MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Perbaharui Impian, Paksa Diri Keluar Dari Comfort Zone

November 8, 2023

Dua tahun hidup goyang kaki dapat duit! Benar-benar 'goyang kaki'...

Satu ketika dulu, saya pernah berehat dari menjalankan bisnes Public Gold secara aktif selama 2 tahun, iaitu tahun 2014 dan 2015. Masa tu kehidupan saya memang dah sangat selesa.

Hidup sebagai seorang yang bebas. Tak bekerja, tapi ada duit.

More...

Umur masih muda, tapi sudah pencen

Passive income berpuluh ribu setiap bulan, tapi hanya duduk di rumah, update blog dan Facebook sahaja. Benar-benar kehidupan sebagai seorang yang bebas pada usia saya 33 tahun! Alhamdulillah...

Pada waktu tu, susah saya nak jawab setiap kali orang tanya saya, "Kerja apa?", dan "Office di mana?".

Setiap kali terserempak dengan jiran, mereka tanya "Cuti ker hari ni?"... 

Serba salah saya nak jawab.

Umur masih muda. Duduk di rumah kondominium mewah, ala-ala hotel 5 bintang. 

Ketika orang lain pergi kerja, saya berlegar di sekitar kondomium sambil layan anak-anak atau lepak di tepi swimming pool (kolam renang).

Selalunya orang muda yang berlegar di sekitar kondominium masa office hour, biasanya samada dia staff management office, kontraktor, security guard, atau cleaner sahaja! Resident (penduduk) di situ semuanya pergi kerja! 

Inspirasi untuk kembali bekerja

Cuma saya seorang saya penduduk yang sering berlegar-legar ketika office hour (waktu orang lain keluar bekerja). Kehidupan saya benar-benar lain dari yang lain. Sampailah saya rasa bosan dengan hidup tak pergi kerja...

Ketika itulah Mr Kenneth Cheang Chee Wah (staff Public Gold) datang mencetuskan inspirasi baru kepada saya katanya, 

"Sekarang (pada ketika itu) kehidupan you sudah berubah (selesa). Kalau you dapat bantu orang lain jadi macam you, you dapat ubah nasib sebuah keluarga!..."

Kalau saya dapat bantu seseorang jadi #NextMohdZulkifli (dealer Public Gold berjaya macam saya), saya berjaya mengubah nasib sebuah keluarga! 

Daripada saya 'tak buat apa-apa', why not saya terus bekerja untuk bantu orang lain dapat kehidupan seperti saya? 

Sejak saat itu hati saya membuak-buak... Bersemangat! 

Ia menjadi inspirasi untuk saya kembali bekerja keras menjadikan dunia ini lebih baik dengan apa yang Tuhan telah rezekikan kepada saya. 

Di saat itulah satu tetapkan satu misi besar dalam hidup saya, iaitu melahirkan 100 orang berjaya seperti saya. 100 "Next Mohd Zulkifli"...

Cabar diri dengan impian baru

Ketika baru seminggu saya dibebaskan dari musibah dipenjarakan (terpaksa berehat untuk kali ke-2), dan melihat perkembangan luar biasa murid-murid saya G100 Network (walaupun tanpa saya bersama mereka sepanjang 2 tahun - 2019 dan 2020), saya buat keputusan untuk mencapai impian baru yang lebih besar, lebih mencabar... 

Saya nak melahirkan 1,000 FMD (Founder Master Dealer) Public Gold menjelang tahun 2024. 

Iaitu 1,000 dealer Public Gold yang berjaya mendapat pendapatan pasif sekurang-kurangnya RM5,000 sebulan sambil menabung emas! InsyaAllah...

Saya percaya dengan lahirnya FMD seramai itu, akan memberikan impak yang besar dalam mendidik masyarakat ilmu yang betul tentang simpanan emas dan kewangan di Malaysia, Singapore, Indonesia dan Brunei, InsyaAllah... 

Impian baru ni membuatkan saya sungguh tak selesa. Ia memaksa untuk keluar dari zon selesa untuk mencipta kejayaan baharu! InsyaAllah...

Terima kasih Mr Kenneth Cheang Chee Wah atas inspirasi! 

Success is not a destination, it's a journey. - Zig Ziglar

Zulkifli
Cyberjaya
8 November 2023
24 Rabiul Akhir 1445H

#MisiUbahHidup1000Keluarga #RoadTo1000MD 

Beliau dikenali sebagai guru disiplin bagi dealer-dealer Public Gold aktif. God bless you! 

Melihat komitmen murid-murid saya join training membuatkan saya tak boleh berehat. Kalau ada 1,000 peserta, maksudnya saya sedang menggalas 1,000 harapan di bahu saya sebagai Founder. 

“Riches is not about how much money in our bank accounts but how many people life we touch and change along the way.” - FB Dato Wira Louis Ng, 18 Januari 2024

“Kita memang mengharapkan yang terbaik, tetapi kena sentiasa bersedia dengan yang terburuk. Rasa tak selamat itu memaksa kita keluar dari comfort zone yang membantutkan kemajuan hidup setiap kita. ” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 25 Disember 2022

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>