MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Jangan Cakap Flight Delay, Tapi Retime!

August 29, 2023

"Encik, maaf ya. Flight delay ke 4.50 petang (dari 2.50 tengah hari)..."

"Owh... Itu bukan delay... Itu retime jer...", balas saya kepada staff AirAsia.

Haha... Kami sama-sama gelak. Saya dan team yang sedang tunggu flight dari Kuching ke KLIA lepas habis program 3 hari 2 malam di sana.

Saya sengaja ubah perkataan "delay" tu kepada "re-time" sebab kesan emosinya berbeza. 

More...

Perkataan baik, emosi akan baik

"Delay" maksudnya "lewat". "Re-time" maksudnya diubah waktunya. Walaupun dua-dua tu hakikatnya sama sahaja, tapi kesan emosinya tak sama.

Yang pertama membuatkan kita rasa kecewa. Tapi yang lagi satu membuatkan kita rasa tak ada apa-apa. Itu perkara biasa. Kita fikir, cuma tukar waktu sahaja. Bukannya lambat!

Untuk bahagia dan berjaya, dua perkara penting yang kita kena jaga pada diri kita.

Pertama ialah apa yang kita fikir (mindset). Itu aset terbesar pada diri kita. Fikiran kita akan mencorakkan kehidupan kita.

Dan yang kedua ialah emosi kita. Kita cenderung ambil sesuatu tindakan dengan emosi, kemudian kita justifikasikannya dengan logik. Jadi pentingnya pastikan emosi kita sentiasa dalam keadaan baik dan positif.

Perkataan kita dapat ubah fikiran kita

Berita baiknya, mulut kita boleh beri kesan besar tentang apa yang kita fikir (mindset) dan apa yang kita rasa (emosi). Pilih perkataan yang baik, kesan pada emosi dan fikiran juga akan baik, insyaAllah.

Kalau cakap "delay", apa yang tergambar dalam fikiran ialah jadual kita terganggu, dan ia akan memenatkan.

Penat nak kena tunggu lagi 2 jam di airport. Dan tentunya ia sungguh mengecewakan! Mood kita akan kurang baik.

Tapi samada mood baik atau tak baik, kita tetap kena hadap juga lagi 2 jam masa menunggu di airport.

Tukar kekecewaan jadi peluang

Sebaliknya, kalau cakap "retime" (ubah waktu), kita akan susun semula jadual waktu kita. Kita ada 2 jam tambahan untuk buat sesuatu yang bermanfaat sementara tunggu waktu berlepas.

Waktu tambahan 2 jam tu kita nampak sebagai peluang, bukan kekecewaan!

Memang betul. Selama 2 jam waktu tambahan kami di airport Kuching, kami ambil peluang untuk brainstorming dan bertukar-tukar ilmu tentang bisnes. 2 jam waktu berlalu sampai tak terasa, bahkan rasa macam tak cukup! Alhamdulillah.

Itulah yang orang berjaya sentiasa praktis dalam hidup mereka.

Tukar perkataan-perkataan yang berikan kesan emosi yang negatif kepada yang positif. Dan tukar perkataan daripada fikir kita adalah menjadi mangsa keadaan kepada orang yang mengubah keadaan.

Lihat masalah sebagai cabaran

Orang berjaya tak sebut masalah sebagai "masalah". Sebaliknya mereka sebut sebagai "cabaran" ataupun "peluang".

Mereka tak sebut bisnes mereka tengah "stuck", "sendu", ataupun "down"... Tapi mereka cakap "ada progress", "progress tak berapa laju", "tengah growing" ataupun perkataan seumpamanya...

Walaupun keadaan tak memihak kepada mereka, mereka tak akan menjatuhkan lagi emosi dan fikiran mereka dengan sebut pekataan-perkataan yang tak baik. Supaya tak rugi kali kedua!

Rugi bisnes tak berapa bagus. Dan rugi emosi dan fikiran pula down!

Bukan bising, tapi meriah!

Tadi waktu balik jemput anak sulong saya balik dari MMU Cyberjaya, Aisyah sibuk bercerita kepada saya pasal pengalaman dia di kampus. Tapi 3  orang adik dia yang ikut sekali bising masa dengan tengah bercakap dalam kereta.

"Ish... bisinglah... Aisyah nak cakap dengan Papa ni!" katanya.

Saya balas, bukan "bising" Aisyah, tapi "meriah"... Meriah adik-adik dia bercakap dalam kereta sampai tenggelam suara dia nak bercakap dengan saya... Haha...

Kesannya, dia tak rasa adik-adik dia tu mengganggu dia bercakap... Rasa macam happening jer sepanjang dalam kereta! Alhamdulillah...

Cakap baik, dapat yang baik-baik

Itulah bukti perkataan tu 'berkuasa'. Ia berkuasa menaikkan, ataupun menjatuh kita serta orang sekeliling kita.

Maka biasakan diri bercakap yang baik-baik, dan gunakan perkataan yang baik-baik. Mudah-mudahan Allah datangkan banyak kebaikan dalam hidup kita asbab percakapan dan perkataan baik yang kita lafazkan itu. InsyaAllah...

Zulkifli
Cyberjaya
29 Ogos 2023
12 Safar 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>