MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Susah atau Senang, Semuanya Untung!

March 12, 2011

Susah Senang
Peliknya orang mukmin. Bila senang dia syukur, bila susah dia sabar. Senang atau susah, semuanya baik bagi mereka.

Kuliah zohor Khamis lepas, Ustaz Faisal Abdul Hamid (UM) kupas satu hikmah dalam Kitab Hikam (Tasauf) tentang ujian senang dan susah. 

 

Susah dan Senang

 

Menurut Ustaz, bila kita dekat dengan Allah, bukan bererti kita akan dapat kesenangan dunia. Segala yang kita nak semuanya akan dapat. Ia bukan macam kita rapat dengan orang besar. Hukum dunia, siapa yang rapat dengan orang besar, mereka akan senang. Mudah dapat projek, mudah segala urusan dan macam-macam lagi.

 

Tapi bila kita dekat dengan Allah, ujian susah dan senang tetap akan ada. Susah dan senang adalah proses untuk kita jadi muslim yang mukmin. Kalau sentiasa senang, kita akan jadi orang yang sombong. Bila sentiasa susah, ia boleh mendorong menjadi orang yang kufur. 

Antara Syukur dan Sabar

 

Tapi bila adanya susah, ada senang, ia akan mendidik kita jadi orang bertaqwa. Lepas susah, Allah bagi kita senang. Bila pernah rasa susah, kita akan jadi orang yang berSYUKUR bila Allah bagi kesenangan. Kita mudah murah hati untuk bantu orang yang susah sebab kita pun pernah susah.

 

Lepas senang, Allah bagi susah supaya kita tak sombong, dan lengkapkan diri dengan sifat SABAR. Bila pernah senang, kemudian diberi susah, kita tak akan sombong dengan kesenangan. Begitulah seterusnya. Di hujung senang, ada susah. Di hujung susah, ada senang. Ujian susah dan senang, tanda Allah masih sayangkan kita. Kalau senang jer berpanjangan macam Firaun, takut-takut nanti jadi orang yang kufur...

Longgarkan Ikatan Dengan Dunia

Susah yang Allah bagi antaranya adalah untuk melonggarkan ikatan kita dengan dunia. Dulu sihat, boleh makan semua benda, macam-macam jenis menu, boleh makan banyak. Tapi bila dah tua, dah ada macam-macam penyakit, makanan sedap pun dah tak boleh nak jamah. Duit banyak, tapi tak boleh makan sedap. Semuanya kena berpantang. Itulah caranya Allah nak longgarkan ikatan kita pada dunia. Supaya bila kita kembali pada Tuhan, kita senang lepaskan ikatan dengan dunia. Dia bagi susah sebab sayangnya Dia pada kita.

Masalah Bukan Masalah

 

Apa yang boleh saya simpulkan, susah dan senang adalah sebahagian dari kehidupan. Itulah warna warni kehidupan...

 

Memang benar pesan Nabi... peliknya orang mukmin ni. Bila senang dia syukur, bila susah dia sabar. Masa senang dia bahagia, masa susah pun dia bahagia. Kedua-duanya baik untuk mereka. Susah baginya bukan masalah. Selagi ianya tak melibatkan dosa, masalah baginya bukanlah suatu masalah...

 

Wallahu a'lam.

"Aku mengagumi seorang mukmin. Bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin diberi pahala dalam segala hal walaupun dalam sesuap makanan yang diangkatnya ke mulut isterinya". (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

Zulkifli

Damansara Heights

12 Mac 2011 (Sabtu)

7 Rabiul Akhir 1432

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • santapan rohani yg baik cik zul, teringat petikan al quran lebih kurang maksy=udnya ‘wahai orang yang beriman tidakkah kamu terfikir yang kamu akan diuji’ maksudnya kita bila diuij kita terfikir kifarahlah, kita ada buat silap ke itu ada kebenarannya saya x nafikan, cuma jika kita bila menjadi mukmin apakah tanda org beriman maka Allah yang maha bijaksana akan melakukan beberapa ‘stress test’.kapal yang baik bukan kerjanya berlabuh dipelabuhan, kapal yang baik akan diuji dilaut yg bergelora hanya untuk memberi peluang kepada pencipta/empunya kapal melihat baguskah design kapalku, matrial yang digunakan sesuaikah, perlukah repair yg besar dll (utk context kita muhasabahlah kot).apa pendapat tuan

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >