MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Perkataan Yang Dilazimi, Itulah Perkataan Akhir Saat Kita Mati

March 27, 2024

Perkataan akhir keluar dari mulut di akhir hayat nanti, perkataan yang biasa kita lazimi setiap hari. Kalau lazimi perkataan baik, perkataan terakhir pun akan baik. Kalau lazimi perkataan buruk, maka buruklah pengakhirannya...

Itu peringatan saya untuk anak-anak dalam tazkirah subuh pagi tu. 

More...

Selain saya tunjukkan berita kes dipenjarakan gara-gara komen di medsos, saya bacakan ayat Al-Quran dan hadis Nabi s.a.w. bab Menjaga Lisan dari Kitab Riyadhus Solihin. 

Dengar peringatan langsung dari Tuhan dan dari Nabi s.a.w dalam hal menjaga lisan.

Pesan Nabi s.a.w jaga percakapan

Nabi suruh kita bercakap baik, atau diam sahaja. - Hadis no. 1511

Nabi ingatkan kita, Muslim yang baik ialah Muslim yang orang lain selamat dari gangguan lidah dan tangannya - Hadis no. 1512

Dan Nabi ingatkan, kalau kita jamin dapat jaga lidah dan kemaluan dengan baik, Nabi jamin Syurga untuk kita! - Hadis no. 1513

Besarnya kesan lidah samada untuk kehidupan dunia dan akhirat kita.

Perhatikanlah perkataan yang selalu keluar dari mulut kita. Yang mana tak baik, perbetulkan segera.

Lazimi perkataan yang baik

Yang sampai terlepas cakap, terlajak komen, ia bukanlah insiden yang sekali sekala. Tapi itu kelaziman kita yang sudah sekian lama, yang susah diubah bila dah terbiasa. 

Jadi lazimilah perkataan yang baik-baik. Mudah-mudahan Tuhan datangkan banyak kebajikan dalam hidup kita.

Mudah-mudahan perkataan terakhir keluar di mulut ketika akhir hayat nanti ialah perkataan yang baik-baik, dan Tuhan tempatkan kita di tempat yang baik di Syurga nanti...

 Amiin ya Rabbal Alamiin...

Zulkifli
Cyberjaya
27 Mac 2024
16 Ramadhan 1445H

#IslahDiri #JagaLidah

Abu Hurairah (Semoga Allah meredhainya) melaporkan: Nabi (ﷺ) bersabda, 

"Siapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam."

(HR Bukhari no. 6018) (HR Muslim no. 47) [Riyadhus Solihin no. 1511]

Abu Musa Al-Ash'ari (Semoga Allah meredhainya) melaporkan: Saya bertanya kepada Rasulullah (ﷺ):

"Siapakah yang paling mulia di kalangan Muslim?" Baginda bersabda, "(Dia adalah) orang Islam selamat daripada (gangguan) lisannya dan tangannya."

(HR Bukhari no. 11) (HR Muslim no. 42) [Riyadhus Solihin no. 1512]

Sahl bin Sa'd (Semoga Allah meredhai dia) melaporkan: Rasulullah (ﷺ) bersabda,

"Sesiapa memberikan jaminan kepadaku untuk menjaga apa yang di antara rahangnya (lidahnya) dan apa yang di antara kakinya (kemaluannya), aku akan menjamin Syurga baginya."

(HR Bukhari no. 6474) [Riyadhus Solihin no. 1513]

“Lori sampah bila eksiden, yang keluar hanyalah sampah. Begitulah ibaratnya siapa melazimi perkataan buruk. Dibimbangi di akhir hayatnya juga berakhir dengan perkataan buruk juga. Perbaikilah diri dan lazimilah berkata baik. Mudah-mudahan hayat kita juga berakhir dengan perkataan yang baik-baik. InsyaAllah.”

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>