MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

5 Tips Elak Penipuan Jual Beli Emas!

January 31, 2012

Elak emas scam (1)

Dalam keghairahan melabur emas, sebenarnya terlalu banyak kes penipuan dalam urusan jual beli emas, especially urusniaga melalui facebook! Itulah pemerhatian saya selama setahun lebih terlibat dengan jual beli emas. Sebab tu saya tak syorkan orang baru terlibat dengan emas buat belian pertama melalui facebook.

Kelebihan membeli emas melalui facebook (secondary market) ialah mungkin kita dapat harga lebih murah daripada harga pasaran (primary market) sebab kebanyakkan penjual adalah penjual individu,  bukan dealer. Tetapi silap hari bulan, duit kita boleh lebur! Mengharapkan untung secupak, tapi akhirnya terpaksa rugi segantang...

Selain daripada penipuan, kekurangan membeli emas melalui facebook ialah anda melabur tanpa BIMBINGAN yang betul, di mana saya nampak, dealer yang berpengalaman sahaja yang boleh bagi bimbingan yang betul. Tanpa bimbingan yang betul, duit yang anda nak labur boleh jadi lebur! Saya memang dapat banyak email, sms, panggilan telefon mintak bimbingan pelaburan emas. Dan ramai juga yang contact saya yang telahpun ‘tersilap’ dalam melabur!

Kesilapan Melabur Tanpa Bimbingan

Antara kesilapan yang biasa orang buat ialah:

  • Beli emas dalam ketulan yang besar, dan emas tu susah dicairkan kelak.
  • Beli gold bar dan dinar  jenama yang tak diterima oleh kebanyakkan ar-rahnu sedangkan mereka nak pajak emas tersebut untuk 'rolling' duit.
  • Beli emas atas dasar ini company “orang kita” semata-mata.
  • Beli emas yang kondisinya tak elok (calar, kemek), tiada sijil, resit dan sealnya dah dibuka.
  • Dan beberapa lagi kesilapan yang saya biasa jumpa. Boleh baca dalam artikel “10 Kesilapan Pelabur Emas!”.

Untuk elakkan sahabat semua kena tipu masa membeli emas, saya bagi 5 tips penting:

Tips #1 - Semak Kredibiliti Penjual

Semak profile penjual sebagaimana tips yang saya kongsikan dalam artikel "4 Cara Semak Kredibiliti Dealer Sebelum Urusniaga". Antaranya, cek berapa ramai Facebook Friends-nya, aktif ataupun tak dalam Facebook, guna nama & foto sebenar ataupun samaran. Kalau tiba-tiba muncul dalam Facebook dan nak menjual, itu kena hati-hati. Kalau anda tak aktif berfacebook, semestinya anda tak kenal siapa orang baru, siapa 'orang lama' dalam Facebook. Jadi, baik jangan berurusniaga melalui Facebook kalau macam tu.

Tips #2 - Urusniaga Cara COD Sahaja

Elakkan membeli secara pos kalau tak kenal kredibiliti penjual. Sebaik-baiknya, gunakan kaedah Cash on Delivery (COD). Dia hulur emas, anda hulur duit! Saya memang tak berani beli emas cara pos ni melainkan saya betul-betul kenal penjual tu secara peribadi. Kalau nak cara pos juga, kena bersedia untuk rugi kalau penjual tu tak pos emas yang dijanjikan.

Mungkin penjual tu tak tipu, tapi mana tahu lepas anda bank-in duit, penjual tu terlibat dalam kemalangan dan tak siapa tahu kita berurusniaga dengan dia!?

Sebagai dealer yang sedikit berpengalaman, bila customer transfer duit ke akaun saya, saya akan asingkan emas tu dan letak catatan dalam plastik seal emas tu. Saya akan tulis nama pembeli, no. contact pembeli, dah bayar ke belum, tarikh urusniaga dsb. Setiap urusniaga melalui email, saya akan "bcc" kepada email isteri saya. Ini penting supaya kalau saya mati, waris saya tahu emas tu bukan milik saya dan dia boleh contact pemilik untuk claim emas tu.

Tips #3 - Berjumpa Di Tempat Public

Buat temujanji di mana-mana tempat terbuka dan jangan sesekali buat temujanji di tempat yang tak ramai orang ataupun tersorok. Saya paling suka berjumpa di bank sebab (1) ada CCTV, dan (2) boleh transfer duit melalui ATM sahaja, minimumkan bawa duit cash. Kalau tak dapat jumpa di bank, jumpa di stesen minyak jer.

Tips #4 - Cek Keadaan Emas

Pastikan tiada kesan calar, kemek, bengkok, ada sijil atau resit (kalau emas tu perlukan resit & sijil). Kalau emas Lady Fortuna, KFH, dan emas lain yang condition asalnya berseal, pastikan sealnya masih belum dibuka. Kalau dah buka, lupakan emas tu sebab susut nilainya akan tinggi, melainkan dia bagi diskaun 25%!

Nasihat saya, kalau anda first time beli emas, baik jangan beli melalui facebook sebab anda tak pernah tengok macam mana keadaan, bentuk dan saiz emas yang tulen. Silap hari bulan, orang bagi emas palsu pun anda tak tahu! (“,)

Tips #5 - Semak Harga Semasa

Pastikan harga tu bebaloi dibeli berbanding harga semasa, tapi kalau harga terlalu rendah, hati-hati! Mungkin itu penipuan, ataupun condition emas tu dah tak elok. Saya pernah nak beli emas harga yang sangat murah, tapi bila berjumpa dengan owner tu, saya tengok condition emas tu tak elok. Dah calar, ada kesan gigit, dan berat pun dah kurang 0.03 gram! So, saya cancel jer. Nasib baik saya guna cara COD, kalau bayar dulu baru dia POS macam mana? Huh hu…

Antara kes penipuan yang didedahkan di facebook.

Untuk Selamat, Cari Authorised Dealer

Untuk lebih selamat, saya syorkan beli dari authorised dealer jer. Walaupun harga yang anda beli adalah pada harga semasa pasaran, tapi yang paling penting anda dapat banyak manfaat sampingan, antaranya:

  • Bimbingan percuma.
  • Update terkini tentang pelaburan emas.
  • Condition emas confirm OK.
  • Risiko penipuan sangat rendah, especially dealer tu memang aktif, ada facebook sendiri, ada blog ataupun website yang aktif dsb. Pendek kata, kalau dia nak tipu, dia tak boleh lari…
  • Dan banyak lagi yang tak ternilai harganya.

Ada satu tips penting kalau beli dari Authorised Dealer, iaitu jangan mintak diskaun sebab komisyen dealer ni sangat kecik. Sekitar 1% - 2% jer. Kos mereka ambik emas, hantar emas, bil telefon untuk consult anda, masa mereka ruangkan untuk bantu anda, risiko bawa emas, mungkin tak berapa berbaloi dengan komisyen yang mereka terima. Anda kira sendirilah berapa mereka dapat kalau komisyennya cuma 1%?

Sebab itu ramai dealer tak layan kalau orang nak beli setakat 1, 2 dinar sebab memang tak berbaloi. Walaupun macam tu, saya tetap akan layan walaupun 1 dinar sebab saya fikir, kepuasan saya ialah MEMBANTU dan mempermudahkan hidup orang lain. Rezeki saya tu Tuhan dah jamin. Moga dengan layan belian kecik-kecik ni, Allah gandakan rezeki dan permudahkan hidup kami sekeluarga. InsyaAllah.

Wallahu a'lam.

Zulkifli
Damansara Damai
27 Januari 2012
4 Rabiul Awwal 1433

[Artikel ini dikemaskini pada 16 Oktober 2015. Mungkin sebahagian blog comments di bawah sudah tidak lagi relevan selepas tarikh artikel ini dikemaskini]

Kes penipuan dilaporkan pada 3 Februari 2012.

Membeli daripada penjual individu yang tak dikenali, anda mungkin terbeli item yang telahpun disenaraikan sebagai barang curi.

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

  • Salam tuan. Saya Sallehuddin pelajar tahun 1 Perubatan Veterinar Universiti Malaysia Kelantan. Saya dapat banyak input berguna apabila membaca daripada blog tuan tentang emas. Saya masih student . Jadi saya bercadang untuk membeli dinar untuk simpanan jangka panjang. Buat masa ni 1dinar KGT/PG masih agak berat buat saya untuk membelinya. Saya bercadang membeli 1/2 dinar KGT dahulu. Dan di FB Pasar Muamalat DnD banyak yang menawarkannya esp yang COD di kawasan saya belajar, Kota Bharu. Masalahnya saya khuatir macam mana nak tahu 1/2 dinar yang bakal di beli nanti itu benar-benar emas yang tulen? Mohon pencerahan . Terima kasih. =)

    • Wslm Sallehuddin,

      Setakat ni, belum ada kes penipuan orang jual emas tak tulen. Yang ada cuma tak dapat emas walaupun duit dah bayar. Kalau Sallehuddin nak senangkan hati, better beli direct daripada Ar-Rahn Kelantan. Sebelah Hotel Raudhah tu. InsyaAllah tak ada masalah.

      Wallahu a’lam.

  • salam encik, saya memang berminat sangat nk melabur dengan emas.. tapi ada x penjual atau mana2 dealer PG,GCP yg membuat urusan jual beli c.o.d.. maksudnya tanpa membayar apa2 pendahuluan.. (membayar sepenuhnya apabila terima emas yang ditempah) terutama sekitar bandar kuantan..

  • slm, tuan zulkifli.. klu saya nk beli dinar dgn tuan area putrajaya/bdr baru bangi, boleh ke? boleh C.O.D juga ye? dlm perancangan, nk beli 2 dinar (baru nk mula)..

    • Wslm Pn. Liza,

      Boleh, insyaAllah. Payment cara COD. InsyaAllah. Sms pada saya (1) nama penuh, (2) no. ic, (3) no. telefon, (4) email (5) item yang nak di order. Nanti saya boleh tolong lock harga & deliver, insyaAllah.

      – Zul 019-336 8009

  • assalamualaikum tn. zulkifli,
    blog tuan sangat membantu. saya mmg minat nak beli dinar sejak kelantan mula mempromosikan dinar, tapi kurang pengetahuan cara nak beli dinar. kalau saya nak beli dinar PG dengan tuan cara COD boleh ke? Area sekitar Bangsar.

    • Wslm Pn. Intan,

      T.kasih berziarah ke blog seadanya ni. Nak beli dinar PG, insyaAllah saya boleh bantu. Bangsar tu dekat jer dengan ofis saya. Contact jer saya 019-3368009. InsyaAllah saya bantu apa yang boleh.

  • salam, satu kemusykilan pada fikiran saya tentang penyimpanan emas ini. bimbang kena rompak atau samun. macam mana peyimpanan yang dicadangkan oleh saudara zul

    • Wslm En. Syed,

      Ada 5 tips yang saya boleh share dari sudut keselamatan simpan emas.

      1. Jangan bagi tahu sesiapa yang En. Syed ada beli emas. Tak payah cerita pada kawan-kawan, apatah lagi pada jiran-jiran.

      2. Simpan dirumah, tapi ditempat orang tak terfikir.

      3. Simpan dipejabat kalau pejabat ada sistem keselamatan yang bagus.

      4. Beli safe deposit box untuk simpan dirumah.

      5. Sewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta.

      Saya ada hurai detail kelima-lima point di atas dalam artikel saya bertajuk “Cara Simpan Emas Dengan Selamat”. En. Syed boleh guna link ni untuk baca artikel tu; http://www.mohdzulkifli.com/2011/10/cara-simpan-emas-dengan-selamat.html

      Moga ia menjawab persoalan En. Syed, insyaAllah.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan,
    Saya nak tanye…
    1) skarang ada bnyk jenis emas. Kalau kite check harga emas sesama kat website…ada la rm bla bla bla. So ni harga emas apa? 999/916 etc
    2) kalau nak beli emas utk pelaburan utk masa depan. So emas yg mane saya perlu beli….rantai/gelang(perhiasan) atau jenis bar/coin atau etc etc…

    terima kasih.

  • Assalammualikum..sy ingin bertanye,adakah sah kalau membeli emas dan mendapat emas itu selepas 3mggu kemudian? Bayar dlu dan 3mggu br dpt..bkn ke dlm islam perlu bayar dan dpt emas serentak?ke zaman Dlu xde lagi surat janji sbb tu kene serentak? Tq kerana membantu.

    • Wslm Tuan/ Puan,

      Pasal penangguhan bayaran & serahan emas sebenarnya ada 2 pendapat (khilaf). Pendapat pertama benarkan tempoh maksimum cuma 3 hari. Pendapat kedua membenarkan penangguhan, tak kira berapa hari sekalipun. Kedua-dua pendapat tu adalah betul sebab masing2 ada hujjah yang kukuh. Khilaf dalam hal furu’ (cabang) adalah rahmat untuk ummat sebenarnya. Tuan/ puan boleh pilih mana2 pendapat. Bila ada 2 pendapat, saya pilih yang mana lebih memudahkan.

      Untuk penjelasan lanjut pasal isu ni, tuan/ puan boleh rujuk penjelasan Ustaz Zulkifli Ahmad menggunakan link ni;

      http://bit.ly/OSqCK1

      Moga bermanfaat, insyaAllah.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum tuan,
    Sy ada emas 916 dlm bentuk rantai. bgmana nak jual untuk dpt harga terbaik?sebab selalunya dealer cuma akan beli emas dr produk mrk shj..

    • Wslm tuan,

      Untuk dapat harga terbaik, kena jual di kedai asal yang tuan beli. Kena bawa resit asal. Kalau tuan jual di kedai lain, memang dia akan beli pada harga rendah. Biasanya, susut nilai dikira sehingga 25%. Sebelum jual, tuan pergi tanya beberapa kedai emas, berapa harga yang dia ambik.

      Kalau nak jual kpd Public Gold, sekarang ni boleh dapat better price sebab dia buat promosi tukar beli. Public Gold beli balik pada harga PG Buy i-series 916. Lepas tu tuan boleh pilih mana emas PG. Saya syorkan tuan beli spread paling rendah. Lepas beli terus jual. Total spread lepas proses jual beli tu sekitar 16%. Ia jauh lebih untung dari kedai emas.

      Kalau perlukan consultation saya, call 019-336 8009. TQ.

  • Salam,

    Boleh ceritakan apakah kelebihan menjadi Dealer PG? -Hadi.
    Terima kasih atas perkongsian ilmu berguna secara telus..Harap kita dapat berjumpa satu hari nanti.

    • Wslm tuan,

      Kelebihan dealer PG ialah:

      1. Komisyen & Spread Rendah

      Kita dapat komisyen 1% – 2% untuk setiap belian, dan 0.5% setiap kali jual balik emas kepada PG. Bila dapat komisyen bermaksud dapat rendahkan spread. Sebagai Master Dealer macam saya, komisyen 2% (belian) dan 0.5% (jualan). Maksudnya 2.5% komisyen. Kalau saya beli 1 dinar (spread 6%), maksudnya spread saya cuma 3.5% (6% – 2.5%).

      2. Urusan Jual Beli Mudah

      Urusan jual beli emas PG ni mudah sebab branch dia ada di setiap negeri. Contohnya, saya duduk di KL tapi saya customer di Kuching. Untuk jual emas tu, saya tak perlu ke Kuching. Saya consult customer melalui email, sms, phone call. Bila dia setuju beli, saya place order melalui website, dan customer tu bayar direct pada PG dan collect emas tu di branch Kuching.

      Dan ada beberapa lagi kelebihan. Tuan boleh rujuk artikel saya bertajuk “6 Kelebihan Bisnes Jual Beli Emas”. Refer pada link ni:

      http://bit.ly/OXrcNV

      Wallahu a’lam.

    • Wslm En. Hadi,

      Saya mengikuti dekat perkembangan tu. 28/9/2012 management PG berjumpa pihak BNM mohon penjelasan tentang alert list tu. Hasil dari perbincangan dengan BNM, beberapa perubahan yang dibuat oleh PG iaitu pembelian secara EPP dan pajakan PSP untuk dealer di mansuhkan.

      Menurut maklumat terbaru yang saya terima, BNM akan keluarkan senarai terbaru untuk Oktober 2012 dan PG akan dikeluarkan daripada alert list tu, insyaAllah. Saya perhati, PG sebuah syarikat yang akur dengan undang2.

      Wallahu a’lam.

    • GCP ok, cuma spread (susut nilai) emas dia tinggi. Bagi saya, spread emas tinggi kurang sesuai untuk pelaburan sebab lambat untung. Kalau untuk koleksi tu boleh, insyaAllah.

      Antara GCP, PG dan GSR, spread emas paling rendah ialah PG. Saya syorkan En. Shah refer kelebihan emas GCP & GSR daripada dealer mereka. Mereka lebih expert tentang emas mereka sebab saya khuatir opinion saya berat sebelah.

      Wallahu a’lam.

  • Blog yang menarik…saya ada persoalan yg mungkin tuan boleh bantu…pengalaman pertama membeli gold bar, saya telah tersilap langkah, membeli gold bar yg tiada sijil ketulenan…

    soalan saya, apakah cara terbaik utk saya lakukan dengan emas itu, adakah saya perlu jual emas itu kemuadian beli semula gold bar yg lain berserta sijil ketulenan atau simpan saja, jual apabila harga emas naik..untuk makluman, saya baru menyimpan emas itu selama setahun..

    Terima kasih.

    • Terima kasih berziarah ke blog seadanya ni.

      Gold bar yang tak ada sijil ketulenan masih ok asalkan ianya benar-benar tulen & beratnya juga cukup. Kalau tuan nak jual dan tukarkan kepada emas lain yang lebih baik, tak ada bezanya kalau tuan jual sekarang ataupun jual bila harga naik semua kalau harga gold bar tuan naik, harga gold bar lain pun turut naik. Saya rasa kalau jual masa harga rendah lebih berbaloi kalau tuan nak tukar kepada emas yang lebih baik.

      Wallahu a’lam.

  • Saya cuma bimbang gold bar yang tiada sijil ketulenan ni akan sedikit sebanyak mempengaruhi harganya apabila nak dijual kelak. Kalau begitu penjelasan tuan legalah sikit hati walau pon belum tau gold bar saya tu tulen atau tak dan cukup berat ke tak =)

  • salam…tahniah kpd en. Zul atas artikel2 yg sgt2 b’guna n b’mnfaat.sejak sya t’jummpa blog ni,klu ade msa lpg,sya akn bca artikel2 yg dlu.^^ trima kasih jgk,sbb dr blog ni juga sya knl dgn blog2 emas yg lain.skrg ni pon,tgh m’p tmbgkn untuk beli ebook2 yg tlh dicadangkan..tp betul kata en. Zul,klu x de ilmu,kite x kan b’jaya.nk mmnta pndpt en. Zul.sya student lg,n sya dpt scholar every sem,dan sya akn bhgi2kan duit scholar tu untuk simpanan n blnja harian.skrg ni,minat sya untuk m’beli emas smkn b’tmbh sjk sya baca artikel2 en. Zul dan Tuan Syukor.tapi,msh ragu2 lg,takut t’salah…blh x en. Zul cdgkn,klu sya nk beli emas,emas jenis ape yg ptot sya investkn?mohon tunjuk ajar dan terima kasih skali lg atas ilmu2 yg tlh disampaikan..moga mndpt saham di akhirat nnti. ^^

    • Wslm tuan,

      Untuk student, saya syorkan beli dinar sebab harganya lebih rendah dan spreadnya juga lebih rendah semestinya. Ada duit sikit, beli sikit tapi pastikan duit tu bukan untuk digunakan dalam tempoh setahun. Nanti nak pakai duit bila dah habis belajar nanti, boleh jual balik sikit-sikit.

      Wallahu a’lam.

  • Assalamualaikum..bolehkah En. Zul bgi pendapat tentang Orosaver2u? Saya dpt tahu ia adalah pelaburan emas juga..adakah berbaloi utk melabur jika permulaan hanya serendah rm370? Bagaimana hendak tahu susutnilai emas? Adakahberbeza stiap company?

    • Wslm tuan,

      Secara terus terang saya memang tak pernah dengar pasal Orosaver2u. Secara prinsipnya, tuan kena pastikan beli emas dapat emas, bukan dapat kertas. Dan pastikan susut nilai tak lebih 10%. Biasanya company akan public harga “We Sell” dan “We Buy”. Perbezaan harga tu dikira susut nilai. Setiap company berbeza. Kalau company tak publish harga “We Sell” dan “We Buy”, lupakanlah emas tu. Takut nanti menyesal bila nak jual balik nanti.

      Wallahu a’lam.

  • Salam tuan.. Terima kasih untuk maklumat-maklumat berguna yang tuan kongsikan dalam blog ini.. Saya baharu menanam minat dalam pelaburan jual beli emas ini.. Jadi, saya membuat banyak pembacaan tentang pelaburan ini dan pada pendapat saya blog tuan ini antara blog yang terbaik untuk saya jadikan rujukan sebelum saya menceburkan diri ke dalam bidang ini kerana tuan dilihat jujur dalam menyampaikan maklumat dan tidak memikirkan kepentingan diri seperti sesetengah pihak.. Jadi, saya ingin meminta jasa baik tuan membantu saya untuk memulakan langkah pertama ini.. InsyaALLAH saya ingin memulakan pelaburan ini menggunakan kaedah rolling ar-rahnu disebabkan saya tidak mempunyai modal yang tinggi.. Apakah pendapat tuan sama ada kaedah ini sesuai untuk beginner seperti saya dan bolehkah saya minta jasa baik tuan untuk memberi tips-tips berguna yang boleh saya jadikan rujukan supaya saya tidak menyesal di kemudian hari..

    • Wslm tuan,

      Saya syorkan tuan beli dan simpan jer emas tu. Tak perlu pajak emas di ar-rahnu kecuali duit pinjaman ar-rahnu tu tuan nak digunakan untuk rolling bisnes yang menguntungkan. Teknik beli, pajak, beli, pajak, boleh menggangu tidur malam yang lena kalau tak berhati-hati.

      Disamping tu, sentiasa tambah ilmu tentang emas. Lagi banyak ilmu, lagi banyak keuntungannya, insyaAllah.

    • Saya berniat untuk menjalankan bisnes jual beli emas. Jadi, saya bercadang nak guna kaedah ni. Saya nak guna duit pinjaman itu untuk beli emas lagi dan kemudian jual beli emas gunakan kaedah rolling ar-rahnu ni. Apa pendapat tuan?

      InsyaALLAH tuan. Terima kasih kerana memberi nasihat dalam menyampaikan pandangan. Semoga ALLAH berkati hidup tuan sekeluarga.

    • Oo.. Ok. Biasanya dealer emas pajak samaada; (1) harga emas jatuh mendadak untuk tambah stok ketika harga murah, (2) nak beli balik emas daripada pembeli yang nak jual mengikut harga “PG Buy”, tapi dia tak cukup modal.

      Kalau dua situasi tu, memang sesuai sangat untuk pajakan ar-rahnu. InsyaAllah, kebarangkalian untung lebih tinggi berbanding rugi.

      Wallahu a’lam.

    • Wslm En Faizzuan,

      InsyaAllah saya boleh bantu. Contact saya 019-3368009. Kalau nak terus place order emas Public Gold, bagi saya;

      1. Nama penuh
      2. No ic
      3. Email
      4. No telefon
      5. Item yg nak di beli.

      Nanti saya akan bantu. InsyaAllah.

  • Terima kasih atas info “5 Tips Elak Penipuan Jual Beli Emas!”.. sgt2 berguna !! saya nyaris2 td utk tempah melalui group fb dan mmg cdg nk terus bank in je, hihi (^_^)

    semoga en.zul terus dimurahkn lg rezeki.. Amin
    Terima kasih sekali lagi =)

    • Wslm Pn. Intan,

      Saya cuma ada pengalaman berniaga barang kemas Public Gold jer. Bila jadi dealer Public Gold, puan boleh niagakan barang kemas yang ada di http://www.publicjewellery.com.my secara online jer. Untuk jadi dealer Public Gold, kena buat belian emas Public Gold RM20,000 dalam satu resit.

      Untuk detail, puan boleh contact saya terus. 019-336 8009 (call/ sms/ wassap).

  • Assalamualaikum,.
    Saya agak berminat untuk membeli emas dari PG.
    Saya dapati ada tawaran di laman web PG untuk menjadi dealer hanya dengan membuat pembelian sebanyak RM10k shj dalam 1 resit sepanjang jun ini.
    Tawaran ini agak menarik.
    Boleh tuan jelaskan dan bagaimana untuk membuat pembelian tersebut?
    Terima kasih.

    • Wslm Pn. Nor,

      Betul. Bulan ni promosi beli RM10k automatik jadi dealer. Lepas promosi ni, kena beli RM20k baru layak jadi dealer.

      Untuk buat belian, saya boleh bantu orderkan atas nama puan. Nanti puan buat bayaran terus ke akaun Public Gold berdasarkan email yang PG akan hantar nanti. Lepas bayar, emas tu boleh ambil bila-bila masa di office PG terdekat dengan puan, tapi jangan lewat lebih 2 bulan sebab PG akan kenakan caj simpanan 1% setahun kalau lewat.

      Untuk order, puan sms/ wassap kepada saya maklumat puan:

      1. Nama penuh
      2. No ic
      3. No telefon
      4. Email
      5. Item yang nak dibeli
      6. No akaun maybank / public bank untuk PG bayar komisyen nanti.

      Itu sahaja yang diperlukan.

  • Salam , saya student dan saya agak berminat pasal invest emas nie , cuma saya takda experience psal emas , jdi apa langkah pertama yg ptt saya lakukan dahulu , dan saya ada terbaca dinar agak sesuai sbb spread rendah , harga untuk satu dinar agak” berapa ? Terima kasih . .

  • salam..saya masih student dan berminat dgn pelaburan emas..boleh encik cadangkan pelaburan jenis emas yg macam mana yang sesuai utk saya?

  • Assalamualaikum,
    Sebelum ni saya hanya menyimpan emas dlm bentuk barang kemas shja. Sekarang ni saya nak start menyimpan emas dlm bentuk dinar. Saya sedang mencari dinar yg terbaik utk buat pelaburan. Harap encik dpt membantu.

  • Salam, tuan. Apa kabar?
    Apa beza PAMP SUSSIE menggunakan sijil berwarna putih dengan berwarna pink? Adakah PAMP SUSSIE yg palsu. Jika ada boleh terangkan ciri-cirinya? Terima kasih.

  • Salam tuan, saya ingin bertanya tentang maksud PG Sell dan PG Buy…jika emas 1 dinar PG Sell RM 540 dan PG Buy RM 508…RM 508 tue harga saya beli dan RM 540 tue harga yg dijual balik ke…maknanya saya untung rm 32 ke…?

  • Salam tuan
    Saya baru berkecimpung mengumpul emas PG,walaupun bukan Sebagai dealer PG,isu terkini yang hangat di pasaran adalah skim pelaburan emas iaitu Zenith Gold,saya berhasrat ingin melabur dalam skim tersebut,saya meminta jumlah emas sebagai pertukaran dengan jumlah image1.JPG yang laburkan,pihak mereka bersetuju memberi emas sebagai pegangan kepada saya,apakah berbaloi jika saya melabur?

  • Tuan,
    Sy ade nampak sekarang ni ramai yg nk tukar emas dgn sewa kereta. Siap dapat duit minyak lg. Bagai mana saya nk buat perjara yg sama dgn menawarkan kereta saya. Dapat emas tu nanti bagai mana saya nak jana kan keuntungan agar dapat saya bayar sewa kereta bulan2 dgn bank,dapat keuntungan dan dapat bagi komisyen kepada pemilik emas.

    • Wslm En. Hafiz,

      1. Saya sendiri memang beli emas untuk tabung pendidikan anak-anak. Bagi saya emas lebih baik kalau untuk simpanan jangka panjang.

      2. En. Hafiz boleh contact saya untuk pembelian. InsyaAllah saya boleh tunjukkan cara untuk pembelian. 019-336 8009 (saya prefer wassap atau sms).

  • Salam. Saya berminat utk membeli emas bar. Bagaimana saya boleh berurusan dgn tuan? Saya sekarang tinggal dia Batu Pahat.

  • Asslm En.Zul..saya baru nak start kumpul emas dan saya nak mula dgn kumpul gold bar 1g, kalau saya beli by hand kat mana2x collector, pembelian saya ni perlukan resit ke?kalau tak de resit boleh jual kpd pb balik ke?

  • Assalamualaikum tuan…apa pendapat tuan tentang syarikat zenith dan skim pelabuan emas yg ditawarkan znith gold ??? Adkah zenith berbaloi ???

    • Wslm En. Muhammad,

      Saya tak pasti pasal pelaburan itu.

      Paling asas, beli emas dapat emas dan simpan emas. Kalau beli emas tapi emasnya tak dapat, dan dijanjikan pulangan bulan dan bintang, tinggalkan sahaja pelaburan begitu atau bersiap sedia duit itu lebur.

      Wallahu a’lam.

      • Apa yang dilakukan oleh Zenith Gold ialah, 70% daripada jumlah pelaburan akan dilaburkan dan hanya 30% daripada jumlah pelaburan akan diberikan dalam bentuk fizikal emas. adakah ianya berbaloi?

      • zenith gold menipu je.. konon ade lesen dr fsc kt british virgin island. company international dorang claim. padahal trafik wesite 95% dr malaysia. SSL gred A setaraf maybank2u? beli jela cert yg mahal. siap lock USD lg. keje gila lock Currency. RM380=USD100. harga 1gram ZG 130USD!!!! bila tnya apsal x masuk akal harga cakap kos postage dr UK dan emas dibuat di UK kualiti tinggi. LoL. sebenarnya duit ni pusing dalam malaysia je. ZG baru lg setahun lebih so dapatla pulangan 400 hari dorang ni konon x pernah lambat bayar. dan tengah aktif merekrut . ape2 pun yang kenyang yang duk atas tu makan bonus bagai n xkesah pun kalu ZG tipu n korang kene tipu sebab dorang dapat bonus lebat. so jauh kan la dr program2 mcm ni.ntah duit tu g labur berjudi mana nak bayar bonus. ade masa 400 hari nak cari. tunggu masa je kene sontot. hehehe.

    • Wslm En. Asyraf,

      Kalau beli emas dapat emas, biasanya tak jadi masalah. Kalau beli emas tapi emasnya tak dapat, itu bermasaalah. Kalau beli emas dapat income bulan-bulan, itu hampir pasti bermasalah. Yang habis tersontot lingkup tahun 2014, memang itulah kaedah pelaburan emas mereka.

  • Assalamualaikum Tuan,

    Apa pendapat Tuan jika saya menyertai silver accumulation program PG? Adakah ia berbaloi untuk simpanan jangka panjang?

  • Assalamu’alaikum tuan.

    Sekarang sedang berlaku penurunan nilai matawang Malaysia yang mendadak. Adakah berbaloi membeli emas pada waktu begini memandangkan harganya menjadi sangat mahal dan apabila matawang sudah kembali stabil, tidakkah berlaku kerugian?

    Soalan seterusnya. Sekiranya membeli emas melalui cod, adakah akan dikenakan apa apa caj tambahan?

    Terimakasih. 🙂

    • Wslm puan,

      1. Waktu ringgit tak stabil ni, ialah waktunya perlu beli emas sebagai penampan kejatuhan ringgit.

      2. Harga emas mungkin boleh jatuh tapi berbeza dengan ringgit jatuh. Kalau ringgit jatuh, ia hanyalah KERTAS. Kalau emas jatuh, ia adalah EMAS. Tak pernah ada satu zaman yang emas dianggap murah dan tak bernilai. Tetapi dah berulang2 kali dalam sejarah duit hilang nilainya 100%.

      3. Untuk urusan pembelian, puan boleh wassap saya 019-336 8009. Nanti saya guide kaedah yang sesuai dengan puan, insyaAllah.

      3.

  • Blog yg sgt bagus. Pencerahan yg cukup baik. Sy berminat nk menceburi pelaburan emas ni. Sy still student dan nk tanya macam mana keadaan emas tu klw sy sambung study overseas?

  • Reply
    . 104 Mohd Zulkifli Shafie March 10, 2016 at 7:00 pm

    Wslm En. Hafiz,

    Kalau beli emas dapat emas, tak ada masalah.

    Cuma setahu saya company tu masuk dalam alert list BNM. Boleh cek di link http://www.bnm.gov.my/documents/2016/20160307_FCA_EN.pdf .

    Assalamualaikum,

    Saya dh semak power gold biz tiada dlm senarai blacklist BNM. cuma kelemahan power gold adalah tiada certified assigner pada cert. dia. Untuk jadi ahli pula perlu bermodalkan serendah RM380.00 dan akan dapat 0.5g gold coin. pada saya x berbaloi.

    Apa fungsi certified assigner kena Tanya dealer PG..sabab saya ahli PG saje so tiada pengetahuan pon ttg kepentingan itu.

    saya juga baru berdaftar sebagai ahli public gold. keahlian adalah perlu menyimpan 1g gold bar sahaja. harga emas mengikut harga semasa. cert ada certified assigner.

    berkaitan zenith gold bole rujuk : http://www.publicgoldsarawak.com/ver2/2016/10/pembongkaran-skim-zenithgold-zg-2/

    tapi namanya juga pelaburan.. untung sabut timbul, untung batu tenggelam…

    wasalam.

  • salam. saya berminat untuk mengetahui cara nak beli public gold. bagaimana kita nak beli emas public gold ini. mesti melalui dealer atau boleh pegi sendiri ke public bank mengunakan no reference mana 2 dealer PG. maaf saya budak baru belajar

  • Assalamualaikum,.sy berminat utk melabur emas dan sy masih baru di dlm bidang nie ..sy nk melabur emas area Dungun (terengganu),.ad x agen2 yg bole dprcayai utk bntu sy

  • Assalam encik, sy bminat dlm pelaburan emas tp tidak mempunyai pengetahuan.Boleh ke sy mendpt khidmat nasihat sebelum membuat pelaburan.Antara Dinar dan bar mana lebih bagus.Terima Kasih.

    • Wslm Pn. Zuzana,

      InsyaAllah saya boleh guide. Puan boleh wassap saya di 019-336 8009 untuk saya guide mengikut bajet dan matlamat puan membeli emas.

      Antara dinar dan gold bar, kedua-duanya sama sahaja dari sudut potensi keuntungan.

  • {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
    >