Terbeli emas palsu dan risiko dipenjarakan... Risiko dalam jual beli emas yang banyak orang tak tahu.
Bukan mudah kita sebagai orang awam nak kenal emas palsu. Tapi ini antara sample emas palsu yang ditunjukkan oleh National Metrology Institute of Malaysia (NMIM), SIRIM ketika kami dibawa melawat ke makmal mereka dalam lawatan bersama MGA (Malaysia Gold Association) tahun lalu (2022).
More...
Emas palsu jenama antarabangsa
Bukan jenama emas yang palsu, tapi penipu keluarkan emas palsu ni mempergunakan jenama yang bereputasi antarabangsa (seperti Perth Mint) untuk memperdaya orang ramai.
Sekali pandang nampak macam emas tulen.
Kalau cungkil emas keluarkan daripada sarung plastik tu nanti, takut tak cantik dan jatuh harga.
Kalau kita ambil mudah dan percaya sahaja pada jenama "Perth Minth" tu, memang leburlah duit kita.
Kita orang awam tak ada alat nak test ketulenan emas. Lebih-lebih lagi alat yang dapat kesan ketulenan tanpa perlu potong sarung plastik.
Alat yang digunakan untuk test ketulenan kaedah x-ray ini mampu menilai dengan tepat komposisi logam tanpa perlu potong seal (sarung plastik) emas tersebut.
Elak beli dari tangan individu
Bila saya tanya mereka (staff SIRIM), katanya alat ini berharga lebih RM100,000. Alat ini terlalu mahal untuk peniaga dan institusi ar-rahnu gunakan, apatah lagi kita sebagai pembeli emas individu.
Jadi untuk elak terbeli emas palsu, saya selalu nasihatkan orang ramai supaya beli terus dari syarikat yang punyai reputasi yang baik seperti Public Gold. Bukan dari tangan penjual individu.
Selain risiko terbeli emas palsu, risiko lebih besar ialah terbuat transaksi dengan mereka yang terlibat dengan kesalahan di bawah AMLA (Akta Gubahan Wang Haram).
Ketika dalam penjara, saya pernah jumpa peniaga emas yang merengkok dalam penjara sebab terbeli emas daripada mereka yang pernah terlibat dalam rompakan!
Dia tetap merengkok dalam penjara walaupun itu di luar pengetahuan dia!...
Hati-hatilah...
Zulkifli
Cyberjaya
11 November 2023
27 Rabiul Akhir 1445H
- Jangan beli emas dari orang sembarangan - FB (2014)
Artikel berkaitan:
- Risiko Jual Beli Emas Dari Individu Tak Dikenali
- Test Ketulenan Emas Dengan Logik
- Awas, Skim Cepat Kaya Bertopeng Emas!
- Jual Beli Emas Melalui Platform Kukuh, Lebih Untung dan Selamat
- Risiko Sebenar Pelaburan Emas Fizikal
- Scam Emas, Tidak Wajar Saya Berdiam Diri
- Misi Public Gold Selamatkan Masyarakat
- Penyimpan Emas Tak Akan Rugi? Ini Sebabnya...