Harga paling murah belum tentu paling untung. Bahkan selalunya ada 'harga' lain yang kita kena tanggung di sebalik harga murah tu.
Ketika saya baru menceburkan diri dalam bidang pelaburan emas, saya perhatikan, ramai peniaga individu mengimport silver bar dan silver coin dari luar negara dan jualnya melalui Facebook.
Saya juga ada beli dan simpan silver keluaran luar negara dari penjual-penjual individu.
More...
Paling murah, belum tentung untung
Alasannya sebab lebih murah dan boleh dapat pelbagai jenama dari seluruh dunia. Sambil melabur dalam silver, boleh dijadikan koleksi kononnya...
Tapi malangnya, bila nak jual, kita terpaksa cari PEMBELI INDIVIDU dari Facebook juga! Ah... Ini yang mencabar...
Masa tu, mudah dapat pembeli kalau kita jual dengan sedikit diskaun harga.
Tapi lepas beberapa tahun, bila pasaran silver kurang memberangsangkan, penyimpan silver terpaksa jual dengan harga DISKAUN LEBIH 50% baru dapat pembeli!
Bahkan saya boleh katakan sekarang ni, tak ada pembeli silver kecuali Public Gold! Pembeli-pembeli silver yang lain boleh dikatakan lenyap terus dari pasaran!
Terpaksa rugi dalam rugi
Sudahlah harga silver tak naik berbanding mereka yang dah beli lebih 10 tahun, malangnya tempat nak jual balik ataupun pajak bila nak pakai duit pun tak ada!
Jadi pembeli silver bukan sahaja rugi kejatuhan harga silver, tetapi susut nilai yang sangat tinggi disebabkan silver yang dibawa masuk dari luar negara tak ada platform yang betul-betul trusted di Malaysia.
Satu-satunya platform yang konsisten (terbaik) untuk jual beli silver di Malaysia hanyalah Public Gold.
Sudahlah konsisten, spread ('susut nilai') yang dikenakan dari dulu sampai sekarang masih kekal rendah dari dulu sampai sekarang.
Sebenarnya bukan sahaja silver, penyimpan emas pun menerima nasib yang sama.
Nasib penyimpan emas pelbagai jenama
Walaupun kerugian dan kesulitan mereka tidaklah seteruk penyimpan silver, tapi pengalaman membuktikan, akhir sekali penyimpan emas jenama-jenama lain terpaksa jual balik emas mereka kepada platform yang paling kukuh dan trusted di Malaysia sejak tahun 2008 lagi, iaitu Public Gold.
Saya jangkakan, nasib yang sama bakal menimpa penyimpan-penyimpan emas pelbagai jenama yang lain pada masa akan datang sebagaimana apa yang sudahpun terjadi kepada jenama-jenama emas lain sebelum ni.
- Sila baca : Nasib penyimpan emas jenama Pamp Suisse - FB (2014)
Dan hari ni kita boleh lihat, orang berduyun-duyun jual emas lama (pelbagai bentuk dan jenama) kepada Public Gold sebab Public Gold beli emas pada harga antara tertinggi di Malaysia! Alhamdulillah...
Public Gold menyediakan platform paling "mudah beli, mudah jual". Bila urusan jual beli mudah, akhir sekali tentunya lebih menguntungkan dan memudahkan kita kaya dengan emas. InsyaAllah...
Tak perlu serabut kepala... Peace of mind...