Membantu 1 juta celik emas dan kewangan menjelang tahun 2024.
- Membantu 1,000 orang mencapai financial freedom bersama Public Gold menjelang 2024 melalui platform pendidikan yang disediakan oleh G100 Network.
Timeline
- 2003 - mula bekerja sebagai akauntan, dan mendirikan rumah tangga.
- 2007 - mencapai "bebas hutang"
- 2008 - mula menulis blog peribadi www.mohdzulkifli.com untuk berkongsi ilmu bagaimana hidup senang tanpa hutang.
- 2010 - mula menyimpan emas Public Gold dan aktif mendidik masyarakat tentang pelaburan emas yang betul, tepat dan selamat, serta bagaimana simpanan emas dapat mengukukuhkan kewangan peribadi.
- 2014 - mencapai financial freedom - tak bekerja tapi mempunyai pendapatan (pasif).
- 2015 - menerbitkan buku pertama, "Zero Hutang : Bukan Mudah Tapi Tak Mustahil".
- 2016 - mula menyampaikan seminar (lebih 100 seminar setiap tahun) tentang emas dan kewangan di Malaysia, Singapore dan Indonesia melalui platform yang disediakan oleh Public Gold.
- 2017 - menerbitkan buku kedua, "Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat". Membongkarkan rahsia bagaimana mendapat keuntungan dari simpanan emas selain "beli harga rendah, jual harga tinggi"
- 2018 - menerbitkan buku ketiga, "Misi Bebas Hutang". Ia adalah kemaskini dari buku "Zero Hutang" dengan pertambahan 30% konten baharu.
- 2021 - menubuhkan G100 Network, team terbesar dealer Public Gold; menggabungkan lebih 150 Master Dealer, 900 dealer aktif, dan memberikan servis kepada lebih 280,000 penyimpan emas di Asia Tenggara.
- 2023 - memimpin team terbesar dealer Public Gold; menggabungkan lebih 200 Master Dealer, 1300 dealer aktif, dan memberikan servis kepada lebih 440,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.
Prinsip
- Biar tak nampak bergaya, asalkan poket kita kaya. Sentiasa hidup di bawah kemampuan.
- Kaya itu mulia bagi siapa yang bersyukur. Carilah sebanyak mungkin kekayaan supaya dapat tambah amalan, dan memberi lebih banyak kebaikan sesama manusia.
- Nak kaya kena sibuk berbuat baik (dalam kerjaya dan bisnes). Lagi banyak kebaikan yang kita berikan, lagi banyak kekayaan yang akan datang kepada kita.
- Tiada kerehatan yang sebenar selagi bernyawa. Hidup ini untuk sibukkan diri berbuat kebaikan. Sentiasa bekerja keras menjadikan dunia ini lebih baik, walaupun hanya 1%. Kerehatan sebenar adalah sebuah kematian.
Saya & Public Gold
Saya Mohd Zulkifli Shafie. Merupakan authorised dealer bagi Public Gold (kod PG00236), iaitu syarikat pengeluar emas pelaburan berlandaskan syariah terbesar di Malaysia. Aktif mendidik masyarakat tentang emas sejak tahun 2010 sehingga kini melalui blog, Facebook peribadi, dan channel Youtube saya.
Sejak tahun 2016, saya aktif menyampaikan seminar tentang emas dan kewangan di Malaysia, dan Indonesia melalui platform yang disediakan Public Gold. Secara purata, saya menyampaikan lebih 100 seminar setahun.
Sehingga ke hari ini, saya berpengalaman membimbing lebih 6,500 pembeli emas berdaftar dengan Public Gold di Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia. Dan merupakan pengasas kepada G100 Network, iaitu network terbesar dealer Public Gold; menggabungkan lebih 100 Master Dealer, 900 dealer aktif, yang memberikan servis kepada lebih 280,000 customer Public Gold.
'Ubat' Masalah Kewangan
Berdasarkan pengalaman menyampaikan ilmu tentang kewangan sejak 2008, dan mendapat banyak feedback dari pembaca, followers dan peserta seminar, saya dapati dua (2) masalah kewangan utama yang dihadapi kebanyakkan orang, iaitu (1) tiada simpanan, (2) hutang yang tak diurus dengan baik.
Untuk bantu masyarakat keluar daripada masalah ini, saya telah menghasilkan dua buah buku yang memfokuskan penyelesaian kepada masalah kewangan tersebut, iaitu buku "Wang Emas" dan buku "Misi Bebas Hutang".
Bacaan Santai, Tapi Sampai
- Kedua-dua buku ini adalah tulisan santai, dengan menggunakan bahasa dan cara penyampaian yang mudah difahami oleh orang kebanyakkan. Pendek kata, orang yang tak minat membaca pun boleh baca buku ini sampai habis.
- Ia ditulis berdasarkan pengalaman sebenar.
- Buku "Wang Emas" dan "Misi Bebas Hutang" adalah dua buah buku yang saling melengkapi.
- Telahpun terbukti membantu ramai orang keluar daripada masalah kewangan yang telah membelengu mereka bertahun-tahun sebelum itu, hingga akhirnya mempunyai simpanan yang kukuh, dan bebas masalah hutang setelah 3 - 5 tahun mengamalkannya. Alhamdulillah.
Seminar Emas dan Kewangan
Selain seminar rutin anjuran Public Gold, saya juga sering dijemput untuk mengadakan seminar tentang kewangan dan simpanan oleh badan kerajaan dan swasta untuk manfaat kakitangan mereka.
Sebahagian sedutan seminar-seminar saya boleh ditonton di Channel Youtube saya www.youtube.com/ibnushafie .
Nasihat Simpanan Emas
Bagi sahabat pembaca yang nak memulakan simpanan emas dan menjadi penyimpan emas Public Gold di bawah bimbingan saya, boleh dapatkan maklumat di website saya www.publicgoldofficial.com/zulkifli . Sekiranya ada persoalan yang perlukan bimbingan peribadi saya, terus klik www.wasap.my/60193368009/BlogNakMulaSimpanEmas.
Sebelum dapatkan nasihat peribadi saya, download dan baca dahulu ebook "5 Minit Review Tentang Emas". Ia cara paling cepat memahami asas simpanan dan pelaburan emas yang betul.
InsyaAllah saya boleh guide setakat apa yang saya tahu.
Akhir sekali, bagi sahabat pembaca yang ingin mengikuti tip-tip terkini tentang emas dan motivasi kewangan, boleh ikuti posting-posting saya di channel Telegram dan Facebook dan saya seperti berikut: