Buku ZERO HUTANG!

buku zero hutang 02

KLIK DI SINI untuk lihat Senarai Kandungan

Jutaan terima kasih kepada Team Galeri Ilmu atas penerbitan buku sulong saya.

Buku “Zero Hutang” dah sampai ke tangan saya. Walaupun itu tulisan saya sendiri, tapi saya sendiri excited baca buku ini berulang-ulang kali. Seolah-olah seperti pertama kali membaca tulisan ini.

Ianya Tentang “Prinsip”, Bukan “Teknik”

Buku ini tentang PRINSIP kewangan yang saya ceritakan berdasarkan PENGALAMAN sebenar sejak mula menulis tahun 2007 lagi. Waktu tu, saya menulis dan sebarkan dalam yahoogroup sahaja. Kemudian diangkat kepada blog www.mohdzulkifli.com atas saranan sahabat saya Sdr Mohd Hafizi Rameli. Artikel terpilih dari blog ini diambil, disusun dan diedit semula supaya ia memudahkan pembaca. Secara jujurnya, saya lebih suka baca dalam bentuk buku berbanding tulisan dari blog. Ia lebih berkesan dan lebih mudah dijadikan rujukan pada masa depan.

Tiada Teknik Ajaib Langsai Hutang

Bagi bakal pembeli, buku ini tak menjanjikan sebarang TEKNIK AJAIB menyelesaikan masalah kewangan. Buku ini tak banyak menceritakan tentang TEKNIK, tapi ia menekankan soal PRINSIP sebab prinsip kewangan kekal relevan sepanjang zaman.

Apa yang diamalkan oleh orang kaya Zaman Babylon, prinsip yang sama juga digunakan oleh orang kaya zaman sekarang. Tetapi TEKNIK orang Zaman Babylon semestinya tak sama dengan sekarang sebab, “teknik” sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman, tetapi “prinsip” akan kekal sampai kiamat.

Cara Membeli Secara Online

Siapa nak dapatkan buku ini, boleh beli terus di kedai-kedai buku terdekat mulai bulan Mei 2015. Harga RM15.00 (Semenanjung) / RM17.00 (Sabah dan Sarawak). Bagi yang nak jimat masa, jimat kos tol dan petrol, boleh beli terus secara online dengan tambahan caj penghantaran;

  • RM7 Poslaju Semenanjung (termasuk GST)
  • RM11 Poslaju Sabah / Sarawak (termasuk GST)

Hantarkan wassap / sms / pm isteri saya Najdah Mohammed Hussain (019-9272780). Mohon maaf, saya tak sempat handle hal ehwal buku ini sendiri. Saya lantik beliau sebagai COO hal ehwal buku ni. Semua buku-buku yang dibeli melalui isteri saya, akan dapat TANDATANGAN saya berserta CATATAN NASIHAT KEWANGAN ringkas sebagai motivasi.

Akhir sekali, terima kasih kepada Galeri Ilmu atas usaha menerbitkan buku ini. Mudah-mudahan ia menjadi “pahala pencen” (selepas mati) untuk saya dan semua yang terlibat. Dan terima kasih kepada semua pembaca yang menjadi tetamu blog ini. Teruskan belajar ilmu-ilmu kewangan kerana saya percaya, kekayaan kita akan bertambah seiring dengan bertambahnya ilmu. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
26 Mac 2015
5 Jamadil Akhir 1436

{ 6 comments… read them below or add one }

1 zakariamamat April 17, 2017 at 10:37 am

assalam tuan,
saya ada brg pjk kt pjk gadai, macm mn nk setle…jual ke brg tu

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie April 17, 2017 at 6:39 pm

Wslm En. Zakaria,

Cari pembeli dan jual emas tu kepada pembeli baru. Buat appointment dengan pembeli tu di ar-rahnu tu.

Reply

3 rahman May 6, 2017 at 6:05 pm

salam.. saya man.. saya ni berminat untuk tahu mengenai lebih lanjut ttg emas .. modal saya xbanyak boleh ka saya berguru dgn tuan… niat nk kumpul duit nk berkahwin nk menyelasaikan masalah hutang piutang saya…

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie May 8, 2017 at 8:34 am

Wslm En. Rahman,

InsyaAllah saya boleh guide tentang emas.

En. Rahman boleh baca ebook ringkas yang saya sediakan di http://www.bit.ly/5minitemas.

Kalau ada apa-apa persoalan, boleh wassap saya di +6019-336 8009.

Reply

5 mohammad yusof August 20, 2017 at 7:02 am

assalamualaikum .. sy berniat juga nk simpan emas… tapi sy simpan semua duit di Tabung Haji (TH). Emas nilai akan naik tp duit di TH juga akan naik. Mana lebih baik dari segi jumlah kenaikan.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2017 at 12:12 pm

Wslm En. Mohammad Yusof.

Nilai (kuasa beli) emas kekal, yang naik adalah harganya (nombornya). Simpanan Tabung Haji, nombornya bertambah disebabkan dividen, tapi nilai (kuasa beli) duit semakin lama semakin merosok walaupun nombor dalam akaun bertambah.

En Mohammad boleh baca artikel saya http://www.mohdzulkifli.com/2017/02/hakikat-sebenar-disebalik-teori-1-dinar-seekor-kambing.html .

Dari sudut simpanan jangka panjang, aset fizikal seperti emas, perak, tanah dan hartanah lebih bertahan kuasa belinya berbanding duit kertas yang disimpan dalam akaun bank. Duit kertas tak sesuai untuk jangka panjang. Ia hanya sesuai untuk transaksi jual beli dan disimpan dalam jumlah yang cukup untuk hal kecemasan sahaja.

Reply

Leave a Comment

{ 6 trackbacks }