Layan sahaja. Saya pun tak tahu cerita apa isteri saya nak tengok.
Bila dia ajak keluar untuk ke pagawam, saya ikut sahaja.
Salah satu cara menunjukkan rasa cinta ialah ruangkan waktu berkualiti dengan orang yang kita sayangi.
Itu tip yang saya belajar dari buku "The 5 Love Languages" (5 bahasa cinta).
More...
Lambat Tangkap
Saya ni jenis lambat tangkap bila tengok movie. Dan saya memang tak minat tengok movie sorang-sorang, kecuali ada isteri di sebelah saya.
Bila saya tak faham jalan cerita, saya akan tanya dia.
Kadang-kadang dia rasa terganggu bila saya asyik tanya je... Nak kena explain kepada orang yang lambat tangkap ni...
Sejak dewasa ni, hanya satu ketika je saya rasa tak sabar-sabar layan movie.
Iaitu ketika 2 tahun terpenjara...
Waktu Paling Best
Asyik tengok palang besi, dinding dan scene yang membuatkan otak rasa serabut dalam penjara.
Jadi bila layan movie (seminggu sekali) sekurang-kurangnya dapat tengok dunia luar...
Rasa macam bebas sekejap...
Habis sahaja movie, terus masuk ke penjara balik!...
Walaupun kurang minat layan movie, tapi kalau isteri ajak ke pagawam, saya rasa bersemangat untuk pergi. Bukan sebab nak tengok movie, tapi nak layan minat dia...
Ruangkan waktu bersama sebenarnya salah satu cara menunjukkan rasa cinta.
Tiada Ilmu Rumahtangga
Banyak pasang suami isteri bermasalah bukan sebab tidak saling mencintai, tapi masing-masing tak pandai tunjukkan rasa cinta kepada pasangan masing-masing.
Sudahlah masing-masing sibuk dalam dunia sendiri. Ditambah pula tak ada ilmu...
Walaupun duduk bersama, tapi hidup dalam dunia berbeza.
Bila usia perkahwinan makin matang, dan saya mula membaca buku-buku tentang kekeluargaan, barulah saya sedar banyak perkara yang saya terlepas pandang tentang rumahtangga kami.
Sekadar menghalalkan hubungan dengan orang yang kita cintai belum cukup bukti yang kita cintakan pasangan kita.
Bahkan itu hanyalah permulaan kepada perjuangan yang lebih panjang.
5 Bahasa Cinta
Ringkasnya diceritakan di dalam buku "The 5 Love Languages" ini, lima cara kita patut luahkan bukti cinta kepada pasangan kita, iaitu:
- Word of Affirmation - kata-kata penghargaan dan menyenangkan hati; lazimkan ucapan terima kasih, memberi pujian kepada pasangan setiap kali mereka berbuat baik kepada kita, walaupun sekecil-kecil kebaikan, dan meminta maaf walaupun tak bersalah. Ingat 3 magic words dalam rumahtangga iaitu, "I love you", "Thank you", dan "I am sorry".
- Quality time - ruangkan waktu berkualiti bersama; makan bersama, ibadah bersama, buat majlis ta'lim bersama, riadah dan aktiviti bersama.
- Receiving gifts - memberi hadiah. Ia bukan tentang harga mahal atau murah, tapi sebagai tanda ingat dan meraikan dia. Antara hadiah yang paling disukai oleh wanita ialah bunga. Beli dan berikan bunga kepada isteri walaupun pada logik seorang lelaki, bunga tersebut akan layu dan kering, tapi pengalaman saya, wanita memang sukakan bunga!
- Acts of service - bantu isteri di rumah, dan ringankan kerja-kerja isteri di rumah. Basuh pinggan mangkuk, bantu kemaskan rumah, bantu jaga anak-anak, tolong buatkan susu anak tengah-tengah malam, itulah salah satu cara penting untuk luahkan rasa cinta kepada isteri.
- Physical touch - sentuhan fizikal; peluk, cium dan belai isteri dengan cara paling baik. Peluk isteri setiap hari (walaupun bukan ketika waktu 'bersama'), dan peluk dia ketika dia sedang kesedihan. Kalau dia sakit kaki, sakit badan atau sakit kepala, pergi ambil minyak angin dan tolong picit badan dia walaupun kita tak pandai mengurut. Sakit dia akan sembuh tanpa perlu makan ubat atau bawa ke klinik!
Mudah-mudahan tip ringkas ni bermanfaat untuk sama-sama kita amalkan dan mengukuhkan rumahtangga masing-masing, insyaAllah.
Allahu a'lam.
Bagaimana