"Mustahil insuran tak nak bayar claim..."
Masa bekerja sebagai internal auditor di syarikat insuran dan takaful dulu, saya dah banyak kali audit Claim Department. Saya selalu ambil peluang berbual-berbual dengan staff yang bekerja proses claim insuran berpengamalan bertahun-tahun.
Menurut mereka, banyak yang tuduh insuran sengaja tak nak banyak claim...
Hakikatnya sangat mustahil ianya berlaku sebab terma-terma dalam kontrak insuran semua jelas dan ianya sudah ada garis panduan ketat dan dikawal selia oleh BNM (Bank Negara Malaysia).
More...
Bukan syarikat insuran menipu..
Bukan senang syarikat Insuran nak reject sesuatu claim kalau ianya memang cover dalam polisi insuran.
Semua institusi kewangan di Malaysia dikawal selia dengan ketat boleh BNM dan badan-badan berkaitan. Bukan boleh sewenang-wenangnya menipu sesiapa...
Apa sebenarnya yang selalu berlaku ialah, mereka tak tahu apa yang mereka bayar (insuran) dan tak pernah baca terma dalam polisi insuran yang mereka bayar. Mereka ingat, dah bayar, maka semua dah cover!
Samada ejen tak bagi penerangan cukup, atau mereka tak dengar apa yang ejen explain.
Jadi cara paling mudah nak tutup kesilapan diri sendiri ialah tuduh pihak insuran! Selalu kita dengar viral pasal insuran tak nak bayar, tapi bila disemak, akhirnya diri sendiri yang malu...
Sebenarnya bukan insuran jer, dalam apa pelaburan pun macam tu.
Duit kita, tanggungjawab kita 100%
Beli emas untuk pelaburan, tapi buku emas tak pernah baca, seminar emas tak pernah datang, bila tak untung, yang disalahkan ialah ejen dan syarikat emas!
Bahkan lagi teruk, ada yang salahkan emas tu sendiri sedangkan emas tu aset kewangan yang dah digunakan sudah ribuan tahun!
Ada yang masuk skim cepat kaya... Bila skim lingkup, salahkan pengendali.
Penganjur memang dah disyaki kaki tipu, skim tu pun memang untuk menipu, dah berbuaih mulut pakar-pakar kewangan bagi nasihat dan peringat... Yang pergi join juga buat apa?
Kalau nak kaya dan berjaya, kita mesti ambil tanggungjawab 100%. Duit kita, tanggungjawab kita 100%.
Berhenti salahkan sesiapa
Jatuh bangun diri kita, kita yang bertanggungjawab sepenuhnya. Berhenti salahkan orang lain... Salahkan diri sendiri...
Salahkan diri sendiri sebab kita yang serahkan duit kepada skim yang tak tahu hujung pangkal... Tak ada siapa yang paksa...
Kalau rugi (dalam pelaburan), salahkan diri sendiri sebab melabur tanpa ilmu. Jadikan itu sebagai pelajaran untuk perbaiki diri sendiri.
Masa depan kita di tangan kita sendiri. Kita yang mencorakkan masa depan kita, bukan orang lain.
Itulah mindset yang betul kalau nak kaya dan berjaya... InsyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
15 Januari 2024
4 Rejab 1445H
Artikel berkaitan:
- Kita Adalah Mekanik Kewangan Sendiri
- Risiko Besar Bila Percaya Bulat-bulat Ejen Kewangan!
- Elak Ditipu Ejen Emas, Buat 3 Perkara Ini
- Bank Tak Tolong Orang Susah! Hati-hati Bila Bank Offer Loan...
- Jalan Pintas Bebas Hutang Ketika Tengah Kesempitan?
- Jangan Harapkan Tongkat Kerajaan
- 6 Prinsip Penting Untuk Elak Duit Lebur Dalam Pelaburan