MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Terbitnya Buku “Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat”

March 15, 2017

"Rahsia untuk kaya dengan emas selain daripada 'beli harga rendah jual harga tinggi'". Itu yang boleh saya simpulkan tentang kandungan buku terbaharu saya, "Wang Emas Bertahan Ketiga Gawat".

Saya bukanlah paling pakar tentang emas, tapi saya antara yang paling KONSISTEN 'bercakap' tentang emas di Malaysia sejak tahun 2010. Sehingga ke hari ini (tahun 2017), tinggal beberapa kerat sahaja yang masih aktif sampaikan ilmu tentang emas - termasuk saya. 

Konsisten sejak 2010

Seorang rakan lama Facebook bernama Tuan Faizul Mohd Noor sedikit kagum, macam mana saya boleh bertahan jadi dealer emas sampai sekarang?

Beliau kenal nama-nama besar dealer emas ketika beliau mula-mula menyimpan emas pada tahun 2010. Katanya kebanyakkan mereka sudah sunyi sepi dari dunia emas. Sedangkan saya masih aktif sampai ke hari ini.

Dulu saya cuma menulis di blog dan Facebook, tetapi hari ini saya aktif mengadakan seminar di seluruh negara tentang emas. Dan hasilnya, saya sudah membimbing lebih 4,000 penyimpan emas secara peribadi sejak tahun 2010.

Pengalaman Sejak 2010

Saya beritahu beliau, sejak hari pertama saya bercerita tentang emas, saya tak sesekali cerita perkara yang tak betul tentang emas (mengikut pengetahuan saya) dan saya tak akan sesekali bagi nasihat tentang emas yang merisikokan pembeli.

Saya hanya cerita perkara betul sahaja walaupun kekadang ia tak berpihak kepada saya - sebagai dealer emas yang dibayar komisyen atas jualan.

Jadi nasihat dan pengalaman-pengalaman itulah saya bukukan dalam buku terbaru tulisan saya bertajuk “WANG EMAS : Bertahan Ketiga Gawat”. Dalam buku ini, saya percaya tip-tip dan nasihat yang saya tulis adalah ‘selamat’ (dan menuntungkan) untuk orang kebanyakkan, terutamanya untuk ‘bot-bot kecil’.

Buku "Wang Emas" membongkar manfaat sebenar menyimpan emas selain daripada "beli harga rendah, jual harga tinggi", dan bagaimana memanfaatkan emas dalam membina kekayaan; daripada membentuk disiplin menyimpan wang sehinggalah mencapai status "bebas kewangan".

Ia Tanggungjawab Sosial Saya

Kalau ikut nasihat dalam buku ini, insyaAllah simpanan emas itu akan menjadikan kedudukan kewangan lebih baik.

Dan yang penting juga, kita tak ulangi kesilapan ramai pembeli-pembeli emas sebelum ini di mana akhirnya, “emas tak ada, duit pun tak ada!” - hanya gara-gara pelaburan emas.

Menulis buku (yang menjadi bacaan untuk masyarakat umum ini) sebenarnya bukan suatu perkara yang mudah. Ia tanggungjawab sosial saya kepada masyarakat. Jadi setiap saranan yang saya berikan di dalam buku itu, saya berikannya secara berhati-hati dan penuh rasa tanggungjawab.

Buku ini saya anggap sebagai buah tangan dari saya untuk masyarakat fahami emas dari perspektif kewangan yang lebih holistik. Sekiranya ia benar-benar bermanfaat, mudah-mudahan ia menjadi PAHALA PASIF bagi menampung kekurangan saya di sisi Tuhan, amin ya Allah.

Tentang Buku Wang Emas

Ringkas tentang buku ini:

  1. Ia perkongsian tentang pengalaman sebenar bagaimana tabungan emas mampu menjadikan kewangan kita lebih baik, selain menunggu "beli harga rendah, jual harga tinggi".
  2. Membuka perspektif yang lebih luas tentang emas dan bagaimana simpanan emas sebenarnya relevan hampir untuk setiap orang samada seorang pelajar universiti atau kolej, suri rumah, orang yang berkerjaya, mahupun mereka yang telahpun bersara.
  3. Bagi penyimpan emas yang sentiasa dilanda rasa takut; harga emas naik rasa takut, harga emas turun pun rasa takut, maka buku Wang Emas adalah ubatnya. Bila ada ilmu yang betul tentang emas, kita akan sentiasa happy. Harga naik kita happy. Harga turun pun kita happy!
  4. Dan yang menarik, ia adalah tulisan santai, dengan menggunakan bahasa dan cara penyampaian yang mudah difahami oleh orang kebanyakkan. Pendek kata, orang yang tak minat membaca pun boleh baca buku ini sampai habis.

Mereka Di Sebalik Tabir

Akhir sekali, saya mengambil peluang ini mengucapkan terima kasih kepada:

  1. Guru emas saya En Syukor Hashim atas dorongan yang tak putus-putus.
  2. Ustaz Shafie Hashim dari Galeri Ilmu yang sentiasa follow-up sehingga buku ini siap ditulis.
  3. Dato Wira Louis Ng iaitu pengasas syarikat pengeluar emas pelaburan terbesar di Malaysia yang memberi peluang saya belajar dan mengembangkan ilmu saya melalui penulisan dan seminar-seminar emas Public Gold.
  4. Isteri saya Pn Najdah Mohammed Hussain yang sentiasa berikan sokongan dan sangat memahami, dan semua pihak terutamanya dari Galeri Ilmu Media Group sehingga terbitnya buku ini.

Mudah-mudahan buku ini benar-benar bermanfaat untuk masyaratkat Malaysia memahami ‘kuasa’ emas yang sebenar, bukan sekadar “buy low sell high” - seperti saham. InsyaAllah.

Cara Dapatkan Buku Wang Emas

Sesiapa nak dapatkan buku ini, boleh beli di kedai-kedai buku, terutamanya di kedai buku Popular, MPH, Kinokuniya atau boleh beli secara online.

Saya difahamkan, buku “Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat” sekarang ini antara buku paling laris dijual di kedai buku Popular. Harga RM25 sahaja

Bagi yang pernah simpan emas Public Gold, tetapi belum pernah beli buku ini. Boleh terus ke website ini kerana sekarang ada promosi combo buku tulisan saya Buku Wang Emas dan Buku Misi Bebas Hutang. 

Zulkifli
Damansara Damai
15 Mac 2017
17 Jamadil Akhir 1438H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

  • alhamdulillah bjaya juga memiliki buku en zul..hrap en zul akan trus menulis utk ari mendatang…moga en zul bjaya di dunia n akhirat…☺️☺️

  • Alhamdulillah baru beli buku tuan zul petang tadi. Terima kasih atas perkongsian. Insya Allah kalau dapat berjumpa tuan zul, sudilah kiranya mencoretkan kata2 hikmah serta tandatangan di atas buku tersebut.

  • Saya dah pun beli buku emas encik zul. Termasuk buku zero hutang. Dkt popular tempat saya keja xda jual. Blk kampung ari tu ternampak dkt popular terus sambar dua2.

  • Assalamualaikum,

    Saya sudah memilikinya . penulisan yang ikhlas untuk memandaikan masyarakat tentang emas.

    Tahniah Encik Zul.

  • Salem cikzul, says adalah penyimpan tegar emas Dr tahun 2014 lg, byk artikel ttg Emas says baca, terbaru buku Wang Emas cikzul, cuma kalau ada kelapangan mohon Cik zul review buku kegagalan Emas sbg pelaburan karya Sharif Rahman. Terima kasih..

    • Wslm Pn. Mar,

      Saya dah pernah baca tajuk artikel tentang tu. Tapi saya abaikan.

      Apa pun instrumen kewangan, ada yang setuju ada yang tak setuju. Jadi kita pilih apa yang serasi dengan kita.

  • Alhamdulillah, Saya dah beli Dan sudah habis baca buku Tuan, sangat informative Dan memang Tuan jadi sumber inspirasi kepada saya untuk menjadi penyimpan, pelabur Dan peniaga emas. Saya juga dah attend seminar Tuan. Terima kasih

  • Hampir 2 tahun saya tak menjengah blog en.zul ekoran bizi nya hidup mnjaga anak2 kecil sendiri sambil belajar phd. Hari tergerak nak tgk, rupanya byk sgt ilmu2 perkongsian br yg sy telah miss. Siap ada buku br lg. In shaa Allah sy akn dpt buku2 tersebut. Saya doakan en.zul menyampaikan ilmu di blog ini.

    • Wslm Pn. Zuryati,

      Buku Wang Emas & Zero Hutang boleh dapatkan dari kebanyakkan kedai-kedai buku seperti Popular, MPH dan Kinokuniya. Atau boleh juga wassap isteri saya 019-927 2780 kalau nak beli secara poslaju.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >