9 Tips Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu

by on March 3, 2013

Post image for 9 Tips Penting Pajak Emas di Ar-Rahnu

[Kemaskini 23 April 2016] Sebelum pajak emas, apa yang kita perlu tahu; duit yang kita terima hasil pajakan ialah PINJAMAN yang perlu dibayar balik. Kalau harga emas naik, kita boleh buat overlaps pinjaman. Overlaps ialah pertambahan hutang, bukan “passive income” sebagaimana salah faham oleh sesetengah orang.

Artikel ini adalah sambungan daripada artikel “Cara Memajak Emas di Ar-Rahnu“. Sebelum memajak emas, ini 9 tips penting yang saya rasa kita perlu tahu:

Tips #1 – Pilih ‘Timing’ Paling Sesuai

Secara umumnya, masa paling sesuai untuk pajak emas ialah bila:

(1) Teknik Manipulasi Ar-Rahnu – harga emas jatuh mendadak (mungkin melebihi 8% – 10%) untuk dapatkan modal beli lagi emas pada harga rendah. Teknik ini dinamakan “Teknik Manipulasi Ar-Rahnu”. Cuma apa yang perlu kita tahu, risiko rugi lebih besar dari potensi untung.

(2) Modal Pusingan Bisnes – nak guna duit untuk rolling bisnes yang menguntungkan, melebihi kos pajakan 1.15% sebulan.

(3) Backup Belanja Hangus – nak guna duit untuk belanja hangus, tetapi kita dah kenalpasti sumber duit untuk bayar semula pinjaman ar-rahnu tersebut.

Kalau tak dapat kenalpasti sumber duit untuk bayar semula pinjaman, jangan sesekali gunakan duit pinjaman ar-rahnu untuk perbelanjaan hangus atau membeli barang yang susut nilainya macam nak tukar langsir baru atau nak beli sport rim kereta! Kalau nak gunakan untuk perkara berbentuk selain daripada ‘investment’ atau ‘bisnes’, lebih baik jual terus emas tu atau bersiap sedia emas tu dilelong!

Tips #2 – Pajak Mengikut Modal Diperlukan Sahaja

Margin pinjaman ar-rahnu biasanya sekitar 65% – 70%. Katakanlah kita perlukan duit sekitar RM6,500, pajaklah emas yang bernilai sekitar RM10,000. Tak perlulah pajak emas yang bernilai RM20,000 sebab nanti kita dapat pinjaman berlebihan yang tak dimanfaatkan dan dikenakan kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #3 – Satu Emas, Satu Surat Pajak

Kalau nak mudah tebus, pastikan satu emas, satu surat pajak. Katakanlah anda pajak 3 utas rantai tangan, pastikan setiap rantai satu surat pajak. Ia akan memudahkan kita tebus satu persatu nanti. Kalau 3 rantai tu buat cuma satu surat pajak, kita kena tebus semua sekaligus!

Cuma bila buat banyak surat pajak, kita terpaksa tunggu lama untuk processing! Kalau 10 rantai tangan, mungkin 2 – 3 jam baru siap prosesnya sebab kita dan pegawai ar-rahnu perlu isi & proses 10 borang! Prosesnya  seolah-olah kita membuka 10 akaun bank!

cara pajak pelaburan emas ar rahnu 02Kaedah yang paling biasa digunakan.Prosesnya lebih cepat, tak perlu menunggu lama di ar-rahnu.

cara pajak pelaburan emas ar rahnu 03Kaedah yang memudahkan tebus satu persatu.

Tips #4 – Survey Upah Simpan Paling Rendah

Setiap ar-rahnu mengenakan caj berbeza-beza dan cajnya juga disemak dari semasa ke semasa. Jadi sebelum memajak emas, survey dulu ar-rahnu mana yang kenakan caj paling rendah dengan margin pinjaman paling tinggi. Saya tak boleh confirmkan yang mana ar-rahnu terbaik sebab polisi setiap ar-rahnu sentiasa berubah-ubah.

Tips #5 – Asingkan Duit Untuk Caj Pajakan

Berdasarkan illustrasi yang saya buat dalam artikel “Cara Pajak Emas di Ar-Rahnu“, katakanlah kita dapat pinjaman sebanyak RM7,800, dan caj pajakan (upah simpan) dikenakan sebanyak RM504 (RM84 x 6 bulan). Saya syorkan asingkan siap-siap RM504 tu daripada RM7,800. Maksudnya, kita hanya boleh gunakan RM7,296 (7,800 – 504) untuk beli emas lagi ataupun rolling bisnes.

Alasannya, kalau nak sambung pajakan nanti, kita boleh pakai duit tu jer untuk bayar upah dan renew surat pajak terutamanya bila (1) kita belum dapat untung menggunakan duit pajakan pertama, ataupun (2) harga emas belum naik untuk kita menikmati untung daripada teknik manipulasi ar-rahnu bila harga emas jatuh mendadak.

Tips #6 – Tebus Emas Secepat Mungkin

Biasanya ar-rahnu bagi tempoh pinjaman selama 6 bulan, tapi kalau dah selesai urusniaga menggunakan duit pinjaman tu, terus tebus cepat-cepat sebab caj biasanya dikenakan secara bulanan. Kalau sebulan dah settle, terus tebus dan caj “upah simpan” dikenakan hanya untuk sebulan sahaja. Jangan tunggu tempoh matang 6 bulan baru tebus. Kita dapat jimat duit dari bayar kos “upah simpan” yang tak sepatutnya.

Tips #7 – Jangan Pajak Emas Berseal

Jangan sesekali pajak emas berseal melainkan anda bersedia untuk rugi 25%! Kalau buka seal, emas tu hanya boleh dijual semula sebagai “used gold” dengan susut nilai sekitar 25%. Jadi kalau nak pajak, pastikan emas tu bukan jenis berseal macam emas Public Gold (emas lama yang bukan LBMA), Kijang Emas, Dinar Kelantan, dan barang kemas semestinya. Saya perhati, kebanyakkan emas yang jenis berseal ialah emas yang datang dari luar negara.

emas kuwait finance house pamp suiseEmas KFH dan Pamp Suisse antara emas yang berseal – tak sesuai di pajak.

emas pamp suisse lady fortunaBagi emas Pamp Suisse yang dibuka seal (untuk test ketulenan), spreadnya akan jadi 25% – 30%. Ia sangat merugikan.

dinar emas public gold 24k buka seal rosakEmas Public Gold (jenis LBMA) adalah berseal. Kalau dah buka seal begini (untuk test ketulenan), spread asal 8% akan jadi 10%. Untuk emas Public Gold yang jenis berseal, boleh pajak di Pos Ar-Rahnu. Mereka terimanya tanpa perlu buka seal.

Tips #8 – Jangan Beli Emas Cara Ar-Rahnu 70:30

Kalau ada orang datang jual emas cara ar-rahnu, iaitu kita bayar 30%, dan 70% lagi dilangsaikan menggunakan duit pinjaman ar-rahnu, jangan telan bulat-bulat janji ‘bulan dan bintang’ mereka. Study dulu betul-betul. Saya perhati, teknik tersebut terbukti memerangkap ramai pelabur pada tahun 2012. Yang confirm untung berganda adalah penjual emas, bukan pelabur.

tips fb pelaburan emas public gold

Saya pernah consult seorang bakal pelabur emas yang sangat excited untuk skim belian begitu sebab katanya, dia boleh dapat RM10,000,000 dalam masa 5 tahun hanya bermodalkan RM20,000! Rupa-rupanya, penjual emas tu cuma cerita separuh jalan jer dan bila saya habiskan cerita separuh jalan lagi, baru dia tahu ‘plan’ penjual tu sebenarnya tak praktikal!

Mangsa Serambi Emas

Tips #9 – Jaga Nama Baik Dalam Rekod CCRIS BNM

Untuk makluman sahabat pembaca, walaupun ar-rahnu ialah pinjaman bercagar, ia tetap direkodkan dalam CCRIS (Central Credit Reference Information System) Bank Negara sejak akhir tahun 2010. Maksudnya, kalau nak buat apa-apa pinjaman selepas ini daripada mana-mana bank, mereka akan semak rekod CCRIS kita termasuk pinjaman ar-rahnu. Kalau kita ada 1 surat pajak, ia akan ‘appear’ sebagai 1 rekod. Kalau 10 surat pajak, 10 rekod!

Jadi, pinjaman di ar-rahnu wajib diuruskan dengan baik. Jangan sampai emas tu tergadai sebab ia akan meninggal rekod buruk bila kita nak buat pinjaman lain nanti. Dan kalau nak buat loan baru dengan bank lain, explain awal-awal kepada staff yang in-charge sebab takut mereka anggap kita banyak komitmen hutang.

Tips #10 – Ambil Foto Emas Sebelum Pajak (Tips Bonus)

Saya syorkan snap foto setiap emas tu sebelum masuk ar-rahnu. Kalau kita tak mampu tebus balik emas tu nanti, kita masih ada jalan terakhir sebelum emas itu dilelong, iaitu jual surat pajak. Cari pembeli yang sanggup beli emas tu supaya emas tu tak tergadai dan nama tak diblacklist.

Bila nak jual surat pajak, pembeli biasanya nak tengok foto emas tu dulu terutamanya pembeli barang kemas. Kalau designnya kena dengan cita-rasa, baru mereka sanggup beli. Bila kita ada foto emas tu, senang nak promote untuk dapatkan pembeli. Kalau tak, memang susah nak cari pembeli. Bak kata orang putih, picture represent thousand of words!

Jadi, itulah 10 tips penting sebelum memajak emas di ar-rahnu. Plan betul-betul, dan pastikan pajak emas dengan STRATEGI yang betul. Jangan main pajak jer sebab dah terbukti ramai orang terperangkap dengan “teknik ar-rahnu” gara-gara nak “untung secupak”, tapi akhir sekali terpaksa rugi “segantang”!

Wallahu a’lam.

Zulkifli
Damansara Damai
3 Mac 2013
20 Rabiul Akhir 1434

[Artikel ini dikemaskini pada 23 April 2016. Mungkin sebahagian blog comments di bawah ini tak lagi relevan selepas tarikh ia dikemaskini]

{ 187 comments… read them below or add one }

1 zul March 3, 2013 at 11:37 pm

salam , utk tips no 9), sy rase kite tak akan msuk dlm record CCRIS if kite pajak kat ar rahnu yg bukan bank seperti koperasi tentera, ar rahn kelantan n etc,.. maafkan sy kalau terslh info..

Reply

2 Mohd Zulkifli Shafie March 3, 2013 at 11:47 pm

Wslm En. Zul,

Terima kasih atas penambahan. Saya belum mengesahkan lagi maklumat samada ar-rahnu yang bukan bank menggunakan CCRIS atau tak. Tapi saya pun fikir macam tuan juga. Cuma secara prinsipnya, pinjaman ar-rahnu juga perlu diurus dengan baik. Wallahu a’lam.

Reply

3 Zahidah Omar April 15, 2016 at 9:53 am

Salam. En. Zul, terima kasih byk2 sebab byk beri perkongsian yg bermanfaat. Sejak anak saya kecil sampai dah sekolah menengah sekarang, barulah saya tahu agak byk tentang kewangan dan emas. kalau tak dulu, lepas shopping brg keperluan saya dah mula fikir lepas ni duit tak cukup. simpanan pula zero. sekarang ni, Alhamdulillah dah ada perubahan.

Reply

4 Mohd Zulkifli Shafie April 15, 2016 at 9:56 am

MasyaAllah. Alhamdulillah. Saya turut sama gembira dengan perkembangan positif kewangan puan.

Reply

5 Mohd Safarin Saari March 10, 2013 at 5:29 am

As Salam tuan,
Satu perbincangan yang menarik, dengan situasi pasaran emas sekarang. Tuan rasa emas akan terus turun lagi ke atau akan naik. Saya tengah tunggu timing yg sesuai utk gadai dan tambah emas ni.

Reply

6 Mohd Zulkifli Shafie March 14, 2013 at 12:40 am

Wslm En Safarin,

Kalau tengok pada harga sekarang, saya rasa ini antara paras terendah bagi tahun 2013. Bagi saya, ini timing bukan timing untuk membeli sikit-sikit, tapi timing untuk memborong emas.

Wallahu a’lam.

Reply

7 Anonymous March 15, 2013 at 6:26 am

salam.sy ada 2k.kalau sy beli emas 1k dan pajak di ar-rahnu,kemudian tambah sikit duit dan beli emas lg 1k dan pajak.kemudian duit itu guna untuk rolling bisnes sampingan sy.ape pndpt tuan? bln 5 sy akan dpt 10k duit kutu,so boleh tebus dua2 emas tu.sbb kalau sy simpan 2k tu..boleh habis.:-)

Reply

8 Mohd Zulkifli Shafie March 15, 2013 at 9:36 am

Wslm tuan,

Kalau dah stand by duit RM10k tu tak ada masalah. Kalau saja-saja pajak memang saya tak syorkan sebab takut tersepit.

Wallahu a’lam.

Reply

9 Anonymous March 18, 2013 at 5:37 am

..antara beli & pajak dgn rolling je 2k tu,mana lg ok?.terima kasih atas respon tuan.

Reply

10 Mohd Zulkifli Shafie March 18, 2013 at 7:31 am

Erm… Kalau sekadar RM2,000 jer, saya rasa rolling jer lagi bagus. Dapat untung baru beli emas.

Reply

11 ctsarah April 10, 2013 at 11:46 am

Salam..tuan, saya nak tanya if saya ada 10k, berapa dinar saya boleg dpt?dan adakah pd hjg tahun saya boleh pajak tuk mendpt keuntungan mcm dividen dlm asb?maaf saya msh baru dlm ilmu emas ini.

Reply

12 Mohd Zulkifli Shafie April 10, 2013 at 12:07 pm

Wslm Pn. Siti,

Sekarang ni harga 1 dinar RM692. Harga berubah setiap 20 minit. Kalau mengikut harga sekarang, RM10k tu boleh dapat 14 keping.

Pelaburan emas fizikal tak ada untung berbentuk dividen, tapi kalau nak nikmati untuk macam dividen, kena jual emas tu hujung tahun, bukan pajak. Biasanya harga emas akan peak sekitar bulan September – Oktober. Tapi naik turun sebenar bergantung kepada keadaan ekonomi dunia.

Masuk tahun baru, start balik belian baru menggunakan modal asal. Untung tu asingkan. Puan boleh rujuk artikel saya di link ni: http://bit.ly/YL09Ia

Wallahu a’lam.

Reply

13 Anonymous May 10, 2013 at 6:31 am

salam.. sya ade bli gelang 3k baru2 ni dgn hrga 150/g.. better sya smpan ataupun pajak kt ar-rahnu if sya nk dpt untung dlm mase 5tahun?

Reply

14 Mohd Zulkifli Shafie May 10, 2013 at 9:57 am

Wslm tuan,

Kalau tak ada keperluan untuk dapatkan modal (pinjaman), saya tak syorkan pajak. Simpan jer emas tu melainkan tuan nak guna duit untuk rolling bisnes / investment yang confirm menguntungkan.

Wallahu a’lam.

Reply

15 Anonymous May 10, 2013 at 4:48 pm

sya dgr bleh pajak emas utk byr kereta.. menguntungkn ke?

Reply

16 Mohd Zulkifli Shafie May 12, 2013 at 11:14 pm

Dalam keadaaan harga emas tak menentu sekarang ni, kaedah tu tak lagi sesuai dan risiko kerugian lebih besar dari untung. Wallahu a’lam.

Reply

17 Anonymous May 19, 2013 at 10:10 am

Salam tuan,saya ada buat ar rahnu di agro bank, namun tempoh pajakan akan tmt dlm masa 2 bulan. Mohon pandangan, saya cadang nak buat personal loan utk setlekan,mana satu yg lebih baik antara guna pinjaman tu bayar baki pinjaman dan upah simpan ATAU biarkan shja dan beli balik semasa bank lelong emas tersebut?
-ahmad

Reply

18 Mohd Zulkifli Shafie May 19, 2013 at 8:34 pm

Wslm En. Ahmad,

Boleh saya tahu duit pajakan tu En. Ahmad gunakan untuk apa? Berapa nilai yang diperlukan untuk tebus emas tu?

Reply

19 Anonymous June 20, 2013 at 7:04 pm

adakah ms skrg ms sesuai utk pjk emas n beli emas memandangka hafga turun mendadak.

Reply

20 Mohd Zulkifli Shafie June 21, 2013 at 6:26 am

Saya rasa sesuai. Tapi pajak berpada-pada. Sediakan backup plan, in case harga emas belum naik dalam masa 6 bulan.

Reply

21 Anonymous June 20, 2013 at 7:11 pm

sy buat modal hasil pjkn emas hiasan utk beli emas fzikal jila dpt duig sy pjk lg n beli emas buat 2kali je in hand ada emas. adakah cara ini akan mjerat diri.adakah sy dpt tebus semula brg kemas sy tu pd bln sept ne krn harga emas dijangka naik pd bln tsebut

Reply

22 Mohd Zulkifli Shafie June 21, 2013 at 6:28 am

Pertama sekali, kalau ada prediction tentang kenaikan harga atau penurunan, bagi saya tak boleh bergantung sangat sebab terlalu banyak prediction sebelum ni tersasar jauh.

Kalau nak pajak, buat sekali jer. Pajak dan beli. Kalau buat 2 kali, hasilnya samada untung lebih besar (kalau harga naik) atau rugi besar (kalau harga turun lagi).

Wallahu a’lam.

Reply

23 Anonymous June 24, 2013 at 12:26 pm

apakah konsep pajak dan beli yg admin beritahu sebentar td??maaf, sy org baru berjinak2 dgn emas..harap bagi tunjuk ajar..

Reply

24 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2013 at 2:06 am

Untuk orang yang ada emas, dia boleh pajak dan dapatkan pinjaman bercagar. Ramai orang guna duit pinjaman beli lagi emas dan pajak lagi. Dapat duit lagi, beli lagi dan pajak lagi sampai habis modal.

Teknik tu untung besar sebelum tahun 2012, tapi sejak 2012 mula memerangkap ramai pemajak tegar.

Begitulah secara ringkasnya. Wallahu a’lam.

Reply

25 Anonymous July 4, 2013 at 3:46 am

Boleh tuan terangkan apa maksud tuan,
“Teknik tu untung besar sebelum tahun 2012, tapi sejak 2012 mula memerangkap ramai pemajak tegar.”
Mohon pencerahan tuan..

Reply

26 Mohd Zulkifli Shafie July 4, 2013 at 4:08 am

Teknik manipulasi ar-rahnu memerangkap pelabur bila harga emas bergerak mendatar, apatah lagi menurun sejak 2012. Boleh pajak, tapi kena buat kira-kira yang teliti dan kena ada plan B kalau harga emas tak bergerak sebagaimana jangkaan.

Reply

27 Anonymous June 23, 2013 at 8:25 am

Salam tuan,saya ada buat ar rahnu tp tempoh pajakan akan tmt pd bln nov ne. duit dr arrahnu sy beli emas lg. sy buat 2 kali sj. Mohon pandangan, saya cadang nak buat personal loan utk setllekan,mana satu yg lebih baik antara guna pinjaman tu bayar baki pinjaman dan upah simpan ATAU beli emas lg baki loan setlle arrahnu tinggalkn 1surat pjk.jika harga naik tebus kembali

Reply

28 Mohd Zulkifli Shafie June 23, 2013 at 3:04 pm

Wslm tuan,

Saya prefer settlekan loan sebab lebih peace of mind. Samada harga emas naik atau turun, ia tak membebankan perasaan sebab tak terikat dengan pinjaman.

Wallahu a’lam.

Reply

29 Anonymous June 24, 2013 at 12:20 am

sekiranya kita beli emas atas duit pinjaman layak x kita bzakat sekiranya dh cukup tempoh dan berat.

Reply

30 Mohd Zulkifli Shafie June 24, 2013 at 1:39 am

Kena zakat juga, sama dengan orang buat loan dan invest dalam ASB.

Reply

31 Anonymous June 25, 2013 at 2:28 am

boleh ke kita byr zakat mgunakan syiling dinar pg

Reply

32 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2013 at 12:00 pm

Kalau bayar di pejabat zakat, dia cuma terima tunai jer. Kalau bayar direct kepada asnaf, tak ada masalah.

Reply

33 Anonymous June 25, 2013 at 2:35 am

sy buat loan utk beli emas dan bcadang akan buat fullsettlement setlh mndpt keuntungan jual emas. apa pendapat tuan emas yg dibeli tu simpan bebrrapa tahun bila harga naik jual atau dlm ms sthn naik harga sikit sy jual dan beli bila harga turun dan jual lg bila harga naik.

Reply

34 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2013 at 12:02 pm

Kalau nak jana untung “tunai”, kena beli jual, beli jual. Harga naik jual. Bila turun, beli balik. Tapi teknik “trading” macam tu pun berisiko sebab perlu ada kepakaran membaca pergerakan harga emas. Saya buat prediction, rugi besar.

Reply

35 Anonymous June 25, 2013 at 2:13 pm

maksud sy duit loan utk beli emas tu elok emas yg dibeli tu simp sj ke tunggu bebrp thn br jual

Reply

36 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2013 at 11:23 pm

Dua-dua elok. Terpulang kepada matlamat simpanan tuan. Kalau saya, saya prefer simpan je emas tu sebab saya tak kisah keuntungan tunai. Saya kumpul “gram” emas, bukan keuntungan “tunai”.

Reply

37 Anonymous June 25, 2013 at 2:16 pm

so cara tbaik elok simp je emas tu ke kalu x nak ambik risiko

Reply

38 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2013 at 11:25 pm

Kalau nak “peace of mind”, simpan je emas tu. Orang yang bermatlamatkan “gram” emas, dia tak terganggu emosi dengan turun naik harga emas. Harga naik rasa happy, turun pun happy juga… :)

Reply

39 Anonymous June 25, 2013 at 2:23 pm

kalu ikut prediction tuan bila harga naik bagi tahun 2013. sbb pada tahun ini blm ada lagi kenaikan harga yang begitu ketara

Reply

40 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2013 at 11:27 pm

Saya tak berani buat prediction, bahkan rakan-rakan yang pakar analisis pun tak berani buat prediction. Bila akan naik pun tak siapa tahu. Cuma secara umumnya, potensi kenaikan jauh lebih besar berbanding penurunan. Beli je emas kalau ada duit simpanan jangka panjang.

Reply

41 Anonymous June 25, 2013 at 4:20 pm

apa pandangan tuan mengenai pelaburan silver. sy bminat ingin mlabur tp modal thad..sy mula mlabur dgn mmbeli 10dirham.

Reply

42 Mohd Zulkifli Shafie June 25, 2013 at 11:33 pm

4 TIPS PANTAS TENTANG SILVER

(1) Harga silver lebih volatile (tak stabil)

Dari sudut pergerakan harga, bila emas naik, silver akan naik 2, 3 kali ganda lebih banyak daripada emas. Bila turun pun sama. Tahun 2010 – 2011, silver naik 100%. Masa tu ramai orang beli silver. Lepas tu dia jatuh balik 50%.

(2) Potensi lebih besar

Dari sudut potensi kenaikan, pakar precious metal meramalkan silver akan jadi “gold in future”. Maksudnya, peratusan kenaikan dia akan jauh menandingi emas. Ini disebabkan silver diperlukan untuk industri, sedangkan dah tak ada lombong silver, dan silver biasanya terbuang (dalam alat elektronik) tanpa di recycle sebagaimana emas sebab kosnya yang tak bebaloi.

Kedua, nisbah emas : silver sekarang ni sekitar 1 : 65. Satu Oz emas boleh beli 65 oz silver. Nisbah ini dijangka naik kepada 1 : 16 sebagaimana sebelum tahun 1980 dulu.

(3) Silver lebih rendah kecairan

Silver lebih rendah kecairan berbanding emas. Maksudnya, bila nak jual, tak banyak tempat sanggup beli silver kecuali pengeluarnya sendiri. Kalau emas, kita boleh jual di mana-mana kedai emas seluruh dunia pada bila-bila masa.

Silver tak boleh dipajak sebagaimana emas. Setakat ni, cuma Ar-Rahnu Koperasi Dagangan Emas (KDE) di Penang jer yang terima pajak silver, itu pun silver keluaran Public Gold sahaja.

(4) Penyimpanan lebih susah

Silver ni berat. Dari sudut penyimpanan agak susuh berbanding emas. Kalau sewa Safe Deposit Box, memang cepat la penuh box tu. Kena sewa Safe Box yang besar baru sesuai untuk simpan silver.

Dari sudut simpanan saya syorkan simpan emas dulu. Ada balance baru beli silver. Saya simpan 70% emas, 30% silver.

Wallahu a’lam.

Reply

43 hisham July 15, 2013 at 4:53 am

salam, encik. sy nak bertanya. lps sy baca artikel ini sy jadi tajut. kerana baru2 ni (bulan 7 2013) sy baru sahaja buat pelaburan emas di Serambi Emas. sy tahu Serambi Emas ni melalui akhbar Harian Metro. kemudia sy berhubung dgn org yg berkaitan, dan kami bjumpa di ar Rahnu. emas yg sy laburkn adlh rm14,588, emas jenis 24k. pekerja Serambi Emas tu hny mintak sy byr rm5000. apabila sy tny selebihnya siapa byr? katanya Serambi Emas bayarkan. Sy tak perlu bayar balik pun duit hampir 10k tu katanya. Sy sedikit musyhkil, bagaimana mereka berniaga, dari mana mereka mendapat untung dgn memberi pinjaman kpd pelabur2 emas seperti sy? atau adakah sy telah ditipu? dn yg terakhir sekali, sy ada bertanya kpdnya, blh ke sy ambil untung setiap hari, contohnye, andai hari ni harga naik rm1 utk 1gram, sy pungut untung dr ar rahnu, kemudian esk naik lg harga rm1 utk 1gram, kemudian sy ambil untung lagi utk hari tersebut, blh ke buat begitu, Jawapan pegawai Serambi Emas tersebut adlh boleh. Betulkah begini?? maaf encik sy baru lagi dalam bidang ini. mohon pencerahan.

Reply

44 Mohd Zulkifli Shafie July 15, 2013 at 5:21 am

Wslm En. Hisham,

1. Duit selebihnya tu di bayar dengan duit pajakan ar-rahnu i.e. emas yang En. Hisham beli tu dipajak.

2. Mereka mendapat keuntungan menjual emas volum lebih besar daripada modal sebenar pembeli. En. Hisham cuma keluarkan RM5,000 untuk beli emas RM15,000. Dan enjen dapat komisyen atas setiap orang yang direkrut. Saya nampak ada penipuan di situ kalau mereka tak terangkan perkara sebenar tentang proses sebenar pajakan & risiko ke atas pemajak.

3. Keuntungan setiap hari? Untuk makluman En. Hisham, kalau harga emas naik, kita boleh revalue emas tu dan dapatkan PINJAMAN TAMBAHAN, bukan keuntungan. Pertambahan pinjaman tu perlu dibayar balik, bukan wang percuma.

Wallahu a’lam.

Reply

45 efa July 15, 2013 at 12:37 pm

salam sy nk tanya skrg ni sesuai x sy pajakn emas sy untuk membiayai kos perubatan untuk mak sy..sy beli gelang tangan 2k+++…

Reply

46 Mohd Zulkifli Shafie July 15, 2013 at 6:16 pm

Wslm Pn. Efa,

Maksudnya duit tu nak digunakan untuk belanja hangus. Kalau puan dah tahu mana sumber dana untuk bayar balik pinjaman tu tak ada masalah untuk pajak. Tapi kalau tak pasti cara untuk langsaikan pinjaman, saya syorkan jual jer. Ia lebih peace of mind, insyaAllah.

Reply

47 hakim August 31, 2013 at 11:43 am

aslkm tn,

ada nasihat, kat mana nk jual rantai emas?
area kL,putrajaya? tq

Reply

48 Mohd Zulkifli Shafie September 1, 2013 at 9:37 am

Wslm En. Hakim,

Kalau nak dapat harga tertinggi, jual di mana tempat En. Hakim beli rantai emas tu. Kalau beli di kedai emas, jual balik kepada kedai emas.

Reply

49 Syed Omar July 22, 2013 at 2:26 pm

Adakah skim belian emas secara pajakan Ar Rahnu Serambi Emas boleh dipercayai dan menguntungkan? Add tak unsur penpuan dalam jual beli mereka?

TQ

Reply

50 Mohd Zulkifli Shafie July 22, 2013 at 4:18 pm

1. Skim begitu berisiko tinggi kalau harga emas tak naik dalam tempoh pajakan. Lebih teruk lagi kalau harga emas turun. Skim begitu terbukti memerangkap ramai pelabur ke dalam belengu hutang ar-rahu sejak tahun 2012. Terlalu ramai orang mengadu masalah hutang ar-rahnu gara-gara ‘terkena’ dengan skim Serambi Emas.

2. Kaedah jual beli Serambi Emas memang sah cuma saya nampak ada ketidakjujuran bila mempromosikan beli dengan pajakan ar-rahnu. Orang beli emas dapat emas, tapi pembeli Serambi Emas dapat surat pajak dan ‘sakit kepala’ bila harga emas turun.

Wallahu a’lam.

Reply

51 Syed Omar July 23, 2013 at 8:11 am

Terima kasih banyak atas nasihat yang diberikan. Moga Allah merahmati hidup saudara sekeluarga dan sentiasa dalam lindungaNya.

Reply

52 Mohd Zulkifli Shafie July 23, 2013 at 9:12 am

Alhamdulillah. Puji-pujian bagi Allah. Tq atas doanya. Moga Allah merahmati En Syed Omar.

Reply

53 Syed Omar July 23, 2013 at 2:13 pm

Terima kasih juga. Saya ada hadir taklimat Serambi Emas pasal kaedah mereka. Saya rasa ragu-ragu dan buat kiraan untung rugi dan penilitian pada tren harga emas sejak 10 tahun lalu. Untung nanti belum tentu dan terbeban nak bayar hutang pajakan dan upah simpan yang nampaknya tinggi. Syukor saya tak beli dgn mereka. Saya nampak PG lebih telus dan berhasrat beli emas dgn PG. Saya ada ke PG di Ampang dan diberitahu emas dibeli blh disimpan dgn mereka spy lebih selamat

Reply

54 Mohd Zulkifli Shafie July 23, 2013 at 7:42 pm

1. Alhamdulillah, moga Allah lindungi kekayaan kita dari ‘penipuan’.

2. Betul, Public Gold boleh simpankan dengan caj cuma 1% setahun. Kalau beli banyak, mungkin En. Syed boleh pertimbangkan sewa safe deposit box di bank atau syarikat swasta. Cajnya sekitar RM100 – RM500 setahun bergantung saiz box. Sewa box paling kecik pun ok. Itu lebih jimat berbanding simpan dengan Public Gold.

Reply

55 missnorm August 4, 2013 at 12:12 pm

salam en. zul. untuk makluman, saya pun telah terjebak dalam teknik pelaburan 70:30 pada tahun 2012. nilai pinjaman saya adalah lebih kurang RM13,000 di bank rakyat. kesilapan saya adalah memajak 2 utas rantai tangan 999 dengan 1 surat pjk shj. mohon pandangan daripada en. zul:

i) bagaimanakah caranya saya ingin menebus kembali brg tersebut tanpa perlu kerugian yang tinggi?
ii) kalau tidak boleh tebus pun, bagaimana cara saya nak dapatkan kembali modal 30% saya sebanyak RM5,000.00 tersebut?

terima kasih.

Reply

56 Mohd Zulkifli Shafie August 20, 2013 at 5:57 pm

Wslm Puan,

Terlalu banyak saya diajukan dengan permasaalahan ni.

1. Pertama sekali, puan kena terima puan telahpun kerugian besar sebab kaedah belian 70:30 memberikan impak samada (a) untung besar bila harga emas naik, atau (b) rugi besar kalau harga emas mendatar, apatah lagi kalau harga emas turun. Disebabkan harga emas bergerak mendatar sejak tahun 2012, ramai pelabur skim 70:30 terperangkap.

2. Untuk minimumkan kerugian;

PERTAMA sekali puan kena hentikan kerugian kos upah simpan / kos pajakan ar-rahnu iaitu dengan tebus secepat mungkin. Lagi lambat, lagi rugi sebab kos tu sentiasa bergerak. Puan boleh jual surat pajak atapun buat personal loan. Mungkin buat personal loan lebih baik memandangkan harga emas masih lagi rendah berbanding 6 – 12 bulan lepas.

KEDUA, mungkin boleh tukarkan emas tersebut kepada emas spread rendah. Public Gold sanggup terima trade in dengan harga tinggi, dan tukar kepada emas Public Gold yang spreadnya sekitar 5.0% – 6.0%. Saya syorkan pilih item yang spread paling rendah.

KETIGA, bayar personal loan macam biasa. Dan pegang emas tu selama yang mungkin. Kalau trade-in tu cukup RM20,000, puan automatik jadi dealer Public Gold. Kalau jadi dealer, manfaatkan posisi dealer untuk bantu orang lain simpan emas dan melabur emas cara yang betul.

Itulah yang saya nampak cara terbaik minimumkan kerugian, dan jana balik keutungan. Dah banyak saya study kes begini dan berbincang dengan otai-otai pelaburan emas, dan mereka pun setuju dengan kaedah ni.

Wallahu a’lam.

Reply

57 adi August 7, 2013 at 11:05 am

asalamualaikum..sy nk tnya harga yg kita akan bayk kpd ar rahnu balik ialah 60% dari marhun+upah simpan saja kan?

Reply

58 Mohd Zulkifli Shafie August 7, 2013 at 2:50 pm

Wslm En. Adi.

Kita kena bayar balik jumlah pinjaman yang diberikan ar-rahnu + upah simpan. Biasanya pinjaman diberikan 65% – 70% daripada nilai marhun.

Reply

59 adlil ahmad August 18, 2013 at 10:24 pm

Salam tuan, saya aa 1 soalan. Saya ada beli beberapa kpg dinar pg sebelum ini. Macamana sy nk guna teknik pajak untuk dapatkan keuntungan? Mohon penjelasan. Terima kasih.

Reply

60 Mohd Zulkifli Shafie August 19, 2013 at 5:29 am

Wslm En. Adlil,

Asasnya, tak ada teknik magic untuk dapat untung besar dengan pajakan ar-rahnu melainkan orang berniaga. Kalau sekadar melabur, emas tu boleh dipajak bila berlaku penurunan mendadak harga emas. Masa harga turun, pajak emas tu untuk beli lagi emas pada harga rendah. Bila harga naik melepasi spread (susut nilai) + kos upah + keuntungan, jual kesemua emas ditangan dan tebus emas di ar-rahnu. Itu jer.

Reply

61 md razif August 24, 2013 at 12:08 pm

Salam tuan, minta nasihat, skrg ni masih lg sesuai tak untuk bli emas cth public dinar memandangkn skrg harga emas dh naik sdikit2 berbanding bulan2 lepas… time harga bwh 600 1dinar nk bli xckup duit lg, ble dh cukup duit harga xsme rendah mcm tempoh hari, perlu ke bli juga atau tgu dlu lg just simpan duit…

Reply

62 Mohd Zulkifli Shafie August 25, 2013 at 8:56 am

Wslm En. Razif,

Harga emas dah mula naik berbanding bebarapa bulan lepas, tapi paras sekarang ni masih rendah berbanding 2 tahun lepas. Kalau beli untuk simpanan jangka panjang, beli jer sekarang sebab emas pasti bernilai dan mahal sepanjang zaman.

Reply

63 md razif August 26, 2013 at 6:30 am

ok terima kasih atas nasihat…

Reply

64 su August 29, 2013 at 11:49 pm

salam.

sya berminat membeli emas pajak.soalan saya, bagaimanakah perkiraan yg diambil untuk saya membeli surat pajak yg ditawarkan kepada saya? (ada yg dtg membawa surat pajak mereka kepada saya dgn meminta sedikit wang dn selebihnya menyerahkan saya surat pajak dan brg tebus itu mnjd milik sya) .tk

Reply

65 Mohd Zulkifli Shafie August 30, 2013 at 10:41 am

Wslm Pn. Su,

Jual beli surat pajak dibuat di cawangan ar-rahnu di mana emas tu dipajak. Buat appointment jumpa di ar-rahnu. Puan bagi duit dan pemilik tu akan tebus emas tu dengan duit puan dan serahkan emas tu pada puan. Puan tak boleh tebus emas bagi pihak pemilik emas, tetapi dia kena tebus sendiri.

Reply

66 mohd zulhelmi October 18, 2013 at 2:08 pm

Salam en zul.
Saya nak tanya..bukankah menjual surat pajak ibarat menjual hutang dan blh diklasifikasikan sng transaksi riba? Mohon pandangan.

Izinkan jg sy copy beberapa artikel dari web tuan.
Wallahu’alam

Reply

67 Mohd Zulkifli Shafie October 19, 2013 at 6:47 am

Wslm En. Zulhelmi,

Menjual surat pajak tu sebenarnya istilah yang digunakan untuk transaksi menjual emas yang masih ada dalam ar-rahnu. Bila emas tu tak dapat ditebus, pemilik akan cari pembeli yang sanggup beli emas tu. Bila ada pembeli, pemajak dan pembeli akan datang ke ar-rahnu untuk tebus emas tu. Selesai tebus (menggunakan duit pembeli sebahagiannya), maka emas tu akan diserahkan kepada pembeli.

Hakikatnya, ia jual beli emas, bukan surat. Kalau pembeli dapat surat pun, dia tak boleh tebus sendiri.

Wallahu a’lam.

Reply

68 nurasyikin September 4, 2013 at 5:06 pm

As salam,
sya bru nak bjinak2 mnyimpan emas ni..sya ingin minta pendapat..
1. yg mna bagus untuk simpan n mudah untuk djual bila2 terdesak..public gold ke uob gol maple leaf 1 oz..
2.adakah lebih baik beli dan simpan berat gram sikit2 tp byk dr beli yg berat trs mcm 1oz..
3.ada yg bagitau klu beli public gold ni nak jual blk kadang2 dealer x nak..betul ke.

Reply

69 Mohd Zulkifli Shafie September 4, 2013 at 5:57 pm

Wlsm Pn. Nurasyikin,

1. Public Gold. Senang beli, senang jual. Untung pun maksimum. UOB selalunya susah dapat stok, dan waktu urusniaga hanya waktu bank. Public Gold boleh urusniaga jual beli 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Boleh booking harga belian dan jualan secara online.

2. Saya suka beli yang beratnya kecil, tapi spread rendah. Kalau beli yang beratnya seketul, kalau jual pun seketul juga.

3. Betul. Bila nak jual balik, ada dealer yang tak nak beli. Mungkin sebab dia tak ada modal untuk beli balik. Kalau jual terus ke ofis Public Gold, confirm Public Gold beli. Tips penting, kalau dealer tak nak beli, buka website Public Gold, contact beberapa Master Dealer terdekat sebab biasanya Master Dealer ada modal & bisnes lebih besar. Kalau contact Normal Dealer, biasa mungkin dia tak beli balik.

Wallahu a’lam.

Reply

70 norisa September 5, 2013 at 12:21 pm

Urusan pajak emas ni memeningkan kepala. Lebih selamat kalau simpan emas untuk long term contoh untuk tujuan beli rumah, pendidikan anak bila dah capai umur 18 tahun atau persaraan. Sekarang ni loan PTPTN pun dapat minima dan mengikut bidang kursus. terkejut juga saya ada yang dapat dalam RM7K-8K setahun. Kepada yang ada anak-anak harap buat simpanan secara bulanan sejak anak2 kecil, selain simpanan emas cara lain melalui potongan gaji ke akaun SSPN-i (dapat pengecualian cukai) atau Tabung Haji. Harga emas walaupun ada turun tapi trend meningkat setiap tahun. Boleh lihat graf. http://www.macrotrends.net/1335/dollar-gold-and-oil-chart-last-ten-years

Reply

71 Mohd Zulkifli Shafie September 5, 2013 at 1:01 pm

Terima kasih Pn. Norisa atas perkongsian yang baik. Saya setuju pendapat dan cadangan puan.

Reply

72 Has September 9, 2013 at 3:48 pm

Assalamualaikum.. Saya nak Tanya pendapat.saya Ada Surat pajak gadai-I azZahab bank rakyat. . Tempoh tamat 14/12/13 nti.. nilai marhum Dlm 10 k. Berat 126.24 gm. Pelbagai bentuk emas.. Upah simpan bulanan rm 82. Saya perlukan wang segera. Pe yg perlu saya buat? Jual Surat pajak? Buat pengiraan semula n pajak Balik? Atau pe pendapat tuan? Terima kasih…

Reply

73 Mohd Zulkifli Shafie September 9, 2013 at 5:06 pm

Wslm Pn. Has,

Puan kena jual surat pajak tu. Kalau puan renew, puan akan menanggung beban kos upah simpan ar-rahnu. Puan boleh cari pembeli surat pajak di facebook Gold Lot Shop. Kalau dapat buyer, kena buat appointment jumpa di ar-rahnu di mana puan pajak emas tu.

Wallahu a’lam.

Reply

74 dian September 14, 2013 at 1:09 pm

Assalam ustaz

Saya nak bertanya,

Pd bulan 3 yg lepas saya ada membuat pajakan rantai leher di arrahnu,,tp bkn kwn saya yang menguruskannya..
Seperti yg dia katakan kepada saya..hrga pajakan pd masa itu ialah 1500
Tetapi saya hnya perlukan 1170 shj untuk melunaskan hutang saya

Skrg tiba bln keenam tetapi saya blum cukup wang untuk melunaskan rm1170 tersebut
Berapakah kos upah simpan yang perlu saya bayar..

Bolehkah saya bayar separuh dr harga tersebut

Terima kasih

Reply

75 Mohd Zulkifli Shafie September 15, 2013 at 8:10 pm

Wslm Pn. Dian,

Kos upah simpan tu akan dikenakan untuk tempoh 6 bulan. Caj upah simpan biasanya sekitar 1% daripada nilai emas tu i.e. 1% x RM1,500 sebulan. Bila habis tempoh pajakan sebagaimana dalam surat pajak, puan bayar kesemua pinjaman + caj upah simpan. Kalau tak mampu bayar pinjaman, bayar dulu caj upah simpan dan renew surat pajak. Untuk renew, ar-rahnu akan revalue emas mengikut harga semasa. Kalau harga sekarang lebih tinggi, ar-rahnu akan bagi perbezaan antara pinjaman lama dan pinjaman baru.

Wallahu a’lam.

Reply

76 Sha September 18, 2013 at 3:25 pm

Assalamualaikum tuan..
bolehkah sy copy n paste apa2 posting tuan didalam website ini utk dikongsi bersama rakan2 sy di FB @ blog sy dengan meletakkan link laman web tuan diakhir perkongsian?

Reply

77 Mohd Zulkifli Shafie September 18, 2013 at 4:58 pm

Wslm Puan Sha,

Silakan berkongsi artikel ni. Moga bermanfaat dan menjadi amal jariah saya dan puan juga, insyaAllah.

Reply

78 Sha September 19, 2013 at 12:05 am

Alhamdulillah.. Insyaallah.. Terima kasih tuan

Reply

79 Mohd Zulkifli Shafie September 19, 2013 at 12:27 pm

Alhamdulillah..

Reply

80 A October 2, 2013 at 3:24 pm

Salam Encik Zul,
Saya ingin bertanya berkenaan tips no 9 adakah nama pemajak ada dalam rkod CCRIS/BNM hanya apabila pemajak tidak dapat membayar semula gadaian atau apabila pemajak memajak emas rekod terus dimasukkan ke dalam system CCRIS/BNM tanpa mengambil kira dapat membayar pajakan atau pun tidak.
Terima kasih.

Reply

81 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2013 at 5:44 pm

Wslm tuan,

Bila buat pinjaman ar-rahnu, ia akan masuk dalam rekod CCRIS BNM. Kalau bayar tanpa masalah, rekod tu akan cantik. Senang untuk dapat pinjaman lain untuk masa akan datang, insyaAllah. Kalau sampai kena lelong emas tu, mungkin ia boleh menjejaskan pinjaman lain untuk masa akan datang.

Wallahu a’lam.

Reply

82 ina October 3, 2013 at 10:58 am

salam en. zul. Saya ade seutas rantai untuk dipajakkan buat modal perniagaan minta en.zul beri pendapat dimanakah saya harus buat pajakan tersebut memandangkan saya tiada pengalaman dalam bab ini..terima kasih

Reply

83 Mohd Zulkifli Shafie October 3, 2013 at 4:47 pm

Wslm Pn. Ina,

Kalau barang kemas, boleh pajak di mana-mana ar-rahnu. Ar-Rahnu Bank Rakyat, Ar-Rahnu Agrobank, Ar-Rahnu Pos Malaysia, Ar-Rahnu Express, Ar-Rahn PKB dsb. Puan Ina tinggal di mana?

Reply

84 ina October 4, 2013 at 9:16 am

saya tinggaL di taiping, perak

Reply

85 Mohd Zulkifli Shafie October 4, 2013 at 9:36 am

Ok.

Kalau di Taiping, Ar-Rahnu Exchange (Bank Rakyat) pun ada. Alamat dia; No.91 & 93, Jalan Tmn Kamunting Maju, Medan Saujana 34007 Taiping Perak.

Reply

86 ina October 4, 2013 at 1:24 pm

ok terima kasih

Reply

87 Au78 October 10, 2013 at 10:48 pm

Gadaian dArRahnu 2k lebih baik drPajak Gadai konvensional tetapi masih mahah jika dibanding dgn Islamik Personal loan! [PajakGadai 24%pa, ArRahn 12%pa, Personal loan 4-6%pa]. Islamik Personal loan ada takaful, khairat, duration : 1-10yrs= bayaran lebih rendah bulanan, tak perlu gadai dan tergadai, ] Pinjaman below 5K pun boleh! Fikir2kan, apa kata otai-otai pro…..

Reply

88 Mohd Zulkifli Shafie October 12, 2013 at 11:03 am

Untuk pinjaman jangka panjang, memang betul apa yang tuan Au78 kongsikan tu, tapi kalau untuk pinjaman jangka pendek dan sederhana, ar-rahnu jauh lebih untung walaupun rate dia nampak macam 12% setahun.

Contohnya, kalau buat personal loan dengan kadar 5% setahun, tempoh 10%. Nampak macam 5%, tapi hakikatnya, bank dah makan ‘caj keuntungan’ at least 50% daripada ansuran bulanan untuk tahun pertama. Pendek kata, 2, 3 tahun pertama, kita rugi bayar interest / caj keuntungan jer. Bila nak buat early full-settlement, bagi tertunggak nampak macam tak berkurangan lagi.

Itulah sebab bank ‘tak risau’ kalau kita nak settle awal. Bank dah kaut keuntungan awal-awal lagi.

Wallahu a’lam.

Reply

89 fadhli November 4, 2013 at 4:42 pm

Apa pendapat tuan tentang emas delay yang sedang kecoh sekarang ni?

Reply

90 Mohd Zulkifli Shafie November 4, 2013 at 5:21 pm

Buat masa ni, saya nampak skim tu mirip skim cepat miskin yang diserbu Bank Negara sebelum ni, cuma dengan modus operandi yang lebih bijak. Beli barang, lepas tu syarikat janji bagi pulangan bulanan yang sangat lumayan i.e. sekitar 5% – 6% sebulan atau 70% setahun! Skim Genneva yang BNM serbu tahun lepas pun tak boleh bagi sebanyak tu.

Saya agak ragu-ragu buat masa ni. Mengikut kira-kira saya setakat ni, ianya tak masuk akal, melainkan ianya adalah money-game.

Wallahu a’lam.

Reply

91 Has Dean November 11, 2013 at 1:57 pm

AsSalam. Saya ingin bertanya pendapat saudara berkenaan harga semasa emas. Adakah masa sekarang sesuai untuk memulakan pelaburan emas. Bagi saya yang tiada pengalaman dalam pelaburan emas adakah pembelian emas dinar atau bunga emas public adalah suatu langkah yang bijak atau ada pandangan lain. Terima kasih

Reply

92 Mohd Zulkifli Shafie November 11, 2013 at 4:23 pm

Wslm En Has Dean,

Harga emas skrg sangat rendah. Skrg ni 1 dinar sekitar rm585. Harga tertinggi dalam tempoh 6 bulan rm658. Harga terendah rm550. 1 dinar pernah cecah rm830 pada tahun 2011.

Untuk pilih item terbaik sesuai dengan bajet, saya syorkan contact saya 019-336 8009 (call/ sms/ wassap) atau boleh ikuti panduan di http://www.bit.ly/itemterbaik .

Reply

93 Has Dean November 11, 2013 at 2:00 pm

Sambungan persoalan pelaburan emas, bagaimana dengan pelaburan di Kuwait House of Finance Gold Account adakah berbaloi dan menguntungkan berbanding pelaburan secara fizikal. Terima kasih

Reply

94 Mohd Zulkifli Shafie November 16, 2013 at 4:33 am

En. Has Dean,

Kuwait Finance House (KFH) tu akaun emas + emas fizikal. Ia sama bagus dengan emas fizikal lain. Kelebihannya, simpanan di bank percuma. Kekurangannya, emas tu berseal (plastic cover). Kebanyakkan ar-rahnu akan potong plastik tu kalau kita nak dapatkan pinjaman bercagar. Kalau dah buka plastik, KFH tak terima balik emas tu dan kita terpaksa rugi susut nilai emas sekitar 25% bila jual dikedai emas sebab dia dikira used gold.

Wallahu a’lam.

Reply

95 Syuk November 12, 2013 at 1:14 pm

AsSalam,
Saya ingin bertanya, jika nama kita sudah ‘blacklisted’ dengan bank negara, boleh lagi ke kita pajak emas?

Reply

96 Mohd Zulkifli Shafie November 12, 2013 at 2:41 pm

Wslm En. Syuk,

Saya tak pasti, tapi saya rasa boleh sebab ini pinjaman bercagarkan emas. Kalau kita tak bayar balik pinjaman, ar-rahnu akan lelong jer emas tu untuk recover balik duit pinjaman.

Reply

97 yana December 2, 2013 at 11:39 am

salam,

semalam keluar berita di akhbar tentang ar rahnu serambi emas..jadi saya nk bertanya pendapat tuan tentang sistem ar rahnu di serambi emas

mohon pencerahan

Reply

98 Mohd Zulkifli Shafie December 2, 2013 at 3:54 pm

Wslm Pn. Yana,

Skim belian 70:30 yang sebagaimana yang ditawarkan Serambi Emas telah jerat ramai pelabur dengan hutang ar-rahnu sejak 2012. Kalau harga emas turun 10% jer, pembeli emas begitu akan rugi 100%! Skim begitu mungkin selamat kalau harga emas naik secara konsisten, tapi kalau harga emas tak naik, risiko rugi terlalu besar berbanding untungnya tak lah seberapa.

Saya syorkan elakkan beli emas cara macam tu. Kalau puan ada RM30,000, beli emas nilainya RM30,000 jer. Tak perlu beli RM100,000 yang mana RM70,000 lagi guna duit pinjaman ar-rahnu.

Wallahu a’lam.

Reply

99 Hakim December 19, 2013 at 1:11 am

Assalamualaikum, saya berminat untuk membeli emas dengan rm20k untuk menjadi dealer. Pada masa yang sama, saya juga berminat untuk memajak emas untuk membeli emas. Adakah ini berisiko? saya cuma inginkan keuntungan di samping menyimpan emas. adakah teknik yang dinyatakan di sini: (http://www.emasanda.com/Teknik%20ArRahnu%20-memaksimakan%20keuntungan%20dalam%20pelaburan%20emas.html) menjaminkan keuntungan?

Reply

100 Mohd Zulkifli Shafie December 19, 2013 at 5:51 am

Wslm En. Hakim,

1. Bagus tu belian RM20k sebab dapat manfaat sebagai dealer.

2. Saya dah go thru artikel yang En. Hakim maksudkan tu. Memang betul, tapi illustrasi yang ditunjukkan terlalu ideal iaitu harga emas naik 20% dalam tempoh hanya 6 bulan. Dalam tempoh 10 tahun, seingat saya cuma sekali jer harga emas naik sebanyak itu untuk tempoh 6 bulan iaitu dalam tahun 2008.

3. Teknik tu dipanggil Teknik Manipulasi Ar-Rahnu. Saya ada terangkan teknik tu yang praktikal mengikut realiti tahun 2012 – 2013. En. Hakim boleh baca di link http://www.bit.ly/manipulasiarrahnu. Nanti En. Hakim akan faham risiko sebenar teknik begitu dalam situasi pergerakan harga emas sekarang.

Wallahu a’lam.

Reply

101 Hakim December 21, 2013 at 1:59 am

Terima kasih En.Zul atas keterangan dan informasi anda. Saya sekarang lebih senang hati untuk membeli dan menyimpan, mungkin menjual sebahagiannya semasa harga emas tinggi.

Reply

102 Mohd Zulkifli Shafie December 21, 2013 at 8:00 am

It’s ok En. Hakim. Alhamdulillah…

Reply

103 Hakim December 21, 2013 at 11:55 pm

Lupa saya nak bertanya dengan tuan, untuk jadi dealer, wajib untuk pembelian m20k untuk sekali pembelian ataupun accumulate pembelian dengan PG ?

Reply

104 Mohd Zulkifli Shafie December 22, 2013 at 7:16 am

Kena beli RM20,000 dalam satu resit, atau beli RM50,000 secara terkumpul dalam tempoh 12 bulan.

Reply

105 Farra December 19, 2013 at 2:11 am

Salam. Saya ade beberapa kurang faham. Harap boleh jelaskan. Saya nak pajak beberapa brg kemas saya utk tujuan modal perniagaan. Ade yg syorkan buat pinjam bank tp saya suka utk cagar emas saya kerana emas itu emas saya. Jd, apa yg saya nak tahu jika katakan saya pinjam 4k, bila nanti nak buat pembayaran semula ada turun naik harga mcm mana nak kira tu? Dan bg pendapat tuan sesuai tak masa ini utk cagar emas. Harap sudi balas. Syukran.

Reply

106 Mohd Zulkifli Shafie December 19, 2013 at 5:59 am

Wslm Pn. Farra,

1. Pinjaman ar-rahnu tu kita kena bayar mengikut jumlah yang kita pinjam, bukan mengikut turun naik harga emas. Bila nak tebus, bayar jumlah pinjaman pokok + upah simpan (caj ar-rahnu).

2. Kalau puan nak pinjam untuk rolling bisnes tak ada masalah. Apa-apa harga sekalipun sesuai pajak sebab untung rugi perniagaan puan tak bergantung pada turun naik harga emas.

3. Kalau pinjam untuk teknik manipulasi ar-rahnu (www.bit.ly/manipulasiarrahnu), timing paling sesuai ialah bila harga emas jatuh mendadak supaya dapat beli lagi emas pada harga rendah menggunakan duit pinjaman ar-rahnu tu.

Wallahu a’lam.

Reply

107 maznah January 1, 2014 at 7:09 pm

salam. saya ada memajak emas di arrahnu bank rakyat. Masalahnya saya lupa dan terlepas tarikh luput pada 28/12/14. boleh tak kalau saya nak tebus esok 2/1/14.

Reply

108 Mohd Zulkifli Shafie January 1, 2014 at 8:12 pm

Wslm Pn. Maznah.

Boleh, tapi kena contact ar-rahnu tu cepat-cepat. Dia akan kenakan caj kelewatan tu.

Reply

109 shahidi January 24, 2014 at 3:15 am

Salam en zul, sy bru nk berjinak dlm pelaburan emas, sy ade rntai dan loket 916,adakah sy ptt cagar kn emas sy tu utk bli emas lg? Mksud sy, adkah sy akn mndpt keuntungan dgn cara ni? Dan ble mse yg ssuai utk sy cagar kn emas pertame sy tu dan dmna tmpt yg sesuai? Salam n tq en zul

Reply

110 Mohd Zulkifli Shafie January 24, 2014 at 8:09 am

Wslm En. Shahidi,

Saya syorkan simpan jer emas tu. Bila ada duit extra yang lain baru beli emas.

Reply

111 shahidi January 24, 2014 at 11:46 am

Emas perhiasan dgn emas syiling dinar, nilai nye sme atau berbeza?

Reply

112 Mohd Zulkifli Shafie January 24, 2014 at 2:44 pm

Harga per gram lebih kurang jer cuma emas pelaburan (dinar, gold bar) susut nilainya lebih rendah i.e. bawah 10%. Emas perhiasan susut nilainya sekitar 25% – 30%, kecuali emas perhiasan Public Gold cuma 15%. Maksudnya, emas pelaburan untungnya jauh lebih cepat & lebih banyak berbanding emas perhiasan.

Reply

113 khidir February 26, 2014 at 7:09 pm

salam tuan…saya betul berminat dalam perniagaan tapi saya tak tahu mcm mana cara yang betul untuk memulakan perniagaan..
setelah saya membaca artikel tuan nie saya mcm rasa satu aura yang lain,ini membuatkan saya betul2 ingin memcuba untuk mebuat bisnes..
saya telah add fb tuan harap tuan approved saya sebagai friend…

mcm mana cara untuk saya ceburkan diri dalam pelaburan emas ini?
blh tuan bagi tunjuk ajar sedikit pada saya..
saya harap tuan sudi memberi sedikit info yang berguna pada saya untuk saya mulakan bisnes ini untuk langkah yang pertama..

Reply

114 Mohd Zulkifli Shafie March 2, 2014 at 10:00 pm

Wslm En. Khidir,

Mudah-mudahan discussion kita di McD Damansara Damai hari tu dapat bagi sedikit pencerahan tentang emas dan bisnes emas. Kalau ada apa-apa persoalan, boleh contact saya bila-bila masa. InsyaAllah saya akan guide setakat apa yang saya tahu.

Reply

115 annissa March 18, 2014 at 9:49 am

tuan, sesuai tak sy gadai emas di ar-rahnu sebab sy nak buat bayar hutang ‘terscratch’ body kereta orang baru-baru ni

Reply

116 Mohd Zulkifli Shafie March 18, 2014 at 10:35 am

Kalau puan ada sumber duit lain untuk tebus emas tu, boleh pajak di ar-rahnu. Kalau tak, jual jer emas tu.

Reply

117 Faizah May 5, 2014 at 8:13 am

saya ada masalah hutang dan ingin memajak barang kemas seperti gelag dan cincin. Adakah nilai minimum untuk pajak.Seperti tuan kata di atas lebih baim jualkannye. Mane lebih untung, jual di kedai atau di ar rahnu.

Reply

118 Mohd Zulkifli Shafie May 5, 2014 at 4:08 pm

Puan Faizah,

Harga emas tu ditentukan orang ar-rahnu tu sendiri. Ar-Rahnu cuma bagi pinjaman jer. Ar-Rahnu tak beli emas. Kalau nak jual, jual ke kedai emas atau tempat di mana puan beli.

Reply

119 LUQMAN May 12, 2014 at 4:54 am

mohon izin..download 5 minit review…serta gunakan ilmu tuan yg disampaikan dlm blog/website ini

Reply

120 Mohd Zulkifli Shafie May 12, 2014 at 8:55 am

Silakan En. Luqman. Mudah-mudahan ianya bermanfaat. InsyaAllah.

Reply

121 wan keli May 28, 2014 at 10:36 pm

Salam tuan.. Saya ada 1kilo pamp utk dijual. Saya beli 1g=rm140. Dimanakah tmpt yg sesuai utk sy jual dgn harga yang tggi? Mohon pencerahan ya..

Reply

122 Mohd Zulkifli Shafie May 30, 2014 at 6:55 pm

Wslm En. Wan,

Saya tak pasti mana tempat sanggup beli paling tinggi. Tapi rule standard bila nak dapat harga teringgi ialah jual di tempat di mana kita beli. Penjual asal biasanya sanggup beli harga lebih tinggi.

Kalau nak jual, Public Gold sanggup beli. Dan saya pernah dapat feedback mengatakan Public Gold beli harga lebih tinggi berbanding kedai-kedai emas. Kalau En. Wan nak jual kepada Public Gold, boleh contact saya 019-336 8009 (wassap, sms, call). Nanti saya guide, insyaAllah.

Reply

123 Farah Shuhanna May 30, 2014 at 3:21 pm

Salam…

Saya nak tanye, adakah buat pajakan di Ar-Rahnu mengikut harga emas semasa.. bagaimana kalau saya nak buat pinjaman lebih dari nilai marhum emas tersebut?..

Reply

124 Mohd Zulkifli Shafie May 30, 2014 at 6:49 pm

Wslm Pn Farah,

Betul. Pajakan tu akan mengikut harga semasa.

Had pinjaman cuma 65% – 70% daripada nilai marhun (nilai semasa) emas tu. Tak boleh lebih. Kurang tak apa.

Reply

125 mama dania June 11, 2014 at 3:40 pm

Emm..baru nak lebur rm15k kat serambi emas minggu ni..nasib baik jumpa blog ni.

Reply

126 Mohd Zulkifli Shafie June 11, 2014 at 8:10 pm

Alhamdulillah..

Reply

127 mama dania June 11, 2014 at 3:41 pm

Kalo kita beli emas yg dilelong kat ar-rahnu ok x?

Reply

128 Mohd Zulkifli Shafie June 11, 2014 at 8:11 pm

Tak pasti ok ke tak. Puan kena bandingkan berapa harga yang kedai emas sanggup ambil. Baru boleh tahu berbaloi atau tak. Kalau beli untuk pakai atau jual kepada pembeli individu, mungkin berbaloi.

Reply

129 ummi September 29, 2014 at 8:01 pm

Assalamualaikum. Saya nak tanya
Rantai tangan saya bertatahkan berlian
Arrahnu terima ke x ya?
Begitu juga dgn cincin saya.
Nanti dorang kira macam mn ya?

Reply

130 Mohd Zulkifli Shafie September 29, 2014 at 8:22 pm

Wslm,

Ada ar-rahnu terima, dan banyak ar-rahnu tak terima. Puan kena cek dengan setiap ar-rahnu tu.

Reply

131 Muhammad Aswaja October 8, 2014 at 11:30 am

Assalammualaikum tuan…semoga sentiasa di dlm rahmat Azza wajalla…

alhamdulillah, setelah beberapa ketika sy fokus mbaca di website tuan, sy mula mdpt gambaran dan idea ttg pelaburan emas ini…terima kasih sy ucapkn pada tuan…

sy tidak pernah terfikir ttg emas dan yg seangkatan dgnnya, ttp dgn gerak Dia jua, sy tpanggil utk mcari info ttg emas…

satu soalan kpd tuan, pakcik sy mempunyai 2 keping emas pamp suisse 100g setiap satu, telah kehilangan surat beranaknya/sijilnya…jd, apakah status pamp itu tuan ? sy pasti, susut nilai telah berlaku cuma tiada info ttg adakah ar rahnu masih boleh menerimanya, dan adakah kita boleh mdptkn semula sijilnya itu ?

terima kasih tuan, semoga Allah jua yg mbalas jasa baik tuan…

Reply

132 Mohd Zulkifli Shafie October 8, 2014 at 6:10 pm

Wslm En. Aswaja,

1. Alhamdulillah, mudah-mudahan blog ni bermanfaat, insyaAllah.

2. Setakat apa yang saya tahu, emas Pamp Suisse yang kehilangan sijil hanya boleh dijual sebagai used gold dengan susut nilai sekitar 25%. Ar-Rahnu pun agak cerewet dengan emas Pamp Suisse. Bukan sahaja perlukan sijil, bahkan resit asal belian pun mereka nak kalau nak buat pajakan.

Wallahu a’lam.

Reply

133 hirnah November 3, 2014 at 7:48 pm

SaLAM…saya nak tanye berapa nilai emas yg perlu saye beli sekiranya saye ingin membuat pinjaman sebanyak 10000 di ar rahnu? maaf saye tak pernah beli emas,tapi bile saye bace artikel anda saye mule tertarik dengan emas…terima kasih^_^

Reply

134 Mohd Zulkifli Shafie November 3, 2014 at 9:57 pm

Wslm Pn. Hirnah,

Kalau belum beli emas, tak perlu beli kalau tujuannya nak masuk dalam ar-rahnu. Ar-rahnu tu HUTANG (yang perlu dibayar balik) untuk mereka yang dah sedia memilik emas.

Reply

135 nazir November 3, 2014 at 10:09 pm

assalamua’laikum,

ar rahnu pos atau bank rakyat terima x kalau nak gadai dinar PG?

tq.

Reply

136 Mohd Zulkifli Shafie November 3, 2014 at 10:23 pm

Wslm En. Nazir,

Ar-Rahnu Pos memang terima dinar Public Gold.

Reply

137 wieyah November 11, 2014 at 4:59 pm

Assalamualaikum.. Sya bru tbaca blog tn..
Brp minima brat emas y seswai utk pajak arrahnu??
Adakah btul pemahaman saya.. Pajak smsa hrga emas turun dan tebus seasa hrga emas naik? Kalau salah tlg betul kan saya..
Apakah pbezaan antra goldbar 999 dgn emas 916?
Mohon pcerahan..

Reply

138 Mohd Zulkifli Shafie November 11, 2014 at 7:17 pm

Wslm puan,

Puan nak pajak untuk apa?

Reply

139 Din November 12, 2014 at 3:40 pm

Banyak tersebar bar emas palsu sekarang ini.
Bar tungsten bersalut emas tulin.
Alat penimbang tidak dapat detect sebab ketumpatan
tungsten hampir menyerupai emas.
Hanya boleh dibuktikan sekiranya ‘bar emas’
tersebut digerudi atau dipatahkan.

Adakah PG dapat membuktikan ketulenan emas 999 nya
adalah betul solid gold atau tungsten bersalut emas semata.

Apakah terdapat banyak penipuan dalam jual beli emas
terutamanya emas yang ada seal? Pendapat saya mungkin
emas itu ada seal untuk mengaburi pembeli & disarankan
agar tidak membukanya kononnya akan jatuh nilai. Walhal
untuk mengelakkan pembeli dari menentukan ketulenan emas
tersebut.

Sekiranya saya menggerudi sedikit emas PG untuk memastikan
ketulenannya & memuaskan hati sendiri, adakah PG masih
mahu membelinya pada harga PG buy?

Reply

140 Mohd Zulkifli Shafie November 13, 2014 at 7:08 am

En. Din, nak gerudi macam mana pun tak kisah asalkan beratnya masih kekal, PG akan beli harga PG Buy. Kalau berat dah berkurangan, PG akan kira used gold. Sejak 2008, belum ada kes emas PG palsu. Wawasan PG terlalu jauh untuk buat penipuan-penipuan murahan begitu.

Reply

141 Din November 13, 2014 at 10:26 pm

Terima kasih atas feedback tuan.
Saya tidak bermaksud emas PG sebagai contoh.
Bagus ada company Malaysia yg betul2 ikut guideline berniaga.

Pamp Suisse bar terdapat contoh tungsten bersalut emas.
Sekadar mahu ingat mengingati.
Selamat melabur semua…

Reply

142 Mohd Zamri November 22, 2014 at 9:09 pm

Assalamualaikum tuan.

Sy berminat menjadi dealer PG. Kalau tuan sudi membimbing sy sgt2 bersyukur, Aamiinn

Reply

143 Mohd Zulkifli Shafie November 23, 2014 at 12:15 am

Wslm En. Zamri,

Bagus tu. Untuk jadi dealer, kena buat belian RM30k dalam satu belian. Bulan ni ada promosi, beli 150 gram (dalam RM20k) automatik jadi dealer. Saya memang guide dealer-dealer di bawah saya untuk jana pendapatan dengan Public Gold terutamanya melalui FB Support Group. InsyaAllah.

Reply

144 RABIATUL November 26, 2014 at 6:21 am

Assalam tuan,
Adakah berbaloi membuat pajakan arrahnu untuk melabur ke asb/tabung haji? Duit tersebut dibiarkan untuk pelaburan manakala di arrahnu sebahagian barang kemas dipajak dan setelah tamat tempoh pajakan, sebahagian yang lain dipajak untuk menebus pajakan pertama dan rolling begitu di arrahnu..perbezaan upah simpan dengan dividen pelaburan di asb/tbg haji adalah keuntungan yang diperoleh.
Jika tidak berbaloi, apakah idea tuan untuk menjana passive income dari barang kemas?
t.kasih

Reply

145 Mohd Zulkifli Shafie November 27, 2014 at 6:26 am

Wslm Pn. Rabiatul,

Bagi saya ianya tak berbaloi sebab caj ar-rahnu tu sangat mahal. Sekitar 14% setahun. Sedangkan dividen Tabung Haji cuma 6% – 8% sahaja.

Wallahu a’lam.

Reply

146 pn lina November 28, 2014 at 7:06 am

Assalamualaikum… saya peminat emas… mmg suka membeli barang kemas atau dinar pg kalau ada duit lebih dgn niat utk simpanan kpd anak… husband saya risau kerana saya simpan barang kemas dirumah..dia suggestkan saya buat pajakan atau simpan di arrahnu… dimana sekarang duit yang dapat akan sy gunakan sebagai modal utk beli jual emas…berbaloikah?…

Reply

147 Mohd Zulkifli Shafie November 28, 2014 at 8:04 am

Wslm Pn. Lina,

1. Saya syorkan sewa safe deposit box. Simpan emas dalam box tu. Ar-Rahnu cajnya sangat mahal.

2. Beli emas dengan duit simpanan lebih baik. Tak perlu guna duit pinjaman ar-rahnu.

Reply

148 Hafiz January 22, 2015 at 5:02 pm

Salam Tuan Zulkifli,

Saya difahamkan, ada antara emas2 yang berseal tidak diterima di arrahnu, termasuk emas dari public gold. Jika diterima pun, kena buka sealnya. Tapi ada juga saya terbaca ada emas public gold yang dipajak juga di arrahnu.

Soalan saya, adakah nilai yang dipajak ni mengikut nilai semasa (nilai marhun semasa) atau selepas ditolak susut nilai?

Adakah Public Gold ada keluarkan bar gold yang tidak berseal ?

Terima kasih

Reply

149 Mohd Zulkifli Shafie January 22, 2015 at 8:19 pm

Wslm En. Hafiz,

1. Emas Public Gold berseal diterima oleh kebanyakkan ar-rahnu di Malaysia, tapi syarat mereka kena buka seal untuk proses ujian ketulenan. Buat masa ni, hanya Ar-Rahnu Pos Malaysia sahaja yang terima emas Public Gold tanpa perlu buka seal.

2. Nilai pajakan mengikut harga emas semasa yang ditetapkan oleh ar-rahnu tu sendiri. Lain ar-rahnu, lain harganya. Susut nilai (i.e. spread) tak ada kena mengena dengan urusan pajakan. Ia hanya relevan bila nak jual emas tu.

3. Ada. Gold bar Bungamas dan Tai Fook series keluaran Public Gold memang tak berseal. Tapi mulai 1 April 2015, ia bakal dikenakan GST.

Wallahu a’lam.

Reply

150 haris April 3, 2015 at 8:06 pm

Assalamualaikum tuan
saya ingin bertanya ttb promosi utk kakitangan awam menjadi dealer PG, boleh tuan terangkan. Saya amat berminat .
1. antara dinar & bar gold mana lebih senang untuk di urusniaga?
2. bagaimana cara guna account GB.?
3. Sekiranya saya telah beli cth 10 bar, adakah ianya akan di beri dlm bentuk fizikal atau di masukkan terus ke account PG saya?
minta pencerahan.

Reply

151 Mohd Zulkifli Shafie April 5, 2015 at 6:59 am

Wslm En. Haris,

Bagi kakitangan awam, sekarang promosi beli RM5,000 melalui kaedah GAP, automatik jadi dealer. Masa buat belian tu, kena attach sekali kad pekerja kerajaan. Cara pembelian, boleh refer artikel saya di link http://www.mohdzulkifli.com/2014/09/mudahnya-simpan-emas-dengan-gap-public-gold.html .

1. Sama jer.
2. Cara guna akaun GAP? Boleh baca artikel saya tentang GAP di link yang saya bagi tu.
3. Akaun GAP tu boleh keluarkan fizikal. Bayar caj gold premium jer. Refer http://www.bit.ly/pggoldpremium

Kalau En. Haris ada apa2 persoalan, boleh wassap kepada saya 019-336 8009. InsyaAllah lebih cepat saya reply.

Reply

152 mahani August 10, 2015 at 10:26 pm

Salam..sy nak tnya..sy pernah pajak brg kemas di ar rahnu yapeim dan mak sy jadi waris..lain kali bila mak sy pula yg nak pajak brg kemas dan letak sy sbg waris boleh ke?

Reply

153 Mohd Zulkifli Shafie August 11, 2015 at 7:17 am

Wslm. Boleh je Pn. Mahani.

Reply

154 Hhhh September 3, 2015 at 6:01 pm

Sy bergaji 5k sebulan komitmen bulanan 3.5k… saving 26k dlm tabung haji…ada emas gelang 50g dan rantai leher 70g..sy memerlukan duit utk banyak urusan menjelang hujung tahun ini dan awal tahun depan..kos bersalin..roadtax dua kereta..anak masuk sekolah..yg manakah terbaik utk dibuat menurut tuan.
i.gadai rantai di alrahnu dn bayar bila matang dgn kos simpan
ii.guna duit tbg haji… dan simpanan menyusut
iii.simpan sikit demi sikit sehingga sampai masa duit diperlukan
terima kasih atas pandangan yg diberikan

Reply

155 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2017 at 8:01 am

Simpan sikit-sikit dari sekarang tu paling baik.

Reply

156 iza September 15, 2015 at 12:52 pm

salam tuan..
soalan 1)
2 bulan lepas saya ada buat pajakkan 5 jenis brg kemas (bk) dlm 1 resit di arrahnu bank rakyat utk beli bk lain. saya ada tanya utk buat satu resit setiap satu bk.. utk mudah saya tebus, tp pegawai tu kata boleh tebus satu².. mohon pencerahan.
soalan 2
selepas 2 bln saya pajak lagi bk yg baru utk beli bk lain.. jadi saya ada 2 surat pajak.. beli bk utk simpanan/pakai sendiri bukan utk jual.. adakah tindakan saya ni merugikan saya?
terima kasih, tuan.

Reply

157 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2017 at 8:03 am

Wslm Pn Iza,

1. Setiap ar-rahnu ada polisinya tersendiri. Ia mungkin berbeza dengan ar-rahnu yang lain.

2. Cara paling baik, simpan dulu baru beli. Tapi saya tahu, tak ramai yang boleh simpan duit dulu baru beli emas sebab risiko duit tu bocor sangat tinggi. Jadi kaedah pajak dan beli emas, kemudian bayar sikit-sikit mungkin bagus baru siapa yang susah simpan duit.

Reply

158 rita October 30, 2015 at 4:11 pm

Assalammualaikum tuan,
saya baru je ternampak iklan ar rahnu di pejabat pos.
soalan saya tuan, saya perlukan modal untuk buat bisnes kecil kecilan dulu..
memandangkan saya sayang untuk keluarkan simpanan asb saya,
saya rasa saya nak jual emas saya. saya tidak berniat untuk menebus kembali emas tersebut. yang penting saya perlukan tunai untuk memulakan bisnes.
apakah saya boleh menjual emas saya di ar rahnu ?atau ada tempat lain yang bole saya jual emas saya. harap tuan dapat membantu saya dan memberi nasihat.

sekian terima kasih
rita

Reply

159 Mohd Zulkifli Shafie October 30, 2015 at 10:15 pm

Wslm Pn. Rita,

Selalunya, tempat terbaik untuk jual emas tu ialah tempat di mana kita membelinya.

Reply

160 Anonymous March 27, 2016 at 12:17 am

Salam..sy nak tanya…kalau saya pajak emas di ar rahnu sekarang sesuai ke x? Sy perlukan duiy lebih kurang 5k…berapa jumlah yg sesuai perlu saya pajak?

Reply

161 Mohd Zulkifli Shafie March 27, 2016 at 8:32 am

Wslm.

Pajakan tak kisah bila-bila masa sekalipun, asalkan boleh bayar balik pinjaman tu.

Ar-Rahnu biasanya bagi margin pinjaman dalam 65% – 70% dari nilai emas semasa (mengikut harga mereka sendiri).

Reply

162 alya April 22, 2016 at 10:58 am

Salam. Nak tanya apa maksud encik jangan pajak emas berseal yer?? kurang faham disitu.

Reply

163 Mohd Zulkifli Shafie April 23, 2016 at 4:41 am

Wslm Pn. Alya,

Saya ada attachkan photo emas yang dibuka (dipotong / dikoyakkan) seal sebagai contoh.

Reply

164 Shafiq June 6, 2016 at 12:56 am

Salam tuan zulkifli,

Saya ingin bertanyakan sekiranya saya ada cash rm50k utk mmbuat rumah. Saya berniat membeli emas dan terus memajakkan di ar rahnu. Duit pajakan 70% saya gunakan untuk kos buat rumah dan saya buat bayaran upah pajak seperti biasa dan ambil balik emas sampai tempoh matang. Adakah idea yang berbaloi atau ada cara lebih baik? Terima kasih

Reply

165 Mohd Zulkifli Shafie June 6, 2016 at 4:49 am

Wslm En. Shafiq,

Tempoh pajakan cuma 12 bulan i.e. pinjaman jangka pendek. Kalau lebih, kena renew untuk sambung pajakan dan bergantung kepada nilai emas waktu tu. Dan kos pajakan sekitar 14% setahun. Pendek kata, kalau buat pinjaman perumahan jauh lebih berbaloi.

Wallahu a’lam.

Reply

166 Lin June 9, 2016 at 12:33 pm

Terima kasih atas info di atas, saya nak tanya sekiranya saya nak guna duit pajakan utk laburkan kemana mana investment short term, yg mana lebih menguntungkan?

Reply

167 Mohd Zulkifli Shafie June 9, 2016 at 4:56 pm

Puan kena kira kos pajakan dan potensi keuntungan pelaburan. Kalau potensi keuntungan lebih besar, ia bebaloi. Kalau lebih kecil, ia tak berbaloi. Kos pajakan biasanya sekitar 1.15% sebulan atau 14% setahun.

Reply

168 Liza June 10, 2016 at 11:50 am

Salam..en..saya nk tanya…saya ade memajak rantai leher di arrahnu yapeim dan tempoh gadaian akn tamat bbrapa hari lg..saya x ade ckp duit utk menebusnya..apakah cara yg terbaik utk saya samada sambung lg atau menjual surat pajak tersebut..nilai pinjaman lbh krg 5k..sy tggl di klang..saya nk jual surat tersebut pd siapa utk mengelakkan saya jd lebih rugi dan risiko kena tipu…tq

Reply

169 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2017 at 7:51 am

Wslm Pn. Liza,

Kalau betul tak mampu, lebih baik jual je surat pajak tu.

Reply

170 Rizal June 30, 2016 at 11:29 pm

Salam tuan zulkifli..
Sy nk tnye,sy perlukan cash utk blnje hangus n sy ade seutas rantai utk pajak kt ar rahnu.sy dh knlpasti sumber utk byr blik upah pinjam.sy keliru utk byr blik upah simpan tu.blh tuan trgkn?tempoh pajakn sy mgkin xsmpi dlm mse sebulan.upah pinjam tu kire mcm mne?

Reply

171 Mohd Zulkifli Shafie July 1, 2016 at 8:51 am

Wslm En. Rizal,

Upah simpan tu dikira atas nilai emas tu. En. Rizal tanya berapa harga emas semasa ar-rahnu tu, lepas tu darab dengan gram (berat emas tu) dan kadar upah simpan yang dikenakan.

Bawa je emas tu di ar-rahnu, nanti mereka akan kirakan. Kalau setuju baru pajak.

Reply

172 Azril [OneXOX Subdealer] July 12, 2016 at 8:18 pm

Assalamualaikum Tuan. Saya sering membaca Info dan kupasan2 menarik Tuan mengenai emas dan juga Takaful. Mmg bermanfaat. Saya nak tanya, Jika saya pajak Emas2 PowerGold Saya, Ar Rahnu meminta sata membuka seal. Dan misal kata saya tebus emas2 saya, dan kemudiann memajak semula (Jika ada keperluan) adakah emas2 saya tu akan diterima jika tidak berseal (seal hilang dan sebagainya)?

Terima Kaseh

Reply

173 Mohd Zulkifli Shafie July 17, 2016 at 7:56 am

Wslm En. Azril,

Saya rasa ar-rahnu masih terima kalau buka seal, cuma sijil ketulenan tu kena ada.

Reply

174 Cik N August 22, 2016 at 2:45 am

Bagaimana kalau saya mahu memajak berlian yg mempunyai GIA cert? Boleh ke dibuat di Ar Rahnu?

Reply

175 Mohd Zulkifli Shafie August 22, 2016 at 6:43 am

Boleh pajak di ar-rahnu yang terima pajakan berlian. Saya tak pasti mana ar-rahnu yang terima berlian.

Reply

176 Dak bab November 10, 2016 at 3:31 pm

Slm…sy ade pajak barang di ar rahnu…boleh tak kalau sy nak mintak puhak ar rahnu untuk jual barang sy????dan bagaimana proses tersebut..tq

Reply

177 Mohd Zulkifli Shafie November 13, 2016 at 7:37 am

Wslm,

Ar-rahnu tak jual emas kita, dia akan lelong kalau tak tebus.

Reply

178 Hayati December 8, 2016 at 10:56 pm

Assalamualaikum
Baru2 ni rumah saya kena pecah tp Alhamdulillah diorang x jumpa emas sy. Sy jadi risau. Skrg sy nk tau blh x sy simpan emas di bank tp bukan gadai. Ada tak minimum amaun utk simpan emas sbb x lah byk emas sy tu. Tak sampai 20k pun. Tq

Reply

179 Mohd Zulkifli Shafie December 13, 2016 at 7:51 am

Wslm Pn Hayati,

Kalau macam tu sewa safe deposit box samada di bank atau syarikat swasta.

Reply

180 Suryani January 18, 2017 at 8:28 pm

Assalamualaikum. ..
Nk tnye saya ade buat gadaIan dan tarikh sepatutnyer di ambil adalah pada 5/1/2017… ape patut saya buat? Hari ini 18/1/2017.? boleh saya dpt kan lgi x brng kemas saya tu?

Reply

181 Mohd Zulkifli Shafie February 24, 2017 at 7:39 am

Wslm Pn. Suryani,

Pasal hal gadaian, apa-apa kena hubungi pihak ar-rahnu tu segera.

Reply

182 Mohd Ramlan Bin Mahmud March 30, 2017 at 12:36 am

Assalaamuallaikum,

Pada pendapat tuan sebelum ini ada menyatakan adalah lebih baik beli dan simpan selama tempoh setahun dan barulah kita fikirkan tepat samada untuk jual atau pajak. Persoalannya adakah permulaan tempoh setahun bermula dari bulan Januari atau pertengahan tahun atau mana2 bulan atau ikut graf turun naik harga emas. Pandangan tuan iaitu gunakan duit yg tak pakai untuk saya yg baru nak mula insyaallah dgn purata 500 grm saya tak nafikan. Saya sendiri ingin nak jumpa dgn tuan dan berurusan terus dan secara kebetulan saya tinggal di Bdr.Baru Sg. Buloh. Terima Kasih

Reply

183 Mohd Zulkifli Shafie March 31, 2017 at 7:11 am

Wslm En. Ramlan,

Bukan bermaksud bermula bulan Januari.

Maksudnya kalau nak beli emas, guna duit at least yang tak digunakan untuk tempoh 1 tahun dari sekarang. Paling baik 2 – 3 tahun sebab harga emas confirm ada turun naik dalam jangka pendek.

Boleh jumpa, insyaAllah. En. Ramlan wassap saya 019-336 8009. Nanti kita set masa dan tempat yang sesuai.

Reply

184 fiza September 27, 2017 at 6:19 pm

as salam tn..
sy minta pndpt, sy ada beli emas bbrpe tahun lps ade la dlm 2k..
sy nk pajakkan emas tu untk mndptkan pinjaman buat rolling bisnes.. sy xingt surat yg sy beli emas tu dkt mna.. boleh lps ke agknya ye buat pajakkan tu?
lg 1, emas nk dipajakkan ni berunsur rantai gelang / leher je ke? cincin2, anting2 xboleh ke ??

Reply

185 Mohd Zulkifli Shafie September 28, 2017 at 1:12 am

Wslm Pn. Fiza,

Kebanyakkan ar-rahnu nak resit belian asal. Puan cek dengan Pos Ar-Rahnu samada mereka terima atau tak. Setakat ni Pos Ar-Rahnu paling mesra pemajak.

Reply

186 fiza October 2, 2017 at 12:28 am

oo, ok.. terima kasih..

Reply

187 Mohd Zulkifli Shafie October 2, 2017 at 11:49 am

Sama-sama Pn. Fiza.

Reply

Leave a Comment

{ 9 trackbacks }

Previous post:

Next post: