Bagi anda yang sudah menjadi dealer Public Gold yang berdaftar di bawah network saya, saya ucapkan tahniah!
InsyaAllah saya sedia tunjukkan cara menjana keuntungan melalui bisnes Public Gold sambil menyimpan emas untuk diri sendiri.
Saya tak menjanjikan bulan dan bintang, tapi kalau anda ada apa-apa persoalan tentang emas (pelaburan atau bisnes), saya boleh berikan panduan berdasarkan pengalaman sebenar saya menjalankan bisnes ini dan telahpun membimbing lebih 6,000 penyimpan emas di Malaysia, Singapore, Brunei dan Indonesia sejak tahun 2010 lagi.
Dan sehingga ke saat ini (Jun 2021), sudah lebih 150,000 penyimpan emas di bawah network saya dan telah melahirkan lebih 50 Master Dealer di bawah bimbingan saya. Semua Master Dealer ini bergabung di bawah satu team yang dinamakan G100 Network (https://www.pgg100network.com/) .
G100 Network (#PGG100Network) adalah network dealer Public Gold yang paling cepat berkembang pada saat ini.
Dan sebagai menghargai kepercayaan anda, anda akan menjadi dealer Public Gold yang mendapat bimbingan dan perhatian daripada saya secara peribadi. Selagi anda mempunyai keinginan serta kesanggupan yang kuat untuk belajar dan berusaha, saya bersedia membimbing anda berjaya melalui platform yang disediakan oleh Public Gold.
Buat permulaan ini, saya nak hadiahkan beberapa ebook dan bahan rujukan penting dalam pelaburan emas khas dari saya. Antaranya;
- eBook – Panduan Lengkap Akaun Emas GAP
- eBook – PG Customer & Handbook (dapatkan dari Introducer)
- Slide Seminar Simpan Emas & Bisnes Emas
- Video Klip Seminar Simpan Emas
- Direktori Pos Ar-Rahnu
- Parameter Pelaburan Emas Majlis Fatwa Kebangsaan
—- > Sila dapatkan secara percuma DI SINI.
Untuk kick start sebagai dealer Public Gold berjaya, saya syorkan buat 5 perkara penting di bawah ini, iaitu:
#1 – Join Facebook “PG G100 Dealers“
Saya telahpun sediakan secret group facebook. Itu ialah GROUP PREMIUM, iaitu hanya untuk dealer Public Gold di bawah mentorship saya sahaja. Group itu bertujuan memberikan informasi penting kepada dealer untuk memajukan bisnes masing-masing. Antara info yang anda boleh dapat di situ ialah:
- Perkembangan terkini tentang Public Gold. Di sini anda akan dapat info yang lebih awal dari apa yang Public Gold akan umumkan kepada Public. InsyaAllah.
- Tips-tips menjana pendapatan sebagai dealer.
- Motivasi memajukan bisnes.
Ini antara komen salah seorang Master Dealer Public Gold yang aktif di bawah bimbingan saya tentang manfaat sebenar yang beliau dapat melalui Secret Group FB tersebut.
Untuk join group tersebut, sila minta introducer anda untuk invite. Kalau anda berdaftar direct di bawah saya, sila send friend request ke Facebook saya Mohd Zulkifli Shafie, kemudan wasap link facebook anda kepada saya di www.wasap.my/60193368009/NakJoinSupportGroupG100Dealer dan sertakan screenshot My Account (sila login website Public Gold) sebagai bukti dan memudahkan saya membuat pengesahan.
Wasap saya screentshot My Account anda untuk memudahkan saya mengesahkan bahawa anda berdaftar direct di bawah network saya.
Sila pastikan profile facebook anda menggunakan nama dan foto sebenar supaya mudah saya “approve”.
#2 – Seminar Emas & Kewangan oleh G100 Network
Bukan emas yang membuatkan kita kaya, tetapi ilmu. Sejauh mana anda mendapat keuntungan dengan simpanan emas, sangat bergantung sejauh mana ilmu anda tentang emas.
Jadi Public Gold aktif mengadakan seminar asas pelaburan emas sejak 2008 lagi untuk mendidik masyarakat dengan ilmu yang betul. Ia diadakan setiap bulan di hampir setiap negeri di Malaysia (termasuk Singapore, Brunei dan Indonesia). Dan seminar-seminar ini adalah PERCUMA!
Saya juga salah seorang daripada penceramah rasmi yang dilantik oleh Public Gold untuk menyampaikan seminar ke seluruh Malaysia (termasuk Singapore, Brunei dan Indonesia) sejak 2016.
Seminar yang saya sampaikan di branch Public Gold.
Sejak pandemik Covid-19 melanda, semua seminar dijalankan secara online. Anda boleh ikuti seminar online yang sampaikan oleh Master Dealer berpengalaman di bawah bimbingan saya setiap Rabu, 9.00 malam di Facebook Page Public Gold by G100 Network. Ianya free, dan ada lucky draw emas menanti anda yang bertuah dalam setiap seminar. Anda boleh ikuti semua recorded live seminar sebelum ini di Facebook Page tersebut.
Seminar pertama yang saya hadir tentang asas pelaburan emas pada tahun 2010. Saya upload foto ini adalah sebagai kenangan. Saya juga bermula dengan tiada ilmu suatu ketika dahulu.
#3 – Buku Asas Simpanan Emas
Bila terlibat jual beli emas, pasti bakal pembeli anda akan bertanya banyak soalan tentang pelaburan emas di Malaysia. Dan pastinya anda tak ada banyak masa untuk mengkaji sendiri satu persatu. Jadi semua jawapan kepada soalan bakal customer anda sudah pun saya bukukan. Anda hanya perlu baca dan khatamkan buku yang saya tulis ini berkali-kali.
Saya syorkan anda baca kedua-dua buku ini. Kedua-dua buku ini saling melengkapi, merangkumi ilmu emas dan kewangan. Sepanjang pemerhatian saya, ini buku paling cepat kalau nak pandai tentang emas, dan menjadi lebih kaya dengan simpanan emas.
Banyak pembaca bagi feedback, simpanan emasnya bertambah di luar jangkaan bila dia sudah faham ilmu yang betul tentang emas dan kewangan.
Salah satu testimoninya, boleh baca sharing dari seorang murid saya di link https://www.facebook.com/100001562521431/posts/3792973734098007/
Harganya cuma RM45 (RM25 + RM20). Boleh beli di https://galeriilmu.com.my/kombo-zulkifli-shafie . Sekarang ada promosi pos secara percuma (untuk Semenanjung Malaysia sahaja) bagi pembeli terawal.
Kalau nak beli satu-satu pun boleh. Tetapi tiada promosi. Dapatkan di link di bawah.
Atau boleh dapatkan juga di kebanyakkan kedai-kedai buku secara online atau offline termasuk Popular, MPH atau Kinokuniya.
4 – Mini PLT (PG G100 Leadership Training)
Sebagai dealer Public Gold, kita boleh jana pendapatan lumayan walau apapun keadaan harga emas. Harga emas naik kita untung, harga emas jatuh untungnya berganda! Bahkan, kita boleh jana PASSIVE INCOME yang boleh diwariskan kepada isteri / suami serta anak-anak kita kelak!
Untuk mengetahui potensi sebenar sebagai dealer dan cara menjana pendapatan 5 angka dalam tempoh 3 tahun dari sekarang walaupun secara sambilan, saya syorkan join Mini PLT. Ia program satu hari yang dijalankan secara online. Anda berpeluang belajar terus daripada Master Dealer yang telahpun terbukti berjaya.
Mini PLT ini diadakan pada Sabtu pertama setiap bulan, dari 8.30 pagi – 6.00 petang. Ini adalah training paling penting yang dapat melonjakkan bisnes setiap dealer Public Gold di bawah G100 Network.
Dapatkan link pendaftaran dari Facebook Group PG G100 Dealers https://www.facebook.com/groups/240919276065890.
5 – Serahkan Salinan Akaun Bank
Sebagai dealer, anda akan dibayar insentif (komisyen) atas setiap belian sendiri (mulai belian kedua dan seterusnya) dan setiap belian setiap customer yang anda introduce kepada Public Gold. Insentif itu akan dibayar pada 20hb, bulan berikutnya.
Tetapi Public Gold hanya akan buat pembayaran jika anda telahpun upload (1) salinan Akaun Bank, dan telahpun (2) Update Profile.
(Untuk Akaun Bank, apa-apa bank pun tak apa, cuma yang terbaiknya ialah Maybank atau Public Bank)
Sila lengkapkan borang online dan upload salinan kad pengenalan / passport dan salinan akaun bank terus di website:
Upload Salinan IC : Login web > My Account > My Profile > Update Profile
Upload Akaun Bank : Login web > My Account > My Profile > Update Bank Info
Ini contoh salinan akaun yang PG perlukan.
Ok, itulah 5 kick start memulakan bisnes Public Gold cara yang betul, insyaAllah.
Cara Hubungi Saya
Kalau ada apa-apa persoalan tentang emas dan Public Gold, sila contact introducer atau upline MD anda. Bagi yang berdaftar direct di bawah saya, boleh contact saya terus di klik link www.wasap.my/60193368009 pada bila-bila masa dan sila berikan screenshot My Account anda (dari web PG) untuk pengesahan dan sebagai rekod peribadi saya. Saya akan reply secepat mungkin. Kalau tak terima apa-apa reply daripada saya lebih 2 hari, selalunya sebab terlalu banyak mesej yang saya terima, bukan sebab tak sudi melayan. Sila ingatkan saya atau terus call saja. Bukan sebab tak sudi melayan… 🙂
Kalau nak jumpa saya secara peribadi untuk membincangkan tentang emas atau bisnes emas, jemput datang ke tempat saya di Cyberjaya, Selangor.
Dan paling penting, kalau anda jumpa saya dalam mana-mana seminar Public Gold, jangan lupa ‘tegur’ saya. Perkenalkan diri dan bagi tahu anda ialah “dealer di bawah network saya”. Saya sangat gembira untuk berkenalan dengan anda. ☺
Akhir sekali, saya doakan Allah berkati kita semua, dan memberikan kejayaan dalam apa juga usaha baik yang kita lakukan. Selamat maju jaya!