Dua buku bestseller ni bukan ditulis oleh sifu kewangan. Tapi dari seorang yang pernah hidup sebagai miskin bandar.
Gaji kecil, isteri suri rumah yang tiada pendapatan, anak berderet - 8 orang. Income cuma satu, bekerja level eksekutif rendah, tapi tanggungannya ramai...
Jangan kata ada duit lebih nak menabung, setiap kali buat kira-kira, duit gaji dia tak pernah cukup untuk cover kos sara hidup sekeluarga bulan-bulan.
More...
Miskin tapi bercita-cita besar
Walaupun begitu, dia ada cita-cita besar.
Dia bukan sahaja nak keluar dari kemiskinan, tapi dia nak bina kekayaan sampai dia tak bekerja pun dia ada duit.
Cita-cita besar dia tu akhirnya tercapai pada akhir 2013; selepas 11 tahun kerja keras dalam keadaan hidup sebagai miskin bandar. Alhamdulillah...
Jadi ilmu yang ditulis dari kedua-dua buku ni bukanlah ilmu yang di copy paste dari buku-buku atau seminar kewangan.
Tapi cerita dan pengalaman beliau sendiri, sebagai rakyat marhaen untuk rakyat marhaen yang punyai cita-cita yang sama.
Ini buku cerita, bukan buku teks kewangan.
Penulis buku tak jual buku
Ini bacaan ringan bagi siapa yang nak tingkatkan tahap kewangan, cukupkan jumlah tabungan dan bebas hutang. InsyaAllah.
Dapatkan terus dari mana-mana kedai buku MPH, Popular, Kinokuniya, SMO atau mana-mana kedai online.
Owh ya... Penulis ni tak jual buku-buku yang dia tulis.
Dia tulis bukan sebab dia nak jual buku, tapi nak share ilmu dan pengalaman hidup dia, mudah-mudahan ilmu beliau dapat mengubah hidup orang lain juga. InsyaAllah...
Lagi satu, bagi siapa yang belum tahu, ini buku kewangan paling murah di pasaran.
Sebabnya, ketika tengah bergelut dengan masalah kewangan, penulisnya pernah lalui pengalaman tak ada duit nak beli buku.
Pernah tak ada duit beli buku
Dia baca buku free je di kedai-kedai buku. Bila kedai buku nak tutup baru dia balik.
Semangat dia nak cari ilmu, pernah ketika dia tiap-tiap hari pergi kedai buku MPH Mid Valley lepas balik kerja (semata-mata nak membaca) sampailah kedai tu tutup.
Walaupun dia miskin, tapi dia pergi belajar dari orang kaya-kaya dengan cara baca buku yang ditulis oleh orang yang proven kaya.
Itulah kisahnya kenapa buku tulisan dia harganya murah...
Harapan penulis, mudah-mudahan buku yang harganya mampu milik ni dapat bantu mengubahkan tahap kewangan rakyat marhaen yang serius nak ubah kehidupan. InsyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya
28 Mac 2024
17 Ramadhan 1445H
“Tanpa ilmu, duit yang banyak pun akan habis. Dengan ilmu, duit yang banyak akan datang. Bahkan duit yang ada akan berkembang. InsyaAllah...” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Mei 2024
“5 - 10 tahun akan datang, kita masih diri kita yang sama dengan tahap kehidupan yang sama, kecuali apa buku yang kita baca, dengan siapa kita berkawan rapat, dan apa impian hidup kita hari ni. Nak ubah masa depan, ubahlah 3 perkara tersebut hari ini.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 9 Jun 2024