Ada orang nampak dunia jadi semakin baik. Tapi banyak orang yang rasa dunia makin teruk. Lebih teruk berbanding dulu katanya.
Sebenarnya, bagaimana kita melihat dunia, ia bergantung apa yang ada dalam fikiran kita.
Kalau fikiran kita penuh dengan perkara yang baik dan indah, maka kita akan nampak dunia ini serba baik dan indah. Dan begitulah sebaliknya…
Siapa yang suka sangat baca cerita gosip, berita negatif, berkawan dengan orang negatif, maka dia akan nampak dunia ini penuh dengan perkara negatif. Hidup dia tak ceria.
Hidup dia sentiasa dikelilingi dengan perkara yang negatif disebabkan apa yang dia baca, apa yang dia lihat dan tonton, dan dengan siapa dia berkawan rapat.
Samalah macam orang yang suka tengok cerita hantu.
Penggemar Cerita Hantu
Orang yang suka tengok cerita hantu, dia akan takut untuk keluar waktu malam. Dia takut nak ke tempat gelap seorang diri.
Walaupun seumur hidup dia tak pernah jumpa hantu, tetapi dia rasa hantu ada di mana-mana!
Sedangkan pada hakikatnya hantu itu tidak ada. Yang ada cuma dalam fikiran dia sahaja. Itulah hasil dari apa yang dia selalu tonton, yang dia sendiri PILIH untuk menontonnya!…
Jadi macam mana nak pastikan supaya kita nampak dunia ini dengan penuh perkara positif yang akan membuatkan hidup kita sentiasa opitimis dan ceria?
Mudah sahaja. UBAH apa yang kita BACA, apa yang kita TONTON, apa yang kita DENGAR, dan dengan siapa kita BERKAWAN RAPAT!
InsyaAllah dunia kita akan berubah.
Hentikan Yang Negatif
Bila mula letakkan azam untuk ubah masa depan saya, ini yang saya buat:
Pertama, saya stop semua input negatif.
Sejak tahun 2009 lagi, saya tak tengok TV, tak tengok berita-berita di TV, ataupun berita dari surat khabar.
Saya tak akan baca posting negatif yang lalu di news feed Facebook saya.
Saya unfriend sesiapa sahaja yang suka letakkan posting negatif yang boleh mengganggu news feed saya dengan unsur negatif, kebencian, perbalahan dan sebagainya.
Saya tak akan tengok foto-foto negatif, dan saya tak akan klik video negatif yang lalu di wall saya. Semua posting dan link itu akan membuatkan sesiapa sahaja rasa lemah semangat, takut, sedih dan sebagainya.
Bagi saya, ia hanyalah pembaziran emosi. Kita akan rasa sedih, marah, takut, benci dsb, tapi malangnya kita tak mampu mengubahnya…
Ia cuma akan merendahkan produktiviti kita pada hari tersebut.
Jadi saya stop semua input-input negatif.
Kalau komputer kita install dengan berbagai-bagai jenis software anti-virus, spam filter dan sebagainya, bagi saya fikiran kita lebih berharga dari itu. Kita patut lindungi fikiran kita dari dimasukkan ‘sampah’ dan virus.
Masukkan Yang Positif
Kedua, saya masukkan segala input positif.
Hanya yang positif.
Baca buku-buku dan posting motivasi, kewangan, dan kejayaan. Tonton video-video yang memberikan inspirasi dalam hidup. Dan yang penting juga, berkawan dengan orang berjaya dan kawan-kawan yang sentiasa positif.
Itulah yang akan mengubah perspektif kita tentang kehidupan dan membuatkan kita sentiasa ceria, bersemangat, dan optimis untuk terus maju, insyaAllah.
Kita adalah apa yang kita fikir…
Dari Abu Hurairah ra., Rasulullah saw bersabda : “Sesungguhnya Allah berfirman : “Aku menurut sangkaan hambaKu kepadaKu, dan Aku bersamanya apabila ia ingat kepadaKu. (Hadits ditakhrij oleh Tirmidzi)
Cara Membentuk Minda Positif
Saya tertarik dengan video bertajuk “4 Cara Mengubah Mindset” oleh seorang motivator dari Indonesia ini. Pesanan beliau;
1. Baca yang positif saja
2. Harus ada figur yang sukses
3. Afirmasi diri
4. Dengar lagu positif saja
Apa yang kita baca, dengar dan lihat, itulah yang membentuk pola pikir kita. Sama-sama kita tonton video ini.
Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
Zulkifli
Cyberjaya, Malaysia
12 Julai 2018
28 Syawal 1439H
- Tukar cara berfikir - FB (2016)
Alhamdulillah..
Dah macam melanggan majalah ni.
Setiap hari buka tengok update tuan.
Salin balik apa tuan kata.
Mohon restu ilmunya.
Mohon doa dari tuan agar saya mencapai kebebasan kewangan
Alhamdulillah.
Terima kasih En. Mohd Hafiz kerana ziarah blog ini.
Mudah-mudahan bermanfaat, insyaAllah.
saya cinta diri saya
saya ingin bahagia
saya pasti bisa
Terus sukses.. Aamin
Amiin..
Assalamu’alaikum Ustaz Zul..
Dari zaman budak lagi, saya sangat sayangkan buku-buku saya.
Saya simpan dengan elok, baca dengan cermat, bawa dan letak dengan sopan. Semua buku-buku saya masih kelihatan baru. Tak semua buku saya baca, saya lebih gemar membelek dari membaca (Skim & Scan) dan bercerita apa yang dah saya baca. Kalau terpaksa kitar semula buku-buku lama yang dah ‘outdated’, dimakan ulat buku pun susah. Hati tak tenteram melepaskannya.
Saya tak pernah bercita-cita besar sebab saya bukanlah seorang yang bijak pandai, biasa-biasa aje, kadang-kadang bengong juga . Tapi sekarang ini, Allah s.w.t. jadikan saya seorang Guru di UIAM. Orang lain – jiran-jiran, rakan sekerja dulu, saudara-mara ingat saya ini bijak pandai. Alhamdulilah.
Benarlah apa yang kita fikir, rasa, cakap dan buat, itu semua d’oa. Do’a yang baik pasti dimakbulkan Allah. Alhamdulillah
Wslm En. Syed,
MasyaAllah.
Pengalaman dan sharing yang menarik.
Jazakallahu khair.
Patutlah kena unfriend
http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2018/07/19/pemungut-sampah-pun-manusia-juga-hargai-mereka/
Satu artikel yang baik. Terima kasih wira tak didendang.
Betul En. Azrai.
Terima kasih.