Seminar Emas G100 Talkshow (GTS)

  • Home
  • |
  • Seminar Emas G100 Talkshow (GTS)

Seminar Emas G100 Talkshow

Waktu : Setiap Hari Rabu jam 9pm (kecuali Ramadhan)

Platform : Facebook dan Youtube PGG100 Network

Yuran : Percuma

Kenapa Perlu G100 Talk Show Ini?

Emas logam berbeza dari logam-logam yang lain. Simpan besi seberat 1 tan tak dikenakan zakat, tetapi simpan emas 85 gram sahaja sudah dikenakan zakat!

Maksudnya, ia logam istimewa yang Tuhan jadikan untuk kita. Ia bukan sahaja dianggap sebagai simbol kekayaan, tetapi ia juga boleh dijadikan salah satu daripada alat dalam membina kekayaan sejak zaman berzaman.

Tetapi sayangnya, ilmu tentang emas tidak pernah diajar di sekolah mahupun di universiti. Mereka yang dikatakan pakar tentang kewangan sekalipun tak ramai yang celik tentang emas, dan sebahagiannya menganggap emas sebagai “harta zaman kuno”.

♦ Ilmu Mahal Yang Tak Diajar

Maksudnya, masyarakat umumnya masih belum terdedah tentang ilmu yang betul tentang emas, apatah lagi tentang cara yang betul memanfaatkan emas dalam membina kekayaan.

Sehinggakan ramai yang kononnya nak melabur dalam emas, tetapi akhirnya terjebak dengan skim cepat kaya bertopengkan emas sekitar tahun 2013 – 2014! Kisah-kisah sadis ini membuatkan sebahagiannya takut untuk membeli emas sedangkan bagi sesiapa yang tahu tentang emas, mereka lebih takut jika tak memiliki emas!

♦ Pelabur Yang Susah Hati

Bagi yang dah melabur dalam emas pula, mereka sering rasa susah hati. Bila harga turun, mereka rasa susah hati. Bila harga naik pun rasa susah hati juga.

Bukan itu yang bermasalah, tetapi masalah sebenar ialah mereka melabur tanpa ilmu yang betul. Siapa yang melabur dengan ilmu, mereka tahu apa yang mereka buat. Mereka tahu strategi yang betul walau apa juga keadaan harga emas.

♦ Ekstrimis Tentang Emas

Dari satu aspek yang lain, ada pula golongan yang agak ekstrim dengan emas. Ada yang menganggap emas adalah segala-galanya hingga merendahkan fungsi duit kertas (wang fiat) serta instrumen kewangan yang lain.

Sebahagian lagi ialah golongan yang menafikan terus kepentingan emas dalam konteks membina kekayaan seolah emas adalah aset yang langsung tak berguna untuk membina kekayaan.

Kandungan GTS

Jadi masyarakat perlu diberi kefahaman yang betul dan jujur tentang emas. Iaitu pandangan yang betul dari perspektif kewangan yang sebenar.

Dan Public Gold sebagai sebuah syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia mengambil tanggunjawab mendidik masyarakat ilmu yang betul tentang emas melalui seminar-seminar percuma yang diadakan sejak 2008 lagi.

Seminar-seminar ini akan mendedahkan:

  • Bagaimana emas dapat membantu membina kekayaan?
  • Cara memanfaatkan emas dalam membina kekayaan selain dari “buy low sell high”.
  • Apakah keistimewaan emas dalam konteks kewangan?
  • Apakah posisi sesuai dalam pelaburan emas berdasarkan tahap kewangan peribadi seseorang?
  • Apakah kriteria yang perlu diambil kira dalam memilih emas yang betul sebagai simpanan dan pelaburan supaya ia dapat dijual pada harga yang lebih tinggi suatu hari nanti?
  • Bagaimana cara memulakan pelaburan emas dengan betul?

G100 menampilkan ramai penceramah-penceramah yang mempunyai latarbelakang yang pelbagai dan berpengalaman mendidik masyarakat tentang emas.

Setiap penceramah menyampaikan tentang pengalaman mereka masing-masing.

Tempoh Seminar

1jam

Yuran

PERCUMA (ditaja oleh Public Gold), kecuali seminar yang dianjurkan oleh individu. Seminar anjuran individu tetapi dengan kerjasama Public Gold, caj minimum dikenakan untuk kos mengendalikan seminar.

Siap ada cabutan bertuah lagi.

Cabutan Bertuah

Daftar terus cabutan bertuah di pin komen Live nanti.

Jika Nak Mula Simpan Emas

Semasa daftar dan buat belian, pastikan tulis nama saya sebagai Introducer (Mohd Zulkifli Shafie, PG Code : PG002369) untuk dapat bimbingan peribadi daripada saya selepas seminar nanti. Sebarang persoalan, wassap saya di +6 019-336 8009.

Apa Ada Dalam Seminar GTS?

(1) ILMU EMAS . Selain mendengar talk tentang asas emas, anda berpeluang tanya apa sahaja tentang emas dengan penceramah.

Kalau segan tanya dalam seminar, boleh ambil masa bertanya secara peribadi terus kepada saya melalui wassap di +6 019-336 8009.

(2) PROMOSI JADI DEALER . Akan ada promosi jadi dealer Public Gold dengan bajet serendah RM10,000 sahaja.

Jadi siap-siapkan duit awal-awal dalam akaun untuk grab promosi tu. Kalau berminat, transfer sahaja duit terus ke akaun Public Gold selepas seminar.

(3) CABUTAN BERTUAH EMAS . Public Gold akan mengadakan cabutan bertuah sebaik sahaja selesai seminar. Siapa yang grab promosi #2 di atas, mempunyai dua peluang cabutan bertuah gold bar 0.5 gram.

Siapa dapat, ia seolah-olah beli 1 percuma 1! Bagi yang tak beli promosi #2, masih berpelung menangi cabutan bertuah gold bar 0.5 gram dan juga barangan aksesori keluaran Public Gold.

Ini Seminar GTS terbaru yang bertarikh 20 April 2022. Bertajuk, " Rahsia Pendapatan 6 Angka" melalui bisnes Public Gold

>