Refresh cinta.
Alhamdulillah, 1 Mac 2013 genaplah 10 tahun perkahwinan kami. Biasanya anniversary kami cuma keluar makan-makan dengan anak-anak jer. Tapi ulang tahun ke-10 ni kena special sikit.
2, 3 hari saya dok fikir apa nak buat... Last skali buat keputusan, tinggalkan anak-anak sekejap, ini waktu untuk kami suami isteri!
Cinta pun kena refresh. Biar mood cinta tu di hidupkan balik.
Sometimes, kehidupan suami isteri tu 'hambar' dek kehidupan sebagai ibu dan bapa. Suami biarkan isteri sibuk melayan anak-anak sampai terlupa, isteri adalah isteri yang perlu layanan seorang suami.
Isteri membiarkan suami layan anak-anak sampai terlupa, suami adalah suami yang perlukan layanan seorang isteri. Kita mempunyai kehidupan suami isteri yang perlu saling mencintai.
Tinggalkan Anak-anak Seketika
Sabtu, 2 Mac 2013 hari tu kami tinggalkan anak-anak sekejap, dan keluar 'ambil angin' berdua di Genting Highland. Tempat sejuk, suasana nyaman, dan Theme Park yang mengenakan harga patut. Saja nak feel balik perasaan santai berdua-duan macam 10 tahun lepas.
Pergi pagi balik petang. Itupun nak tinggalkan anak-anak rasa tak sampai hati... Tapi terpaksa lepaskan juga sekejap untuk bagi peluang kami berdua pulak.
Biasanya kalau pergi Genting, masing-masing sibuk melayan anak-anak. Dah 10 tahun kahwin, ini kali ke-3 kami 'makan angin' tanpa anak-anak.
First time dulu 'honey-moon' sebelum dapat anak pertama, kali kedua kami ke Singapore untuk urusan bisnes sambil 'makan angin'. Dan kali ini kali ke-3 sempena ulang tahun ke-10 perkahwinan.
Waktu Untuk Berdua-duaan
Penting spent masa khusus untuk berdua-duaan ni sebab rumah tangga boleh jadi hambar kalau tak refresh.
Dah lama berumahtangga, sampai dah hilang panggilan "Sayang" untuk isteri... Terlupa panggil "Abang" pada suami. Masing-masing guna istilah "Papa" dan "Mama". Suami panggil isteri "Mama", isteri panggil suami "Papa".
Mana tinggal "Abang", "Sayang", "Darling", dan "Honey" yang kita pernah panggil masa awal perkahwinan dulu?
Bila dah rasa hambar, mungkin masa tu datang mood suami nak kawin lagi tu. Isteri di rumah dia nampak sebagai "Mama", perempuan yang dia jumpa hari-hari di pejabat nampak "Darling"!
Lagi bahaya kalau isteri di rumah suka pakai selebet, tapi hari-hari dia jumpa perempuan di pejabat pakai wangi-wangi dan cantik-cantik! Padahal perempuan tu kalau balik rumah pun selebet juga! 😂
Mungkin sebab tu agama suruh isteri berhias dan berwangi-wangian depan suami.
Walaupun suri rumah, saya suruh isteri duduk rumah pakai kemas macam nak ke pejabat!
Tak perlulah berbaju kurung, tapi cukup pakaian tu 'smart' macam orang masuk pejabat tapi masih selesa untuk buat kerja rumah.
Selain suami lebih selesa tengok, mood dia pun akan jadi lebih baik. Akan datang "feel good" pada diri sendiri, insyaAllah.
5 Bahasa Kasih Sayang
Sempena anniversary hari tu, kami spent masa seharian di Genting Highlands.
Keluar berdua, bermain di Theme Park berdua, breakfast dan makan-makan berdua tanpa interruption anak-anak, bersembang dan bersantai berdua, dan menghidupkan balik memori lama kami berdua.
Ia saat yang sangat berharga bagi kami yang ada 6 anak kecik ni. Dan itulah masa untuk ingat balik memori lama; waktu kami mula berkenalan dulu, dan hari-hari indah di awal perkahwinan!
Semua memori tu perlu dihidupkan balik untuk refresh balik mood cinta suami isteri.
Selain selalu berdoa moga Allah merahmati perkahwinan, spent "quality time" berdua-duaan tu salah satu cara meluahkan rasa kepada orang yang kita sayang.
Itu apa yang saya baca dalam buku "The Five Love Languages" tulisan Gary Chapman;
- Quality Time
- Word of Affirmation
- Gifts
- Acts of Service
- Physical Touch.
Moga sedikit usaha ini mengukuhkan cinta suami isteri sampai ke Syurga, insyaAllah...
“...Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kami isteri-isteri dan zuriat keturunan kami yang menjadi penyejuk mata kami (melihatnya), dan jadikanlah kami imam (pemimpin) bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.”
Zulkifli
Damansara Damai
17 Mac 2013
5 Jamadil Awwal 1434
Artikel berkaitan:
- Azabnya Cinta Tanpa Percaya
- Berjuang atau Berjiwang?
- 3 Nikmat Membuatkan Saya Seronok Travel
- 5 Bahasa Cinta Suami Isteri
- Antara Dua Cinta...
- Hadiah Buat Papa Dan Mama...
- Promotelah Isteri Depan Anak-anak
- Anak-anak Perlu Bermain
- Ibu, Di Mana Nilai Kekayaan?
- Kasih Sayang Jangan Diswastakan
- Orang Kampung Kaya!
- Bercakaplah Dengan Nada Positif
As Salam, beruntung isteri saudara. Kakak dulu genap 10 tahun berumahtanga suami ceraikan. Walaupun kakak yg tuntut cerai, tapi berpunca kepada suami yg ada affair dgn perempuan lain. Dia memilih perempuan tu kerana kesenangan dan kemewahan. Kakak cuma kerja makan gaji tak setanding dengan perempuan tu yang merupakan usahawan yang pada ketika itu telah bersuami dan berumur lebih tua dari suami kakak. Jodoh kami tak panjang saya redha dengan ketentuan Ilahi. Pengajaran yang saya dapat sebagai isteri yang menyumbang dalam ekonomi rumahtangga, suami yang tidak mengenang budi isteri hanya jadikan isteri ‘jambatan sementara’. Walaupun gaji akak lebih dari suami ketika itu dan banyak membantu namun tak dihargai. Lepas cerai nafkah anak2 dia tak peduli kalau bagipun setahun 2 kali kut..tak sebagaimana arahan Mahkamah. Kalau dikira tunggakan memang dah puluhan ribu, tapi nak tuntut kakak malas nak gaduh lagi. Sekarang tanggunglah sendiri dengan anak2. Akak berharap wanita di luar sana mendapat suami yang soleh dan bertanggung jawab. Akak amat gembira mengenali insan yang mulia smada lelaki atau wanita yang setia dan bertanggungjawab sebagai seorang isteri atau suami. Sedih bila lihat keluarga Islam berpecah belah terutamanya di sebabkan suami yang sepatutnya menjadi ketua keluarga, tapi tidak menjalankan amanah dan tanggungjawab sebagai suami dan bapa. Saya doakan saudara Zul berbahagia bersama isteri serta keluarga, dan berharap lebih ramai lagi lelaki Melayu mencontohi saudara.
Sekian, sekadar perkongsian.
Wslm Kak,
Saya simpati dengan ujian Allah pada akak, tapi saya yakin, ujian tu sebagai tanda kasih sayang Allah pada akak. Pasti ada hikmah kebaikan yang Dia nak berikan pada akak.
Terima kasih atas perkongsian pengalaman hidup akak. Saya jadikan iktibar untuk saya. Dan terima kasih atas doanya, moga Allah merahmati dan mengurniakan kebahagian dalam hidup akak. Amiin Ya Allah…
Terima kasih, amin.
ahaha… ai likeee. semoga diberkati Alah tuan zul sekeluarga aminn…
Alhamdulillah… Terima kasih En Shah atas doa tersebut. Moga Allah merahmati En Shah sekeluarga. Amiin..m
insya Allah semoga Tuan Zul dan isteri anak2 dan keluarga kekal bahagia sampai bila-bila.. Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke-10 dan selamat bercinta sampai syurga.. Insya Allah..
Terima kasih Tuan. Moga Allah merahmati tuan dan dikurniakan keluarga yang bahagia hingga ke Syurga. Amiin ya Allah.
SAlam tuan. Agree..bila anak2 ramai biasanya sambut dgn anak2 je. Kdg2 mmg plan nak berdua dgn suami jek, tp last2 mesti bawa semua sekali.Anyway, bahagia je dgn anak2.Mungkin utk yang ke 10 nanti (this Sept insyallah) kena plan refresh cinta mcm en zul.Hepi anniv to both of u.
Wslm puan,
Terima kasih. Moga Allah kurniakan kebahagiaan puan sekeluarga, diberi hasanah dunia dan akhirat, amiin ya Allah.
abang n kakak.. tahniah!
semoga berbahagia selalu bersama anak2 tersayang..
Terima kasih Haiza. Moga Allah merahmati Haiza sekeluarga, diberi hasanah dunia dan akhirat.. Amiin ya Allah.