Buku ZERO HUTANG!

buku zero hutang 02

KLIK DI SINI untuk lihat Senarai Kandungan

Jutaan terima kasih kepada Team Galeri Ilmu atas penerbitan buku sulong saya.

Buku “Zero Hutang” dah sampai ke tangan saya. Walaupun itu tulisan saya sendiri, tapi saya sendiri excited baca buku ini berulang-ulang kali. Seolah-olah seperti pertama kali membaca tulisan ini.

Ianya Tentang “Prinsip”, Bukan “Teknik”

Buku ini tentang PRINSIP kewangan yang saya ceritakan berdasarkan PENGALAMAN sebenar sejak mula menulis tahun 2007 lagi. Waktu tu, saya menulis dan sebarkan dalam yahoogroup sahaja. Kemudian diangkat kepada blog www.mohdzulkifli.com atas saranan sahabat saya Sdr Mohd Hafizi Rameli. Artikel terpilih dari blog ini diambil, disusun dan diedit semula supaya ia memudahkan pembaca. Secara jujurnya, saya lebih suka baca dalam bentuk buku berbanding tulisan dari blog. Ia lebih berkesan dan lebih mudah dijadikan rujukan pada masa depan.

Tiada Teknik Ajaib Langsai Hutang

Bagi bakal pembeli, buku ini tak menjanjikan sebarang TEKNIK AJAIB menyelesaikan masalah kewangan. Buku ini tak banyak menceritakan tentang TEKNIK, tapi ia menekankan soal PRINSIP sebab prinsip kewangan kekal relevan sepanjang zaman.

Apa yang diamalkan oleh orang kaya Zaman Babylon, prinsip yang sama juga digunakan oleh orang kaya zaman sekarang. Tetapi TEKNIK orang Zaman Babylon semestinya tak sama dengan sekarang sebab, “teknik” sentiasa berubah-ubah mengikut peredaran zaman, tetapi “prinsip” akan kekal sampai kiamat.

Cara Membeli Secara Online

Siapa nak dapatkan buku ini, boleh beli terus di kedai-kedai buku terdekat mulai bulan Mei 2015. Harga RM15.00 (Semenanjung) / RM17.00 (Sabah dan Sarawak). Bagi yang nak jimat masa, jimat kos tol dan petrol, boleh beli terus secara online dengan tambahan caj penghantaran;

  • RM7 Poslaju Semenanjung (termasuk GST)
  • RM11 Poslaju Sabah / Sarawak (termasuk GST)

Hantarkan wassap / sms / pm isteri saya Najdah Mohammed Hussain (019-9272780). Mohon maaf, saya tak sempat handle hal ehwal buku ini sendiri. Saya lantik beliau sebagai COO hal ehwal buku ni. Semua buku-buku yang dibeli melalui isteri saya, akan dapat TANDATANGAN saya berserta CATATAN NASIHAT KEWANGAN ringkas sebagai motivasi.

Akhir sekali, terima kasih kepada Galeri Ilmu atas usaha menerbitkan buku ini. Mudah-mudahan ia menjadi “pahala pencen” (selepas mati) untuk saya dan semua yang terlibat. Dan terima kasih kepada semua pembaca yang menjadi tetamu blog ini. Teruskan belajar ilmu-ilmu kewangan kerana saya percaya, kekayaan kita akan bertambah seiring dengan bertambahnya ilmu. InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
26 Mac 2015
5 Jamadil Akhir 1436

>