Itu mungkin emas curi, hasil penipuan, bahkan mungkin rompakan! Kita berisiko deal dengan scammer (penipu), perasuah, atau perompak. Jadi jangan jual beli emas dari orang sembarangan.
Beberapa hari lepas, seorang Kapten Bersara call saya untuk tanyakan deal jual beli emas yang akan dia buat. Ada big buyer nak beli emas 1 tan (ya, 1000 kilogram) katanya.
"Public Gold boleh supply tak?"
More...
"Boleh, tak ada masalah", jawab saya dengan penuh yakin.
Dia bimbang takut Public Gold (PG) tak boleh supply katanya.
Tapi lepas dia explain kepada saya tentang bakal client luar negara dia, saya ingatkan dia, sila hati-hati!
Scammer detected!
Saya syak itu bukan genuine buyer. Mungkin scammer.
Katanya tak apa. Dia bekas tentera! Dengan penuh yakin...
Saya cakap, pengalaman saya sejak tahun 2010 dalam emas, saya dah tengok macam-macam kes. Bekas tentera, bekas polis bukan jaminan kita tak kena scam.
Jual beli emas ni terdedah dengan risiko.
Emas antara alat mudah untuk aktiviti money laundering (pengubahan wang haram). Duit-duit hasil aktiviti haram digunakan untuk beli emas supaya ia dapat ‘dibersihkan’.
Walaupun emas keluaran Public Gold (PG), PG sendiri tak akan mudah-mudah terima order untuk pembelian atau jualan balik kalau urusniaga itu diragui.
Public Gold pun berhati-hati
Dulu ada beberapa kes yang saya diberitahu, PG reject bila orang nak jual balik emas kepada PG. Puncanya, urusniaga tu sangat diragui.
Contohnya; dalam rekod PG, pembeli tak pernah beli (atau beli cuma sedikit) daripada PG, tetiba datang nak jual kepada PG dalam jumlah yang besar - mencecah ratusan ribu atau jutaan ringgit! Mereka tak dapat buktikan dari mana datang emas-emas tu.
Kes-kes begini, emas-emas tu mungkin digunakan untuk SKIM CEPAT KAYA. Atau dalam kes yang lebih buruk, ia emas yang diperolehi dari kes-kes penipuan, kecurian, atau hasil rompakan!
Jadi PG berhak untuk tolak urusniaga tersebut sebab ia mungkin akan melibatkan implikasi undang-undang yang akan turut sama mengheret PG.
Cara lebih selamat, lebih menenangkan
Maka saya nasihatkan;
- Jangan beli emas dari individu yang tak dikenali latarbelakangnya.
- Jangan swipe (tukar) emas dari orang sembarangan.
- Setiap urusniaga pastikan ada hitam putih e.g. resit.
- Jangan serahkan emas kepada sesiapa yang menjanjikan pulangan bulan dan bintang.
- Beli emas, pastikan dapat emas. Terlalu banyak skim-skim cepat kaya yang sentiasa berleluasa (walaupun ramai dah lingkup).
Nak selamat, beli direct daripada PG dengan bimbingan mana-mana dealer PG yang terlatih. Beli direct dari PG, jual direct dari PG. Bukan dari tangan individu.
Itu jauh lebih “peace of mind”, insyaAllah.