MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

4 Langkah Mudah Memulakan Bisnes Sendiri

February 3, 2013

Jalan tercepat nak kembangkan kekayaan bukanlah melalui pelaburan, tapi bisnes. Untung 20% setahun dalam pelaburan dianggap luar biasa. Tapi untung 200% setahun dianggap biasa-biasa sahaja.

Cuma persoalannya, “Apa bisnes yang bagus untuk bermula? Boleh bagi cadangan tak?”

Antara soalan yang susah saya jawab sebab saya pun tak pasti apa bisnes yang sesuai dengan orang bertanya. Bisnes yang terbaik untuk saya, mungkin tak sesuai untuk orang lain.

Ia bergantung pada matlamat kewangan, modal, minat, kemudahan yang dia ada dsb.

Cuma saya beranggapan, orang yang baru nak buat bisnes ni sekadar nak dapat extra income RM200 – RM300 sebulan buat permulaan. Itu pun dah baik dari tunggu kenaikan gaji hujung tahun. 

Sekarang ni peluang bisnes terlalu banyak. Untuk orang baru, saya selalu syorkan bermula sebagai “middle-man” jer dulu. Jadi ejen, dealer, pengedar kepada produk dan servis yang kita sendiri sangat suka dan puas hati. 

Jadi Ejen Produk Dulu

Bisnes konsep macam ni sangat banyak kat luar tu. Setakat nak dapat extra income RM200 – RM300 sebulan dengan modal modal minimum (hatta tanpa modal) sekalipun memang boleh.

Ia boleh bantu perbaiki tahap kewangan kita. At least dapat tambah saving bulanan.

Pada peringkat awal nak cari pendapatan tambahan, kami suami isteri pun memang jadi ejen untuk banyak produk yang kami sendiri memang berpuas hati.

Bukan sebab nak dapat untung besar sebagai ejen, tapi untuk dapat harga diskaun dan memudahkan kami bantu sesiapa yang nak dapatkan manfaat yang sama.

Bak kata pepatah, sambil menyelam minum air.

Sambil pakai produk, why not buka ‘pintu’ untuk dibayar atas produk yang memang kita suka?

Jadi Ejen Produk Kesihatan

Waktu mula-mula berkerja tahun 2003 dulu, kami suami isteri mula amalkan suplemen kesihatan Nutrilite (Amway). Sebab selalu beli, dan keluarga saya pun beli produk Nutrilite tu, kami register sebagai distributor (member) untuk dapat harga diskaun.

Sambil seronok gunakan produk, kami belajar ilmu tentang kesihatan untuk diri sendiri dan kongsikan dengan kawan terdekat. Alhamdulillah, hari ni kami ‘dibayar’ atas produk yang kami sendiri suka!

Pendek kata, jumlah pendapatan jauh melebihi nilai produk yang kami pakai setiap bulan tanpa perlu menjual lagi (sebab kami dah ada network regular consumer yang ramai). Seolah-olah pakai produk free! Alhamdulillah...

Jadi Dealer Public Gold

Tahun 2010, lepas saya ‘study’ tentang pelaburan emas, saya decide untuk beli emas Public Gold dalam jumlah yang melayakkan saya jadi dealer secara automatik.

Sekadar convert saving daripada Tabung Haji kepada emas. Bukan untuk berniaga emas.

Tapi lepas saya lebih ‘expert’ tentang pelaburan emas, saya dapat bantu ramai kenalan untuk melabur dalam emas cara yang betul.

Alhamdulillah, saya dibayar komisyen yang nilai terkumpulnya jauh melepasi modal asal saya membeli emas tahun 2010 dulu! Untung lebih 100% setahun! Alhamdulillah...

Daripada tunggu kenaikan harga emas, why not jana pendapatan atas emas yang tersedia ada?

Niagakan Produk Yang Kita Suka

Itu hanya dua contoh macam mana Allah rezekikan kami extra income hanya dengan jadi “middle-man”.

Tanpa modal sebenar, tanpa pening kepala fikir pasal nak hasilkan produk, tanpa perlu berhenti kerja, tanpa buat loan, tanpa kos overhead sebenar, tanpa pening kepala nak cari supplier, simpan stok dan sebagainya.

Prinsipnya, sambil menyelam minum air.

Ada produk yang kita suka, daftarlah sebagai ejen dan bantu orang lain dapat manfaat yang sama. Tak perlu menjual, hanya berkongsi dari hati ke hati! 

Bila kita share pengalaman dari hati ke hati, kita akan buat dengan seronok tanpa “kecil hati”.

Contohnya, bila saya syorkan emas Public Gold kepada pelabur, saya tahu emas Public Gold adalah yang terbaik untuk pelaburan emas di Malaysia, bukan sebab ‘poket’ saya.

Kalau dia beli, dia untung. Kalau dia tak beli, saya tak rugi!

Bermula Dulu, Jalan Akan Terbuka

Saya tengok ramai orang masih ‘buntu’ nak buat bisnes apa. Bagi saya, mulakan dulu dengan apa yang terdekat dengan anda. Nanti dah bermula, Allah akan nampakkan banyak peluang untuk buat duit, insyaAllah.

Dan hari ni saya nampak terlalu banyak ruang untuk buat duit dengan cara jadi “middleman” ni. Semuanya berkaitan dengan produk dan servis yang memang saya sendiri gunakan.

Terlalu banyak peluang hinggakan saya perlu buat keputusan bisnes mana yang terbaik untuk saya fokus. 

Bagi saya, kalau siapa rasa ‘buntu’ macam mana nak buat side income (at least untuk tambah saving bulanan) tanpa perlu kerja part-time, bagi saya dia belum nampak peluang yang memang dah tersedia sekeliling dia.

Buku ni ajar kita buat duit dengan produk yang kita suka.

Jadi nasihat saya, ikut empat (4) langkah ni :

#1 : Kenalpasti Produk Terbaik

Senaraikan apa produk & servis yang anda memang pakai, memang suka, dan rasa ianya pilihan terbaik. 

Produk tu biasanya kita memang beli dan gunakan tiap-tiap hari di rumah!

Dan lagi bagus, kita memang ceritakan produk tu kepada kenalan terdekat walaupun tak dibayar! Macam pergi tengok wayang.

Kita suka movie tu, lepas balik kita ceritakan kepada kawan-kawan di pejabat walaupun pawagam tu tak bagi tiket free atas promosi percuma tu!

Kita ikhlas bercerita tanpa harap apa-apa bayaran...

Pesanan Pn Guru Ainon Mohd

#2 : Kenalpasti Peluang Jadi Ejen

Kenal pasti ada tak peluang untuk anda jadi ejen?

Paling baik, jadilah ejen kepada syarikat yang kenakan kos minimum (hatta tanpa kos) untuk register sebagai ejen.

Pendek kata, kalau ada orang beli, kita dibayar komisyen. Kalau tak ada jualan, kitatak rugi apa-apa! No risk at all!

Tapi kena ingat, kebanyakan sistem ejen akan ada upline dan downline. Ini sebenarnya peluang untuk kita dapatkan ilmu dan bimbingan daripada ejen yang lebih berpengalaman secara percuma.

Jadi dalam mencari peluang pun, jangan ambil mudah untuk register dengan sesiapa. Tapi carilah introduceratau upline yang boleh bagi bimbingan yang betul.

Sekurang-kuranya dia boleh bagi bimbingan yang betul untuk kita lebih faham tentang produk dan cara niagakan produk tersebut dengan betul.

Cuba stalk akaun media sosial mereka, sejauh mana mereka aktif dan sejauh mana kemampuan dia untuk melatih ejen-ejen baru di bawah dia.

#3 : Hadiri Latihan dan Jumpa Orang Berjaya

Lepas jadi ejen, jangan duduk rumah dan tergolek depan TV!

Keajaiban hanya akan berlaku bila anda keluar rumah!

Jadi ruangkan waktu untuk hadir training yang diadakan oleh syarikat.

Bukan setakat hadir, tapi ambillah peluang untuk berjumpa dan bergaul dengan mereka yang telahpun berjaya. Bina hubungan yang baik dengan mereka dan ‘korek’ rahsia-rahsia kejayaan mereka. 

Kalau serius nak berjaya, Robert T. Kiyosaki syorkan supaya hadir ke semua training mereka untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan!

Itu adalah tempoh minimum untuk ‘tukar’ mindset daripada seorang pekerja kepada bisnes owner.

Langkah #4 : Kongsikan Keseronokan Menggunakan Produk

Lepas jadi ejen, jangan duduk diam. Tapi buka mulut dan bagitahu kawan-kawan yang kita jadi ejen produk yang bagus.

Kalau sesiapa nak dapatkan produk dan servis, kita BANTU (bukan jual) dia dapatkan produk tersebut dengan mudah.

Manfaatkan medium yang ada samada telefon, sms, whatsapp, dan media sosial yang kita ada untuk 'kompang' (war-warkan) kuat-kuat.

Kongsikan kenapa kita suka dengan produk tu dan macam mana produk tu boleh jadikan hidup anda lebih baik.

Betulkan niat. Jangan sekali-kali menjual.

Saya ulang lagi sekali, jangan menjual.

Kalau kita menjual, orang akan lari! Sebaliknya, jadilah seorang sahabat yang nakkan kebaikan untuk sahabat yang lain...  

Itulah empat (4) langkah mudah untuk memulakan bisnes sendiri.

Asas Ilmu Jadi Pemilik Bisnes

Pengalaman jadi “middle-man” dan asas ilmu marketing serta jualan ni akan menjadi asas yang kukuh bagi sesiapa yang ada cita-cita untuk jadi founder pada bisnes yang lebih besar dengan menghasilkan produk dan servis sendiri suatu hari nanti, insyaAllah.

Saya yakin, semua orang pun boleh buat bisnes simple begini. 

Dengan duit extra RM200 – RM300 sebulan untuk permulaan, sekurang-kurangnya boleh tambahkan duit simpanan tiap-tiap bulan. 

Ia jauh lebih berbaloi daripada tunggu kenaikan beberapa keping dinar yang kita simpan sebagai pelaburan! 

Dan jangan lupa, income tu tak akan kekal sekitar RM200 - RM300 sebulan kalau kita usahakan dengan sabar.

Mudah-mudahan nanti Allah akan gandakan menjadi RM2,000, RM20,000 bahkan RM200,000 sekalipun! InsyaAllah.

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
21 Januari 2013
9 Rabiul Awwal 1434

Bergaul dengan rakan-rakan internet marketer yang jadi top affiliate ebook Rahsia Bisnes Kerajaan oleh Tuan Haryzat. Saya dapat tempat ke-dua di belakang Sifu Jamal. Alhamdulillah.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Assalamualaikum..

    Best sangat blog tuan ni…sekarang saya sering ternanti2 entry baru sbb dah khatam semuanya..dan kebanyakan entry seblum ni sya baca lebih dari sekali..
    Saya suka baca bila saya rasa down…sbb lepas baca blog tuan selalu rasa recharge dan bersemangat…
    Kalau x keberatan blh tuan kongsi tentang amway? Serba sedikit pun jdi la..buat panduan..
    Terima kasih.

    • Wslm,

      Alhamdulillah, puji-pujian bagi Allah. Terima kasih berziarah ke blog seadanya ni. Moga bermanfaat, insyaAllah.

      Amway simple bisnes. Konsep dia tukar jenama produk harian yang tuan pakai, dan recommend kepada kenalan terdekat produk yang tuan suka. Daripada beli di kedai lain yang hanya dapat produk, lebih baik tuan berbelanja di kedai yang menawarkan profit sharing macam Amway. Lagi pun produk & membership dia 100% money-back guarantee. Tak perlu risau untuk mencuba. Amway ialah satu-satunya Direct Selling company yang kerajaan ada saham di dalamnya melalui GLC. Antara pemegang saham terbesar ialah KWSP dan Tabung Haji. Untuk lebih detail, saya syorkan tuan contact saya personally. InsyaAllah saya bantu apa yang boleh.

      Wallahu a’lam.

      • Salam EN.Zulki

        sekadar bertanya..sblm sya pernah direcommend oleh mmbr pasal Amway ni dan saya satu serba sedikit pasal amway..disini saya nak tanya adakah kita kena spend or beli product amway setiap bulan? sbb mmbr saya bagitahu kita mesti spend RM%#@ setiap bulan betul ker?

        • Wslm tuan,

          Apa yang saya tahu, Amway tak wajibkan membeli setiap bulan. Yang wajib cuma renew membership setiap tahun kalau nak terus jadi member Amway. Kalau rasa tak berbaloi jadi member, pulangkan balik beg starter kit dan Amway akan refund 100% yuran keahlian.

          Kalau yang kata wajib tu, mungkin organisasi upline tu letakkan minimum target bagi sesiapa yang nak build-up bisnes. Sebab ia proses duplication untuk group tersebut, tapi bukan syarat Amway.

          Wallahu a’lam.

    • Wslm Pn. Anna,

      Kalau untuk orang baru, saya rasa pakai facebook lagi cepat. Blog agak perlukan masa. Tapi untuk long-term, blog lagi bagus. Kalau puan dah ada bisnes dan nak buat jualan melalui facebook, mungkin puan boleh belajar tekniknya dari DVD Bengkel Simple Tapi Power yang di buat oleh Tuan Faisal Abdullah.

      Boleh dapatkan DVD tu dari link ni; http://bit.ly/DVDstp.

      Usahakan dengan sabar. InsyaAllah puan pasti berjaya.

      Wallahu a’lam.

  • Assalam,
    Saya sronok baca blog En Zul. Ia menaikkan semangat saya dalam berniaga. Buat pengetahuan tuan, sy dn suami memang bekerja mkn gaji dan dalam masa yang sama kami baru saje mula berniaga jual sandwich di padang futsal…..x sangka rezeki di situ…..walau pun tersangat la kecil jumlah yg kami jual tp Alhamdulillah..permintaan harian tetap ada…..kami amat bersyukur ada extra income….

    • Wslm Pn. Nor Azrilah,

      Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah. Syukur kepada Allah yang membuka rezeki kepada puan suami isteri. Usahakan apa yang betul dengan sabar. Moga Allah berikan kejayaan kepada puan & suami. Amiin ya Allah.

  • Assallammualaikum tuan…..

    Terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat berguna…
    sejak saya membaca blog ne,bnyak ilmu yang boleh diambil untuk pedoman hidup..

    Saya ingin minta pendapat Tuan Zul,
    saya bekerja sebagai kakitangan awam (makan gaji) dan ada buat part time untuk pendawaian elektrik 1 fasa serta servis aircond.. malangnya projek selalu putus…
    promosi secara online sudah dibuat berkali2..

    soalan saya> Bagaimana cara untuk saya mempromosikan servis yg saya tawarkan kpd org ramai supaya sentiasa saya ada kerja walaupun sikit..

    Semoga allah menambah dan memberkati rezeki diatas keiklasan ilmu yg berikan..
    Aminnn….

    • Wslm En. Mohd Kedah,

      Terima kasih berziarah ke blog ni. Mudah-mudahan ianya bermanfaat, insyaAllah.

      Saya tak pasti apa cara terbaik sebab saya tak faham situasi sebenar bisnes tu. Tapi bagi saya zaman sekarang ni kena manfaatkan internet, terutamanya blog dan facebook. Internet ni kalau bisnes maju, memang takdan tangan nanti. Paling mudah setup facebook khas untuk bisnes wiring dan servise aircond. Saya pernah beli bateri kereta melalui google. Bila google, saya terjumpa facebook peniaga bateri yang boleh offer harga lebih murah, siap dengan free delivery sekali. Ia memang memudahkan dan menjimatkan.

      Boleh cek peniaga bateri yang saya maksudkan di link ni https://www.facebook.com/pages/Bateri-Kereta-Murah/529536520409777

      Wallahu a’lam.

  • Assalamuailaikun
    terima kasih ats perkongsian ilmu en zul yg begitu menarik sekali dan saya sgt seronok utk membacanya..
    di sini sy nk bertanya pendapat en zul.saya sgt berminat utk mejual makanan seprti kek2, biskut, buat mee kuning, dan saya hnya menjual pada saudaranmara terdekat jew..dan sekarang saya ingin luaskan bg semua org merasa makanan yg saya jual tpi saya tak tahu lagi macam nak promosikan dan mulakan bisnes..tolong minta pendapat dr en zul..terima kasih byk2..

  • Terima kasih untuk perkongsian ilmu yang sangat memotivasikan pada orang orang yang ingin memulakan bisnes dan mencari income lebih. Saya sangat berminat untuk memulakan perniagaan tetapi masih mencari yang sesuai dan mampu saya lakukan.

  • Salam…
    T.kasih atas pkongsian yg sgt bguna…
    Sya jg ingin mjinak2 mmulakan pniagaan mlalui online… tp tak tau bgmana caranya utk mmulakan langkah ptama…. sya sdh pun register Member HAI-O MARKETING (product beauty healthcare…) tp masih buntu bagaimana caranya utk mpkenalkan product ini mlalui FB.

  • assalamualaikum tuan..
    first time saya bace blog tuan memang terbaik..
    bole saya dapatkan no hp tuan untuk saya fahamkan tentang saham emas??
    terime kasih..

  • Assalamualaikum tuan zul,

    Saya amat tertarik dgn artikel2 tuan didalam ini. Saya dlm proses memulakan online bisnes. Mohon kebenaran tuan utk mgunakan point2 penting artikel tuan untuk pkongsian ilmu dgn rakan2 saya yg lain d laman sosial.

  • Assalamualaikum. Saya ada sedikit pertanyaan. Bolehkah saya fokus kepada 2 bisnes yang berlainan dalam 1 masa? Contohnya berkongsi kebaikan produk kesihatan wanita dan juga menjadi ejen takaful. Apakah tips untuk berjaya dalam kedua-dua bidang itu? Terima kasih. 🙂

  • Terima kasih atas perkongsian blok, Saya memang berminat utk memulakan perniagaan terutamanya berkenaan hartanah tetapi saya tak tahu bagaimana nak mula…. harap tuan dapat memberikan idea bagaimana nak memulakan perniagaan tersebut…

  • Perkongsian yang sangat berguna dan memotivasikan semangat untuk saya memulakan langkah pertama…
    terima kasih En.Zul…

  • As salam.seronok baca d jumpa pg ni.
    Sy nk share bbrp add blog yg diberi.tq.
    Ada group public gold tk.blh join utk dpt info ttg emas

  • Terima kasih tuan untuk perkongsian. Mohon saya share kepada rakan-rakan di luar sana.

    Di sini perkongsian untuk rakan-rakan

    bit.ly/senibisnesstartupmeletup

  • Terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat ni.Peluang nak menjalankan perniagaan memang banyak sekarang ni hinggakan tak tahu nak pilih yang mana satu :)..setuju dengan pendapat Tuan untuk bermula sebagai ‘orang tengah’ bagi yang baru nak mula berniaga.

  • setiap perniagaan sebaik-baiknya bermula dengan perniagaan yang kecil dan teratur.salah satu elemen penting ialah daftar perniagaan dan juga akaun semasa syarikat dengan bank2 yang utama.namun untuk membuka akaun syarikat di bank2 yang utama seperti maybank dan cimb memerlukan introducer.tuan/puan boleh menghubungi saya untuk urusan introducer di talian.012-7292850 atau melawati blog saya untuk maklumat lanjut.terima kasih.

  • Abaikan kata-kata yang cuba menjatuhkan atau cuba mengecilkan usaha anda apabila berniaga dengan modal yang kecil. Tidak salah pun anda nak mencuba dalam bisnes dengan permulaan perniagaan modal kecil. Memang sudah terbukti banyak perniagaan yang bermodalkan kecil tetapi berjaya menghasilkan keuntungan yang besar.

    Azlan Ahmad
    http://www.usahawanminuman.com

  • Salam.

    Saya berminat untuk memulakan perniagaan tetapi tidak mengetahui caranya. Saya berkemahiran dalam membina laman serta menghasilkan android app. Apakah yang perlu saya lakukan dengan kemahiran yang ada ini dapat menghasilkan pendapatan buat saya.

    Mohon penjelasan daripada saudara sekalian

    Boleh hantar sebarang cadangan ke mohdzamri_matjusoh@yahoo.com

    • Wslm En. Zamri,

      Perniagaan tu menyediakan produk atau servis yang boleh menjadikan hidup orang lebih baik. Buat apa pun, asalkan ianya bermanfaat dan ada permintaan, insyaAllah boleh menghasilkan pendapatan.

  • Terima kasih atas perkongsian ilmu. Saya juga ada buat buku untuk bantu usshawan dan bakal usahawan bina satu bisnes. Tajuk buku- Jom Bisnes!http
    Boleh layari
    http//:usryabdullah.blogspot.com

  • Assalam..Terima kasih utk Penulisan encik yang sangat bagus..saya tertarik Bila en sarankan mula kan dgn produk yg kita sendiri guna..alhamdulillah saya memang pengguna amway (suplement) sejak 11 tahun yg lepas lagi Dan juga pengguna produk kecantikan Mary Kay..kedua2 produk ini berkualiti tinggi..saya telah menjadi ahli utk kedua2 produk ini..team Mary Kay yg aktif Dan membantu telah saya join..sekarang saya mencari team produk amway yg boleh memberi tunjuk ajar cara bisnes produk amway pula..macamana Kalau saya nak join team encik? Ada nom contact yg boleh Sy hubungi?

  • Asslm…sy nk tnya..mcm mna nk lgsaikn hutg ptptn tnpa buat prnstrukturan semula,tapi sy mmg tak bkerja lagi buat masa ni.sebelum ni cuma bkja biasa yg hnya mmpu utk dri dan mk ayh shja.anggaran hutg 21k pinjaman..nk mulakan bisnes apa pun sy tak tahu..sebelum ni pernah berniaga kcil2lan..tapi akhirnya terpaksa ttup sbb xde custmer…utk mulakan online bsnesn.sy sdri x pasti mcm mna nk mulakan..

  • Saya selalu membaca blog entry dari mana-mana blogger. Tapi sejak jumpa blog tuan ni semalam, (terjumpa dalam buku ” Mudahnya Menjemput Rezeki” tulisan Fathuri Salehuddin) ianya lebih jelas apa yang diceritakan serta perkongsian ‘real’ dari blogger. Maksud saya kebanyakan penulisan tidak mendedahkan ”actual content” yang di sampaikan. (harap tidak ambil hati). hehe..

    Sepertimana pembaca lain di sini, masing2 ada target especially “business”. Akan tetapi tidak ada guide or guidance untuk semua itu. Buat blog tapi tak ada gurunya, pernah beli/subscribe dan macam2 lagi cara2 buat blog or buat duit dengan internet tapi tak jadi, join program emas tak kemana sebab kena tipu program, buat MLM hangat2 tahi ayam.

    Setelah baca beberapa entry (setakat komen ini di tulis), tulisan tuan ini nampak “clear” dengan apa yang di sampaikan.

    Terima kasih atas perkongsian hebat ini tuan.

  • Slm en.zul..sye ingin minta pendapat en.zul bgimana nk memulakan perniagaan secara kecil kecilan dgn mempuanyai wang cuma sebyk 50k dlm simpanan…sye seorg surirumahtangga ingin mencari second income utk saving sendiri…apa yg ptt sye laku kan agr sye tdk kerugian d kemudian hari…hrp dpt penjelasan dr pihak tn

    • Wslm Pn. Norleda,

      Mulakan dulu bisnes dengan modal RM1,000 sahaja. Belajar kembangkan duit RM1,000 jadi RM10,000 dulu.

      Kalau duit tu tak dapat dikembangkan RM10,000, maka jangan sesekali sentuh baki RM49k tu sebab ia bakal lebur dalam bisnes.

  • Assalamualaikum…saya baru bermula jadi agen produk makanan.saya tak tahu nak mulakan macam mana.boleh bagi tips tak macam mana nak jual produk makanan kat orang ramai.lokasi tumpuan orang untuk saya promote dah ada.cuma nak suruh orang beli dan mencubanya agak susah.harga tak ada masalah.saya ada buat offer sendiri….lagi bagus kalau encik share tips melalui whatsapp.just whatsapp saya 0134986383

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >