Kalau kejayaan itu perlukan 1000 langkah, langkah paling susah ialah langkah pertama.
Langkah ke-1000 itu tak akan sampai selagi tak bermula dengan langkah pertama. 'Bertuahlah' kalau ada yang kata mulakan bisnes dengan mudah sebab bisnes memang susah, PERMULAANNYA...
Kami dulu tak tahu bisnes, tersilap langkah, tersalah tindakan, tersakitkan hati orang, ter-push orang, tersilap bahasa, tersilap strategi, terhabis duit (rugi), rasa lemah semangat, dan rasa putus asa...
Itu memang biasa masa mula-mula buat bisnes dulu.
Tapi Tuhan Maha Pemurah. Dia pun kesian tengok kita bersusah payah cari rezeki.
Lepas susah, dia bagi senang. Lepas senang, dia bagi susah. Susah dan senang yang silih berganti itulah cara Tuhan mendidik kita...
Semuanya Susah, Permulaannya…
Sebenarnya, bukan sahaja bisnes yang susah. Buat apa pun susah masa baru nak BERMULA.
Nak drive kereta pun susah masa permulaan dulu.
Tersalah masuk gear, terlanggar pasu, nak tekan brek tapi tertekan pedal minyak, nak masukkan gear pun terfikir-fikir, tersondol kereta orang, tergesel dinding garaj, terlupa tutup lampu sampai ‘kong’ bateri kereta dan macam-macam lag...
Itulah masa baru-baru nak pandai memandu kereta...
Tapi sekarang, sambil memandu siap boleh makan-makan, ribakan anak, bahkan bancuh susu anak pun boleh!... 😂
Masa baru berkahwin dulu pun susah juga; tak pandai ambil hati isteri, tersakitkan hati isteri, tersinggung hati mentua...
Bila baru dapat anak... Huh!... Hidup lagi la haru biru...
Bawa anak tersadung pintu, terhantuk anak di pintu kereta... Terlena tidur sambil suapkan susu botol dimulut anak yang tak sampai seminggu hingga biru muka anak tu tersedak susu...
Tersilap tak ambil perhatian pemakanan isteri masa mengandung anak pertama sampai terjejas kesihatan anak semasa lahir... Huh!... Macam-macam susahnya berumahtangga...
Tetapi sekarang, insyaAllah semuanya “in control”…
Semuanya Bermula Langkah Pertama!
Itulah proses nak bermula... Langkah pertama memang susah...
Tapi langkah yang ke-1000 itu tetap bermula dengan langkah pertama...
Ketika fasa bermula, banyakkan belajar dan bersabar... Dan berikan peluang kepada diri sendiri untuk buat silap...
Bila kita ada ilmu dan pengalaman makin bertambah, lama-kelamaan semuanya akan jadi mudah, insyaAllah...
Bagi sesiapa yang terus berusahan tanpa kenal erti putus asa, dia akan ‘lepas’ fasa langkah pertama. Maka bersiap sedialah menerima amanah sebuah kejayaan. InsyaAllah...
Bagi yang mudah ‘give-up’, kejayaan hanyalah sebuah ilusi... Sebab nak buat apa pun semuanya akan susah pada peringkat permulaannya...
Wallahu a’lam.
“Relitinya, anda akan gagal sekali atau beberapa kali dalam kerjaya jualan anda. Malangnya, kegagalan itu selalunya berlaku diperingkat awal (sahaja!)” – Azizi Ali, Buku "Jutawan Ekstrem"
[…] Susah, Hanya Pada Langkah Pertama […]
[…] Susah, Hanya Pada Langkah Pertama […]
[…] Susah, Hanya Pada Langkah Pertama! […]
[…] Susah, Hanya Pada Langkah Pertama! […]
[…] Susah masa permulaan tu memang biasa. Lama-lama senang la tu. Buat apa pun susah masa permulaan. Nak drive kereta pun susah masa mula-mula belajar dulu tapi ia bukan masalah. Kalau tak pandai, boleh belajar. Kalau tak mahir, boleh berlatih sampai mahir. Tapi kalau tak nak belajar, memang tak boleh buat apa la. Tak ada bisnes yang senang kalau tak ada ilmu. Bila ada ilmu, insyaAllah semuanya senang sebab pesan Nabi s.a.w, memang itulah pra-syarat untuk berjaya dunia mahupun akhirat. […]
[…] 1000 batu bermula dengan langkah pertama. Dalam 1000 batu itu, langkah paling susah ialah langkah pertama sebab momentum kejayaan belum lagi bermula. Malangnya kebanyakkan orang ‘putus-asa’ ketika […]