Berniagalah Sekalipun Anda Telah Kaya

by on April 3, 2013

Post image for Berniagalah Sekalipun Anda Telah Kaya

Banyak orang “share” kata-kata Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna (Pengasas Ikwanul Muslimin Mesir) ni dalam facebook. “Berniagalah sekalipun anda telah kaya”. Tapi saya rasa ramai orang tak faham disebalik pesanan  tersebut.

Pesanan tersebut sebenarnya untuk anggota usrah Ikhwanul Muslimin Mesir, dan seluruh usrah gerakan Islam yang berusaha mengembalikan khilafah Islam Uthmaniyyah yang jatuh pada tahun 1923. Di zaman khilafah Islam dulu, semua wilayah Islam bernaung di bawah seorang khalifah, menggantikan kepimpinan Rasulullah s.a.w yang telah pergi 1400 tahun yang lalu.

Kenapa Hassan Al-Banna Suruh Berniaga?

Setelah kejatuhan khilafah, umat Islam seperti anak ayam kehilangan ibu. Umat Islam yang pernah menguasai dunia suatu ketika dulu makin terancam. Umat Islam hidup dalam ruang lingkup kaum, bangsa dan negara yang sempit yang diperkenalkan oleh penjajah barat. Dasar “pecah dan perintah”. Ia bukan lagi atas persaudaraan Islam sebagaimana zaman khilafah. Masing-masing membawa slogan bangsa, dan negara masing-masing, bukan lagi slogan “setiap muslim itu bersaudara”. Lepas itulah berlakunya rampasan tanah ummat Islam secara besar-besaran oleh Zionis Yahudi di Palestin. Negara-negara Arab masing-masing tak peduli sebab “itu Palestin, bukan negara aku”.

Untuk menyelamatkan ummah, khilafah Islam perlu dikembalikan. Asy-Syahid Hassan Al-Banna membina kelompok muslim untuk kembalikan agama ke tempat sepatutnya melalui usrah-usrah sebagaimana usrah Nabi s.a.w. di rumah Al-Arqam bin Abi Al-Arqam. Usrah itu di namakan “Ikhwanul Muslimin”. Dan antara pesanan Asy-syahid yang dibukukan dalam Risalah Ta’lim untuk anggota Ikhwan ialah “berniagalah sekalipun anda telah kaya”.

Lebih Bebas Mencorakkan Kehidupan Sendiri

Jadi, kenapa perlu berniaga sekalipun telah kaya? Tujuannya supaya mereka tak bergantung harap dengan sesiapa tentang soal rezeki, terutamanya daripada kerajaan yang memisahkan hukum agama dengan urusan pemerintahan – sekular. Mereka boleh terus berjuang apa yang benar itu benar, tanpa takut ancaman kerajaan ataupun majikan. Pokoknya, mereka tak boleh dikongkong. Hidup mereka lebih merdeka!

peniaga yang bebas

Orang bisnes lebih “bebas” dari kongkongan hidup sebagaimana orang biasa. Mereka bebas tentukan berapa banyak pendapatan mereka tanpa perlu menagih kenaikan gaji atau bonus hujung tahun. Mereka boleh bercuti pada bila-bila masa yang mereka perlu. Mereka boleh pilih berniaga di mana sahaja yang mereka suka. Mereka boleh mengatur hidup sendiri untuk seimbangkan antara usaha cari duit dan kebajikan keluarga serta tanggungjawab sosial. Mereka bebas menyusun hidup mereka sendiri.

Apa Yang Normal Bagi Pekerja, Abnormal Bagi Peniaga

Sometimes, kita tak rasa hidup kita ni agak “terkongkong” sebab kita rasa orang lain pun sama macam kita. Jadi, ianya adalah normal:

  • Hidup penuh dengan loan itu normal sedangkan orang bisnes perlu lebih teliti tentang kewangan, dan minimumkan liabiliti.
  • Hidup tanpa duit simpanan yang cukup itu normal sebab hari esok dirasakan dah terjamin, sedangkan orang bisnes sentiasa memperbanyakkan simpanan sebab hari esok rezekinya belum tentu.
  • Kenaikan pendapatan 5% – 10% setahun itu normal sedangkan bagi orang bisnes, kenaikan 100% – 200% setahun barulah dikira normal.
  • Cuti yang pendek dan terhad itu normal sedangkan orang bisnes boleh pilih tentukan sendiri bila masa dia nak cuti tanpa kebenaran pihak ketiga.
  • Setiap pagi kedua-dua suami isteri hantar anak-anak yang masih mengantuk ke nuseri untuk pergi kerja, balik kerja waktu maghrib baru kutip anak-anak balik rumah, masa anak dah layu untuk tidur malam itu dirasakan normal. Sedangkan orang bisnes, dia boleh sesuaikan waktu bisnes mengikut waktu keluarga, bukan sebaliknya.

Itulah apa yang saya nampak kelebihan orang yang dah ada bisnes sendiri. Dan mungkin sebab itulah orang yang pernah berniaga sendiri jarang sekali sanggup balik kerja makan gaji. Walaupun kerja memang bagus, tapi pada bisnes tu ada lebih fleksibiliti dan KEBEBASAN dalam hidup…

Wallahu a’lam.

“Wahai Saudara yang jujur… Keyakinan anda dengan bai’ah ini telah mewajibkan anda supaya menunaikan segala tanggungjawab berikut agar anda menjadi seketul bata yang kukuh dalam pembinaan ini… Nasihat #15 – Anda hendaklah menjalankan kerja-kerja ekonomi walaupun anda seorang yang kaya. Anda hendaklah berusaha untuk bekerja sendiri walaupun secara kecil-kecilan. Anda hendaklah tumpukan usaha anda dalam kerja tersebut walau setinggi mana sekalipun pencapaian akademik anda. Nasihat #16 – Elaklah jawatan dalam kerajaan dan anda hendaklah menjadikan jawatan dalam kerajaan ini sebagai pintu rezeki yang terakhir. Walau bagaimanapun janganlah anda menolak jika anda diberi peluang dan janganlah anda melepaskan jawatan tersebut kecuali jika jawatan tersebut bertentangan sama sekali dengan kewajipan dakwah anda.”  – Asy-Syahid Imam Hassan Al-Banna

Zulkifli
Damansara Damai
3 April 2013
22 Jamadil Awwal 1434

Artikel berkaitan:

(Kredit foto : mindofallan, coretanmohamadzubir)

{ 6 comments… read them below or add one }

1 Anonymous April 10, 2013 at 6:36 am

saya bekerja dengan Kerajaan tapi menanam cita-cita untuk memulakan bisnes kecil-kecilan suatu hari nanti. Anak2 pun saya tak galakkan kerja makan gaji..InsyaAllah anak2 kita semua umat Islam jadi usahawan berjaya mengikut sunnah Rasulullah SAW.

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie April 10, 2013 at 7:02 am

InsyaAllah tuan. Moga anak-anak kita semua menjadi generasi kebanggaan Rasulullah s.a.w. Amiin ya Rabbal aalamiin…

Reply

3 Anonymous April 19, 2013 at 12:45 pm

Salam En.Zul,

Saya berkerja makan gaji, ramai kenkawan saya buat kerja lain, sometime keluar masuk office,pergi bank, pergi cari bahan, jumpa orang, jumpa supplier dan semuanya itu dibuat dalam sebelum pukul 5pm dan selebihnya baru dibuat luar waktu bekerja. saya pun boleh buat kerja macamana mereka buat untuk tambah duit, tapi jiwa saya selalu CHECk berkatkah
duit yang akan aku dapat tadi? Emas pun saya ada beli tapi untuk pelaburan long term.
Bagi saya keBERKATan amat-amat penting. Terutama rezeki yang kita bagi makan anak-anak dan isteri. Tidak saya nafikan, kadangkala sebagai seorang insan yang lemah, ada lubang-lubang kita mencuri tulang. Sarapan lebih masa, lunch lebih masa, berborak kosong dalam office,dan sebagainya. Apa yang saya mampu lakuan hanya meminimakan perkara yang mengurangkan keberkatan rezeki. Bagi saya rezeki bukan pada kertas yang dinamakan duit tapi pada berkat yang dibetkati oleh allah. Itulah yang saya cuba, dan tengah cuba lakukan iaitu kurangkan ruang-ruang curi tulang dan tunaikan amanah kerja yang telah dipertanggungjawabkan. Insyallah, nilai RM1 bagi kita tidaklah besar, tapi bagi rezeki yang berkat,allah akan tukar nilai RM1 untuk perkara diluar sangkaan kita. – Sekadar renungan untuk diri saya.Hisham MD

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie April 20, 2013 at 7:42 pm

Wslm En. Hisham,

Terima kasih atas perkongsian. Memang bagi orang berbisnes part-time kena manage konflik bisnes dan bekerja. Bila sampai tahap bisnes telah mengganggu kerja, sampai masanya dia mesti mempertimbangkan untuk bertukar kerjaya kepada bisnes sepenuhnya.

Antara alasan kuat untuk kita beralih kepada bisnes supaya rezeki berkat. Samada tumpukan kerja 100% (walaupun masih terdapat banyak ruang curi tulang) atau terus beralih kepada bisnes bila dah ready. InsyaAllah, orang bisnes selamat daripada risiko curi tulang. Isu keberkatan rezeki sebenarnya adalah motivasi untuk saya bersungguh-sungguh memajukan bisnes.

Wallahu a’lam.

Reply

5 kl-car-rental April 24, 2013 at 8:27 pm

setuju..memang setiap orang kalau boleh perlu ada mentality berniaga untuk mencari duit…hapuskan mentaliti makan gaji,hidupkan sunnah nabi!!

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie April 24, 2013 at 8:31 pm

Terima kasih atas nasihat tuan. Moga Allah merahmati tuan.

Reply

Leave a Comment

{ 3 trackbacks }

Previous post:

Next post: