MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Terbeli Emas Curi, Tak Pasal-pasal Kena Masuk Lokap!

February 17, 2025

Beli emas curi, tak pasal-pasal masuk ke 'dalam'! Walaupun dia tak tahu itu emas curi.

Itu apa yang dilaporkan oleh Berita Harian tentang kes samun dan bunuh yang berlaku di Kuantan minggu ini. 

Hasil emas yang disamun tu dijual ke kedai pajak gadai. 

Tak pasal-pasal staff pajak gadai tu kena masuk lokap. 

More...

Masuk lokap bukan macam asrama

Sebab tu saya sentiasa nasihatkan penyimpan emas di bawah bimbingan saya supaya jual beli direct dengan Public Gold. Bukan di tangan mana-mana individu. 

Kalau kena macam ni memang tak padan.

Kena reman maksudnya kena tidur dalam lokap! 

Bagi yang belum pernah masuk lokap, meh nak cerita pengalaman saya dalam lokap tu macam mana...

Dalam lokap tu tidur atas simen tak ada bantal dan selimut! Tidur dengan seluar lokap dan tak diberikan baju! Sejuk tidur malam tu tak payah cerita la...

Toilet terbuka dalam ruang sempit tu. Waktu membuang, semua orang boleh tengok! 

Satu lokap tu boleh disumbat 6 orang. Ngam-ngam boleh baring 6 orang. Kalau ada yang nak membuang, membuang betul-betul sebelah kita baring! 

Kena tahan la hidung tu kalau ada member yang membuang... 

Seksa waktu kena siasat

Proses siatan bukan yang macam apa yang tengok dalam movie tu; duduk dalam bilik siasatan dan ditanya elok-elok... Tak adanya... 

Kena balun habis-habis oleh polis penyiasat walaupun kita tak bersalah! Selagi tak patah dan tak mati, kira masih okay tu!... 

Lepas kena balun, diugut supaya tak ceritakan pengalaman kena balun tu kepada orang lain. 

Trauma seumur hidup... Kalau nak ceritakan pun, samada rasa malu ataupun dihantui balik trauma lama tu...

Itu pengalaman saya sendiri hadap tempoh siasatan kes sedekah RM200 dulu sampai kena humban 2 tahun dalam penjara!... 

Emas dirampas jadi barang kes 

Bila jadi kes macam ni, polis akan rampas emas tu sebab itu dah jadi barang kes walaupun pembeli tu dah bayar. 

Adakah barang kes tu akan dipulangkan kepada pembeli?

Memang tak la kecuali dapat arahan dari mahkamah. Mana mungkin mahkamah akan minta barang tu dipulangkan kepada pembeli barang yang dicuri. Mustahil... 

Dah la kena masuk lokap, duit pulak hangus...

Sepanjang 2 tahun dalam penjara, saya pun pernah jumpa orang yang masuk ke dalam penjara gara-gara beli emas dari orang sembarangan.

Jual beli emas tak boleh bertransaksi dengan orang sembarangan. 

Dalam SOP PG (Public Gold), PG tak akan serahkan emas atau beli emas dari sesiapa sehinggalah PG dapat sahkan IC dan identiti seseorang customer. 

Baca penjelasan saya dalam artikel ni. 

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
17 Februari 2025
18 Syaaban 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>