"Memanglah ejen emas cakap bagus simpan emas sebab dia dibayar komisyen. Kalau kita beli emas, ia memang bagus untuk ejen dan penjual emas. Tapi belum tentu bagus untuk kita"
Saya sangat setuju.
Berdasarkan lebih 11 tahun pengalaman saya dalam industri emas pelaburan, saya boleh sahkan, nasihat ejen tak semuanya boleh pakai. Bahkan bukan sedikit nasihat yang mereka berikan itu bakal menjerat pelabur dan penyimpan emas.
Bahkan sebenarnya, bukan sahaja dalam jual beli emas, tapi apa sahaja produk kewangan pun sama.
More...
Nak cari peniaga yang benar-benar jujur dalam memberikan nasihat tentang produk yang mereka jual amatlah susah. Hinggakan Nabi s.a.w. memberi jaminan, ahli perniagaan yang jujur lagi amanah akan ditempatkan bersama golongan VVIP di Syurga kelak.
Menulis Untuk Menyelamatkan Penyimpan Emas
Jadi untuk menyelamatkan para pelabur dan penyimpan emas, saya konsisten menulis dan menyampaikan ilmu tentang emas di blog ini, sejak 2010 hingga sekarang.
Bahkan banyak artikel-artikel yang saya tulis, tujuannya untuk menepis "ajaran sesat" yang cuba disebarkan oleh ejen emas yang tak bertanggungjawab.
Dan sebahagian penulisan saya itu telahpun diangkat ke dalam buku bertajuk "Wang Emas : Bertahan Ketika Gawat".
Jadi untuk pastikan anda tak ditipu oleh ejen emas, saya nasihatkan, bacalah Buku Wang Emas. Bila dah baca, anda akan mudah kenalpasti, yang mana ajaran yang betul, dan yang mana ajaran sesat dalam pelaburan emas. InsyaAllah.
Buat 3 Perkara Sebelum Membeli Emas
Kalau ejen emas cakap simpan emas ni bagus dan anda berminat, ini nasihat saya;
- 1Buat Kajian Ringkas - tanya saja pakcik Google. Sudah banyak penulisan di internet tentang pengalaman sebenar mereka yang menyimpan emas. Dari kajian ringkas itu, kita sudah boleh dapat gambaran yang mana ilmu betul, yang mana ilmu yang salah.
- 2Mulakan Bajet Kecil - jangan gopoh meletakkan bajet yang besar. Sebaliknya mulakan bajet kecil untuk tujuan belajar dan dapatkan pengalaman. Di Malaysia, anda boleh mulakan simpanan emas dengan bajet serendah RM100. Saya sarankan mulakan dulu (dengan bajet kecil) walaupun anda belum betul-betul faham, supaya anda lebih 'cepat tangkap' bila anda belajar nanti. Selagi tak mula, anda susah nak faham apa yang ada baca.
- 3Baca Buku "Wang Emas" - ini buku paling mudah faham tentang emas. Ianya ditulis berdasarkan pengalaman saya membimbing lebih 4,000 penyimpan emas secara peribadi (ketika buku itu ditulis). Bagaimana nak elak kena tipu dengan ejen emas pun saya dah tulis. Anda baca buku tersebut, anda jimat masa untuk buat "own reseach" selama 10 tahun! InsyaAllah.
Risiko Sebenar Dalam Pelaburan
Melabur memanglah ada risikonya. Tapi risiko sebenar dalam pelaburan ialah bila kita tak tahu apa yang kita buat sebab tak ada ilmu. Pelaburan yang risikonya paling rendah tapi boleh memberikan pulangan paling tinggi ialah ILMU!
Bila ada ilmu, duit akan datang. Bila tak ada ilmu, duit yang banyak pun akan 'terbang'.... Dan setiap permulaan, mesti bermula dengan ilmu...
Zulkifli
Cyberjaya, Malaysia
16 Disember 2021
11 Jamadil Awwal 1443H
“Menurut Robert Kiyosaki, salah satu punca kewangan jadi makin teruk sebab terlalu percayakan ejen-ejen produk kewangan. Sedangkan banyak ejen bukan sahaja tak ada ilmu tentang kewangan, bahkan cenderung bagi nasihat yang salah demi dapatkan komisyen” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 12 Mac 2024
Artikel berkaitan:
- Risiko Besar Bila Percaya Bulat-bulat Ejen Kewangan!
- Lepas 10 Tahun, Akhirnya Customer Ini Tuntut Emasnya Dari Saya
- Jangan Beli Emas Dari Orang Sembarangan. Besar Risikonya!
- Risiko Jual Beli Emas Dari Individu Tak Dikenali
- Tip Elak Terbeli Emas Palsu dan Risiko Dipenjarakan!
- Ejen Suruh Simpan Emas, Tapi Dia Nak Duit Sebagai Bayaran?