MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Bercuti Bersama di Mabul : Impian Satu Masa Dulu Adalah Hari Ini!

"Datang honeymoon ke?"

"Eh bukan... Kami masih bujang... Kami datang bertiga".

Owh... Kami ingatkan mereka pasangan yang baru berkahwin yang sedang honeymoon. Tapi rupa-rupanya 3 sekawan.

Dua lelaki dan seorang perempuan.Lagi satu jiran ialah mat salleh lelaki yang datang bercuti seorang diri.

Makan sendirian. Termenung sendirian...

Kami? 

Syukur alhamdulillah... Kami datang 25 orang... Kami conquer hampir keseluruhan resort tempat kami menginap. 

More...

Kegembiraan bukan kerana menyelam  

Semuanya dealer-dealer Public Gold yang satu kepala, satu misi yang saling bekerjasama dan bantu membantu dalam membina bisnes antara satu sama lain. 

Mereka adalah murid-murid saya yang telahpun menjadi sebahagian daripada kejayaan #MisiUbahHidup1000Keluarga.

Alhamdulillah... 

Sebenarnya keseronokan saya ke sini bukanlah sekadar diving, tapi dengan siapa saya turun diving tu lebih penting.

Kalaulah hanya berdua dengan isteri, saya tak akan datang ke sini hanya semata-mata untuk diving.

Tapi trip ni, kami diving ramai-ramai. Lepas tu gelak ramai-ramai bersama dengan orang yang saya percaya.

Alhamdulillah, itulah yang menggembirakan saya dengan aktiviti diving ni. 

Impian dulu realiti hari ini

Salah satu nikmat besar yang selalu kita lupa ialah Tuhan hadirkan orang yang baik-baik dalam hidup kita; ahli keluarga dan kenalan yang menyayangi dan percayakan kita.

Yang bersama saya untuk trip Pulau Mabul dan Sipadan ni ialah mereka yang percaya pada impian masa depan yang selalu saya sebut-sebutkan satu masa dulu.

Ketika dalam kelas dan sessi training, saya sentiasa sebut; 

✅ Financial freedom - tak kerja pun ada duit 

✅ Time freedom - bekerja di mana-mana asalkan ada internet 

✅ Circle yang positif yang sama mindset 

Hari ni sabar datang belajar bersama-sama, satu hari nanti kita enjoy life bersama-sama.

Syukur alhamdulillah... Masa depan yang saya sentiasa sebut-sebut sejak 5 - 10 tahun yang lalu adalah hari ini.

Dulu rat race, sekarang financial freedom 

Hari ni mereka bukan lagi golongan B40 atau M40, dan bukan juga golongan T20 yang masih terperangkap dalam rat race kerja 9.00 pagi - 5.00 petang. 

Tapi mereka sedang nikmati kehidupan golongan T1 yang keputusan tentang bila-bila masa nak kerja semua di tangan mereka tanpa bimbang lagi tentang duit untuk hidup dengan gaji dari bulan ke bulan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Sambil nikmati kehidupan, kami masing-masing berkerja mencapai misi yang sama;

"Misi Ubah Hidup 1000 Keluarga"... InsyaAllah. 

#MotivasiKewangan
#MyDivingJourney

Zulkifli
Pulau Mabul, Sabah
22 April 2025
23 Syawal 1446H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>