MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

4 Langkah Bangkit dari Masalah Kewangan

November 9, 2023

Berapa besar pun masalah kewangan, ianya pasti akan selesai juga, insyaAllah... Punca utama ramai orang tersangkut masalah kewangan bertahun-tahun bukan sebab tak boleh, tapi dia tak ada keinginan kuat untuk keluar dari masalah.

Dia tak fokus selesaikan masalah. Tapi dia lari daripada masalah. Kita bagilah formula apa sekalipun, dia tak akan ke mana-mana.

More...

Saya tertarik dengan 4 langkah keluar dari masalah kewangan, dikongsikan oleh En Sabri Yaacob. Ia hasil daripada apa yang beliau belajar dari Tuan Zaidi Ismail, pakar forensik kewangan.

Ini saya senaraikan 4 langkah tersebut, dan ulasan pada perspektif saya.

Langkah #1 - Akui Kesilapan

Pertama, akui yang kesilapan dan kelemahan diri sendiri.

Apa pun yang sudah terjadi dalam hidup kita, letakkan tanggungjawab sepenuhnya atas diri kita sendiri. Bukan salahkan orang lain.

Selagi kita salahkan orang lain, hidup kita tak ke mana-mana. Walaupun betul masalah itu terkait dengan orang lain, tapi selagi kita tuding jari kepada orang lain, masalah tu akan jadi beban untuk kita maju ke depan. 

Kalau nak maju, akui kesilapan dan kelemahan diri. Kemudian MOVE ON!

Langkah #2 - Buat Perubahan

Kehidupan kita hari ni ialah apa yang kita buat bertahun-tahun sebelum ni. Apa yang kita buat, itu jugalah yang kita dapat.

Masa depan kita sangat bergantung apa yang kita buat pada hari ini.

Untuk keluar dari masalah, kita kena berubah. Kenalpasti kesilapan yang kita buat selama ini, dan tinggalkan...

Ubah buat perkara yang betul hari ini. Ulang buat perkara yang betul setiap hari, setiap minggu, setiap bulan, setiap tahun, sampai jadi sebahagian dari diri kita - habit, rutin, karektor. Cepat atau lambat, kita tetap akan berjaya! InsyaAllah...

Tuhan tak akan sesekali sia-siakan usaha kita, dan Dia akan sempurnakan kejayaan itu di akhirat kelak... Amiin..

Langkah #3 - Dapatkan Nasihat Pakar

Jangan jadi tikus baiki labu. Lagi dibaiki, lagi rosak!..

Cara betul, dapatkan nasihat pakar. Bukan pergi tanya 'jiran sebelah' - orang yang sama-sama ada masalah macam kita juga!

Formula untuk berjaya ni simple sahaja; kita kena TAHU apa orang berjaya tahu, kena BUAT apa yang mereka buat, barulah kita akan DAPAT apa yang mereka dapat. 

Jadi dapatkan nasihat orang yang dah capai apa yang kita nak capai. Belajar dari yang pakar dengan cara baca buku-buku tulisan mereka, join seminar yang mereka anjurkan.

Bahkan lebih baik, dapatkan direct coaching terus daripada mereka yang terbukti berjaya!

Langkah #4 - Tetapkan Matlamat

Sebab paling utama banyak orang tak capai matlamat, bukan sebab ianya susah. Tapi sebab awal-awal lagi dia tak ada matlamat! Tak ada target yang jelas...

Dia takut tetapkan matlamat. Dia takut matlamat tak dicapai.

Jadi untuk elakkan kekecewaan, dia langsung tak tetapkan matlamat!

Mereka yang ada masalah hutang bertahun-tahun, bukan sebab tak boleh selesaikan hutang. Tapi dia sendiri tak serius untuk bebas dari hutang. Dia tak ada matlamat untuk bebas hutang!

Untuk capai matlamat, pertama sekali kena tetapkan matlamat. 

Bila ada matlamat, dan serius untuk capai matlamat, otak kita akan mula bekerja tanpa sedar.

Pengalaman saya bebas masalah kewangan

Pengalaman peribadi saya;

  1. Bebas dari pada hutang pada usia 27 tahun, iaitu lepas 4 tahun letakkan matlamat untuk bebas daripada hutang. Ia inspirasi daripada buku "Jutawan Senyap", tulisan Chef Li (Dato' Dr Rusly Abdullah).
  2. Capai financial freedom ("tak kerja pun ada duit") pada usia 33 tahun. Iaitu sekitar 11 tahun sejak saya letakkan target untuk capai kekayaan RM1 juta pertama.

Alhamdulillah...

Akhir sekali berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, kebanyakan orang dapat keluar daripada masalah kewangan dan mempunyai kedudukan kewangan yang agak baik lepas 3 - 5 tahun dia letak target dan bekerja keras untuk capai target.

Jadi ambillah langkah pertama sekarang. Dan bersabarlah...

Perkara yang paling payah untuk berjaya ialah "bermula". Yang kedua paling payah ialah "konsisten". Bila kita mulakan langkah pertama dan konsisten buat perkara yang betul, kejayaan cuma persoalan masa sahaja. InsyaAllah...

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
9 November 2023
25 Rabiul Akhir 1445H

15 tahun lalu, tak ramai yang pakai motor kapcai sampai ada 3 box begini. Saya pakai motor sebab kos bergerak dengan kereta terlalu mahal bagi saya ketika itu. Ketika susah dan miskin, itu waktu kita patut bekerja keras untuk bangkit. Orang berjuang untuk kebaikan, hidup mulia, mati pun mulia...  

“Bila ada masalah kewangan, jangan sesekali melabur. Melabur bukan untuk orang yang nak cari duit lebih. Tapi untuk yang ada duit lebih. Bila melabur, rugi dalam tangan. Untung belum tentu. Jangan sesekali melabur dengan duit yang kita tak sanggup lebur.” - FB Mohd Zulkifli Shafie, 18 Januari 2024

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku bestseller; Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia), yang memberikan servis kepada lebih 500,000 penyimpan emas di seluruh Asia Tenggara.

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>