Banyak yang fikir, tak dapat menyimpan sebab duit gaji tak cukup. Padahal yang gaji besar pun sama tak ada simpanan juga.
Berdasarkan pengalaman saya mendidik masyarakat tentang kewangan sejak 2008 lagi, saya boleh katakan punca sebenarnya bukan gaji tak cukup, tapi tak ada ilmu.
Bila tak ada ilmu, dia sentiasa tunggu ada duit lebih baru nak menyimpan. Ini salah. Sebab sampai bila-bila pun tak ada duit lebih.
Lagi besar pendapatan, lagi besar keinginan untuk berbelanja...
More...
Bila menyimpan, dia simpan dalam akaun bank yang mudah dia korek balik. Ini pun salah.
Duit simpanan, lagi kita ingat, lagi cepat duit tu habis!
Simpan Dulu, Baru Berbelanja
Untuk selesaikan masalah tak boleh menyimpan, PERTAMA belajar ilmu tentang kewangan dengan cara baca buku atau hadiri seminar.
Buku tulisan saya bertajuk "Misi Bebas Hutang" dan "Wang Emas" antara buku yang sangat baik untuk bermula. Bacaan ringan dan santai, tapi sangat berkesan, insyaAllah.
KEDUA amalkan prinsip "simpan dulu, berbelanja selebihnya".
Bila dapat gaji, potong dulu sebahagian untuk simpanan. Sekurang-kurangnya 10% daripada pendapatan.
Menyimpan ni kena paksa. Selagi tak paksa, sampai bila-bila pun kita tak akan ada duit lebih.
KETIGA, ubah cara menyimpan. Belajar simpan emas pulak...
Ubah Cara Menyimpan
Bila sudah kenal emas nanti, mesti ada saja duit untuk beli emas. Sebab cara fikir sudah berubah. Tak macam dulu...
Dulu bila ada duit saja, otak kita mula ligat nak berbelanja. Tapi bila faham tentang emas, kita akan asyik fikir nak tambah lagi koleksi simpanan emas yang kita ada. Lagi dan lagi...
Itu pengalaman biasa penyimpan emas yang berilmu...
Emas ada auranya tersendiri. Kena mula simpan dulu, nanti baru akan faham. InsyaAllah.
Sekarang, kita boleh mula simpan emas dengan bajet serendah RM100 melalui Akaun Emas GAP.
Itu cara simpan emas fizikal paling mudah dan paling murah di Malaysia.
Zulkifli
Cyberjaya
28 Disember 2022
4 Jamadil Akhir 1444H
“Kekayaan bukan tentang berapa besar gaji, tapi berapa banyak simpanan. Gaji besar tapi tak ada simpanan, sama macam yang gaji kecil tak ada simpanan. Masing-masing sedang penat berlari di tempat yang sama.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 17 Januari 2023