Kalau kiblat saya adalah duit, #MisiUbahHidup1000Keluarga tak akan berjaya...
Itulah antara yang kami bualkan semalam...
Hari ni makin ramai yang berjaya capai passive income RM5k - RM10k. Mereka capai hanya dalam masa 24 bulan sahaja.
Dalam masa 3 - 5 tahun, mereka dah boleh pencen. Dah capai #FinancialFreedom. Alhamdulillah...
More...
Landskap pasaran emas dulu
Pencapaian macam ni tak akan berlaku 10 - 15 tahun lalu.
Dulu tak ada jalan... Saya kena lalu jalan hutan dan semak samun...
Try and error...
Try and error...
Yang banyak cuma error... Daripada errror itulah saya belajar dapat formula yang betul...
Masa saya bermula 15 tahun dulu, #PublicGold cuma 1 daripada banyak syarikat emas. Lebih kurang sahaja dengan syarikat-syarikat emas lain...
Ejen-ejen jual emas dengan cara COD... Ambil stok di branch, lepas tu hantar stok ke tangan customer...
Dulu orang kenal emas hanyalah alat pelaburan "buy low sell high"... Orang tengok emas tak ubah macam saham sahaja...
Emas tu dilihat tak berguna selain daripada buy low sell high...
Dulu banyak influencer kewangan pun tak percaya emas... Sebab emas tak ada cashflow kata mereka...
Bahkan ada influencer kewangan yang gigih terbitkan ebook hanya semata-mata nak bagitahu simpan emas tu tak bagus!...
Suasana bisnes Public Gold dulu
Dulu, Public Gold tak ada sijil patuh syariah... Sedangkan lebih 80% customer adalah Muslim...
Dulu, tak ada sistem mentorship... Tak ada dealer yang berjiwa besar nak bantu orang lain ubah hidup dengan Public Gold...
Yang ada cuma jerung dan bilis... Yang boleh bertahan hanyalah jerung... Bilis-bilis semua mati dibaham jerung...
Dulu tak ada padang yang sama rata untuk orang ubah hidup dengan Public Gold... Siapa kuat, dialah yang menang... Dialah yang akan sapu bersih untuk diri dia sendiri...
Nak bina team?
Nak bantu ubah hidup orang lain?
Itu semua tak mendatangkan duit...
Dulu Public Gold mana ada award untuk dealer yang membina team...
Yang ada cuma PERSONAL sales...
Semuanya tentang PERSONAL, PERSONAL, PERSONAL...
Tiada award tentang group dan leadership... Tak ada...
Jadi siapa yang sanggup bekerja untuk bantu ubah hidup orang lain tanpa dapat apa-apa ganjaran wang ringgit?...
Misi perlukan jiwa yang besar
Saya cakap pada mereka, kalau bukan kerana misi saya nak ubah hidup 100 keluarga, tak ada siapa yang sanggup bekerja keras bertahun-tahun untuk sediakan 'highway' kejayaan yang mereka lalui hari ini...
3 tahun pertama saya bekerja kuat jelajah seluruh Malaysia dan Indonesia, sudahlah langsung tak nampak peningkatan dari sudut duit...
Yang saya dapat hanyalah sindiran tentang misi yang dianggap tak masuk akal ketika itu...
Saya terus bekerja hanya dengan satu harapan...
Iaitu, kalau Public Gold dapat bantu ubah hidup saya dan keluarga, pasti peluang yang sama ni dapat bantu ubah hidup orang lain juga...
Syukur alhamdulillah... Jalan yang kelam satu masa dulu, hari ni sudah cerah terang benderang....
Sampai saya kena ulang kata-kata ni (kepada murid-murid saya dalam training),
"Buat dapat... Tak buat tak dapat... Tak dapat sebab tak buat!" sahaja...
Bukan sebab tak boleh buat...
Success is predictable!
Success is predictable!
Success is predictable!
See you at the top!...
Zulkifli
Dungun
19 Julai 2025
23 Muharram 1447H
Coretan FB berkaitan:
- Kerja 'hakiki' orang bisnes ialah mengopi! - FB (2025)
- 209 Keluarga Sudah Berubah Bersama G100! - FB G100 (2025)
- Hari ini semangat juang beliau bukan lagi untuk mengubah nasib 100 keluarga, tapi 1,000 keluarga! - FB Nazim (2025)


