Dalam 15 tahun dengan Public Gold (PG), saya boleh katakan setiap tahun mesti PG ada masalah.
Masalah website kena shut-down, masalah kerajaan kenakan GST, masalah production, masalah logistik, masalah gold bar dan dinar tak diterima oleh ar-rahnu, dan masalah paling besar setakat ni ialah pernah sekali disenaraikan dalam Alert List BNM (tahun 2012)!
Banyak syarikat emas bungkus satu per satu gara-gara masalah-masalah tu.
Tapi berbeza dengan PG; setiap masalah, semuanya selesai dan menjadikan PG lebih baik. Orang tak lari, bahkan bertambah yakin dengan PG. Alhamdulillah.
Dulu saya customer yang ke-2369. Tapi sekarang dah lebih 2 juta customer!
Kenapa?
More...
Berkembang tanpa iklan
Saya nak share pemerhatian saya kenapa PG makin lama makin kukuh dan makin besar - yang mungkin ramai orang tak tahu rahsia ni.
Kalau kita sebut pasal marketing, orang biasanya bayangkan iklan. Lagi banyak iklan, lagi besar peluang nak jual produk. Betul tak?
Cuba perhatikan, berapa banyak PG bakar duit untuk iklan?
Kita boleh katakan sangat minimum. Bahkan sekarang, hampir tak kelihatan iklan yang dibuat oleh PG.
Rahsia PG berkembang bukanlah iklan. Tapi ada satu konsep yang Seth Godin (Guru Marketing) popular kan — Tribe Marketing.
Apa benda Tribe Marketing ni?
Secara mudahnya, manusia memang suka hidup dalam kumpulan (tribe ataupun circle).
Kita rasa lebih selamat, lebih seronok bila ada komuniti yang berkongsi nilai, minat, atau misi yang sama dengan kita.
Dan inilah rahsia Tribe Marketing — orang tak semata-mata beli produk, mereka beli rasa belonging (kebersamaan). Rasa jadi sebahagian daripada 'movement' (gerakan).
Orang join PG bukan sekadar beli emas, tapi nak join misi jadi lebih kaya dengan emas.
Ia bukan sekadar produk, tapi misi dan komuniti.
3 Kunci Tribe Marketing
Itulah sebab kenapa susah competitor bersaing dengan PG.
Mereka nak bersaing harga lebih murah, design lebih cantik, platform lebih canggih. Tapi itu semua tak menggugat komuniti penyimpan emas PG.
Mereka kekal dengan PG.
Ini yang kita kena faham tentang Tribe Marketing;
- Bukan sekadar produk - Orang follow tribe bukan sebab produk murah. Mereka follow sebab ada nilai, cerita dan inspirasi yang sama.
- Tribe perlukan leader - Seth Godin kata, setiap tribe perlukan leader (pemimpin). Leader yang bagus inilah yang bawa misi, visi dan cerita yang jadi inspirasi.
- Hubungan lebih kuat daripada iklan - Tribe berkembang melalui cerita, pengalaman (testimoni), dan connection — bukan dengan push iklan semata.
iPhone bukan sekadar produk
Kita boleh tengok contoh Apple.
Setiap kali Apple launching iPhone baru, orang sanggup beratur panjang sejak awal pagi. Walaupun kita tahu, banyak phone Android yang ada ciri-ciri jauh lebih baik berbanding Apple.
Dapat kecaman macam mana sekalipun, ia tak membuatkan komuniti pengguna iPhone beralih ke phone Android dengan mudah.
Bahkan sangat jarang kita dengar pengguna iphone beralih kepada Android.
Persoalannya kenapa?
Orang beli iPhone bukan sebab specs, tapi sebab rasa jadi sebahagian daripada komuniti pengguna Apple - “Think Different”.
Mereka duduk dalam satu ekosistem Apple, bukan sekadar satu dua produk. Paling kurang pun sekali snap gambar terus cantik dan mudah nak Airdrop gambar sesama mereka.
Macam orang beli motor Harley-Davidson. Ia bukan tentang ciri-ciri motor tu, tapi orang beli “brotherhood” dalam komuniti Harley-Davidson.
Public Gold pun sama
Kalau fikir balik, Public Gold bukan sekadar jual emas. Yang buat ramai orang melekat ialah tribe yang terbina:
- Ada misi menabung emas #1kilogram1keluarga.
- Ada gerakan #MisiUbahHidup1000Keluarga.
- Ada komuniti besar macam #PGG100Network dan #5GAssociates .
Bermula dengan misi Founder PG nak selamatkan kewangan masyarakat dengan emas.
Dipopularkan oleh Mahaguru Emas Malaysia En Syukor Hashim - yang mendidik masyarakat ilmu simpanan emas yang betul dan selamat.
Kemudian digerakkan oleh saya - bantu masyarakat yang nak ubah hidup dan kaya dengan emas.
Mereka join PG bukan sekadar jadi penyimpan emas biasa, tapi jadi sebahagian daripada perjalanan — bina tabungan kukuh, bebas hutang, dan capai financial freedom bersama-sama.
Bukan sekadar produk, tapi komuniti
Belajar daripada pengalaman PG yang hari ni dah ada lebih 2 juta penyimpan emas;
👉🏻 Marketing paling power bukan bila kita jual produk, tapi bila kita bina tribe - komuniti sendiri.
👉🏻 Bila tribe terbina, ahli bukan sekadar customer. Tapi mereka jadi pejuang dan pembawa mesej brand kita.
Kaedah marketing paling berkesan ialah word-of-mouth (WOM). Cakap-cakap orang tentang kebaikan produk dan bisnes kita dari mulut ke mulut lebih dipercayai daripada iklan.
Itulah seni Tribe Marketing yang saya belajar dari tulisan Seth Godin.
Bila kita faham pasal tribe dan bina komuniti ni, ia ubah cara kita buat bisnes selama-lamanya.
Bisnes bukan sekadar buat duit, tapi bina kehidupan bersama komuniti yang kita bina dalam jangka panjang... InsyaAllah...
Zulkifli
Cyberjaya
25 September 2025
2 Rabiul Akhir 1447H
- Bukan sekadar produk - Orang tak semata-mata beli produk. Mereka beli rasa belonging – rasa jadi sebahagian daripada komuniti yang share nilai sama.
- Tribe perlukan pemimpin - Seth Godin tekankan; setiap tribe perlukan seorang leader yang bawa misi, visi, dan cerita yang jadi inspirasi. Pemimpin inilah yang bina hubungan, menyatukan, dan menggerakkan tribe.
- Hubungan > Iklan - Dalam tribe marketing, keutamaan bukan pada “push iklan” tapi pada “connect with people”. Tribe berkembang melalui cerita, pengalaman (testimoni jujur), dan interaksi, bukan semata-mata promosi.
- People follow people, bukan produk - Mereka follow tribe sebab inspirasi leader dan komuniti, bukan sebab harga produk lebih murah.
- Shared Idea → Apa nilai / misi yang tribe percaya (contoh: “Financial Freedom”, “Minimalism”, “Healthy Lifestyle”).
- Connection → Hubungan rapat antara leader ↔ ahli tribe, dan juga ahli ↔ ahli.
- Movement → Tribe bukan statik. Ada gerakan, kempen, atau perjuangan yang menggerakkan mereka.
- Storytelling → Cerita yang konsisten, membina identiti tribe.
Trusted Recommendation
– Orang lebih percaya cakap kawan, ahli keluarga atau kenalan berbanding iklan.
– Kajian Nielsen: lebih 90% pengguna percaya cadangan daripada orang yang mereka kenal.
Percuma & Berkembang Sendiri
– Sekali pelanggan puas hati, mereka cerita dengan sukarela.
– WOM boleh jadi viral effect tanpa perlu kos tambahan.
Lebih Tahan Lama
– Iklan sekali tengok mungkin orang lupa.
– Tapi pengalaman peribadi + cerita mulut ke mulut lebih melekat dalam ingatan.
Bina Komuniti & Tribe
– WOM bukan saja tarik pelanggan baru, tapi juga kukuhkan “tribe.”
– Orang yang share testimoni sebenar rasa jadi sebahagian daripada movement.

