MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Mentor Sebagai Pendorong Kemajuan Bisnes

March 9, 2017

Cara kerja makan gaji tak sama dengan bisnes.

Orang biasa bekerja bila bos suruh. Suka tak suka kita tetap buat. Walaupun kita benci boss sekalipun, kita buat juga apa yang dia suruh. Walaupun akhirnya pekerjaan itu bukan milik kita, kita tetap buat mengikut arahan bos.

Kerja kita tetap jalan... Tapi dalam bisnes berbeza.

Cabaran tak ada boss

Antara cabaran besar bila nak mulakan bisnes ialah kita tak ada boss yang suruh buat itu dan ini. Semuanya ikut suka hati kita sendiri.

Kalau rasa nak buat, kita buat. Kalau rasa malas, kita tak buat. Bila buat ikut suka hati, maka bisnes tak akan berkembang.

Bisnes hanya akan berkembang dengan sendiri bila kita sudah ada self-discipline, iaitu disiplin yang kuat tanpa perlu disuruh oleh sesiapa.

Jadi salah satu faktor yang boleh membentuk self-discipline ini ialah perlunya mentor.

Ibarat Ibubapa dan Anak Kecil

Bila kita mulakan bisnes, kita ni macam anak kecil yang tak tahu apa-apa. Kalau dibiarkan buat apa yang kita suka, maka susah jadi “orang yang berguna”. Bisnes tak akan menjadi. 

Kita perlukan ‘ibubapa’ yang membentuk diri kita sehinggalah kita cukup ‘dewasa’ untuk dibiarkan membawa bisnes kita sendiri.

Dalam bisnes, mentor ni macam ibubapa yang sudah rasa asam garam sebelum kita. Dia sudah cukup dewasa untuk memahami bisnes. Dia orang nak tengok kita berjaya, macam ibubapa kita juga.

Siapa yang memulakan bisnes tanpa ‘tekanan’ dari mentor, susah untuk nak maju dalam sebab mentaliti kita masih lagi di takuk lama. Masih mentaliti seorang pekerja. Nak kena ada orang suruh buat dan pantau, barulah kita jalan.

Jadi salah satu cara yang boleh mendorong bisnes kita berkembang dengan cepat ialah dapatkan seorang mentor dan dengar cakap mentor.

Mentor Bukan Bos, Tapi Guru

Dalam bisnes Public Gold, saya juga ada mentor iaitu En. Syukor Hashim. Tanpa tekanan dari mentor saya En Syukor Hashim, saya percaya buku bertajuk “Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat” yang sedang hangat di pasaran sekarang ini masih belum siap sampai hari ini.

Tapi disebabkan tekanan yang mentor saya wujudkan, akhirnya buku itu siapa dalam jangka waktu yang saya janjikan kepada beliau. Alhamdulillah.

Jadi siapa betul-betul nak maju dalam bisnes, dapatkan seseorang yang sudah berjaya dalam bisnes yang kita usahakan itu dan bersiap sedia untuk dapat ‘tekanan’ dari mentor itu.

Nanti bila dah dapat pendapatan pasif 5 angka setiap bulan dan bisnes itu milik diri sendiri, masa itu baru faham bahawa ‘tekanan’ daripada ‘ibubapa’ sewaktu kita kecil itulah yang menjadikan kita pada hari ini. Alhamdulillah.

Doakan kebaikan untuk ibubapa dan guru-guru kita. Kerana mereka, kita menjadi diri kita pada hari ini.

Zulkifli
Damansara Damai
9 Mac 2017
11 Jamadil Akhir 1438H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • banyak sungguh info dan ilmu berguna berkait dengan pelaburan emas di blog tuan zul.semoga saya masih belum terlambat untuk menyimpan emas walaupun baru bermula di tahun 2017 ini.terima kasih di atas perkongsian.

  • emas bukan setakat bertahan ketika gawat,tetapi ketika bisnes merudum atau ingin memulakan bisnes..emas adalah pemodal yg paling osom.duit jika disimpan dan diguna ianya ‘tidak beranak’ lagi.emas jika disimpan dan diguna seperti dipajak boleh diperanakkan lagi.malah surat pajaknya boleh digadai lagi..mane ada lagi barang yg boleh digadai lagi seperti emas?

  • sejarah hidup lalu dari kepayahan ibu bapa yang jadi dorongan untuk kita mengubah hidup anak-anak kita sekarang dan akan datang.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >