Dulu bisnes meletup-letup. Tapi sekarang, satu per satu jatuh dan viral... Semuanya terjebak dengan hutang yang berjuta-juta!
Sebagai usahawan, saya pun nak cuba faham dan belajar.
Saya tertarik dengan rangkuman yang dibuat oleh Tuan Norizan Bin Sharif ni.
More...
Saya senaraikan faktor membuatkan seseorang pemilik bisnes jatuh untuk kita belajar dan ambil iktibar;
- Berbelanja mewah, guna duit kerah kudrat.
- Terlalu cepat kembangkan bisnes, sedangkan sistem & team belum ready.
- Percaya bulat-bulat kepada orang.
- Bayar sifu terlalu mahal (yang belum tentu proven & ikhlas).
- Abaikan orang penting, yang telah berjasa.
- Gila glamour.
Orang cerdik, belajar dari kesilapan sendiri. Orang lebih cerdik, belajar dari kesilapan orang lain.
Jadi sebelum terkena pada kita, kita belajar dan ambil iktibar. InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
23 Jun 2026
7 Muharram 1448H
SIAPA NORIZAN BIN SHARIF?
(DAPATAN CHATGPT)
Daripada maklumat awam yang saya jumpa, nampaknya Norizan Bin Sharif memang seorang rakyat Malaysia yang telah lama menetap di Amerika Syarikat dan aktif membantu usahawan Malaysia memahami pasaran Amerika Utara. Beliau bukan sekadar "content creator", tetapi memang terlibat secara langsung dalam pembangunan pasaran (market exploration).
Berdasarkan profil dan aktiviti beliau:
- Menetap di kawasan Pennsylvania (sebelum ini pernah menetap di New Jersey), Amerika Syarikat.
- Fokus utama beliau ialah North America Market Exploration — membantu syarikat Malaysia memahami pasaran Amerika, peluang eksport, dan strategi memasuki pasaran US.
- Mengendalikan program latihan dan konsultasi berkaitan pembangunan pasaran antarabangsa.
- Beliau juga dikenali sebagai blogger dan storyteller yang banyak berkongsi tentang mindset bisnes, networking dan pengalaman berniaga di Amerika.


