MohdZulkifli.Com

Motivasi Kewangan & Simpanan Emas

Mindset Betul Untuk Bebas Dari Hutang

September 6, 2023

Masalah hutang dah bertahun-tahun, tapi nak cari teknik ajaib supaya dapat settle hutang bulan depan! Itu tak logik... 

Macam orang yang tak jaga kesihatan dah bertahun-tahun, tak jaga makan minum, hisap rokok tak pernah fikir nak berhenti, exercise pun dah bertahun-tahun tinggal, bila kena sakit, nak cari ubat yang boleh sembuh bulan depan! Mana logik...

More...

Mindset kena betul dulu

Mindset macam tu bukan sahaja tak akan selesaikan masalah, sebaliknya makin lama makin teruk masalah kewangan dia.

Syukur alhamdulillah. Saya bebas hutang pada umur saya 27 tahun (tahun 2007). Sampai ke hari ini, saya tak tanggung apa-apa beban hutang, alhamdulillah.

Bagi siapa yang nak bebas hutang, pertama sekali kena betulkan mindset tu dulu. Mindset yang betul akan mendorong kita bertindak dengan cara yang betul, insyaAllah.

Mindset bebas hutang

Bila nak bebas hutang, ini yang setiap kita kena sedar :

(1) Semua hutang tu tetap perlu dibayar.

(2) Ia dibayar dengan DUIT & HARTA SENDIRI juga. Tak ada teknik langsai hutang tanpa sentuh duit dan harta sendiri.

(3) Kalau nak cepat langsai, JUAL HARTA yang ada dan bayar hutang. Itupun kalau ada harta...

(4) Kalau harta tak cukup, kena cari duit extra untuk bayar hutang; KURANGKAN PERBELANJAAN yang bukan keperluan. Pendek kata, kalau tak ada benda tu, kita masih boleh hidup.

(5) Kalau dah tak boleh kurangkan perbelanjaan, tak ada jalan lain, mesti TAMBAH PENDAPATAN. Cari kerja yang lebih baik atau buat side income.

Selesai hutang, fokus tambah harta

Kena sabar. Lama-lama hutang tu tetap akan langsai juga.

Selalunya akan ambil masa 3 - 5 tahun bagi siapa yang fokus dan sabar. InsyaAllah.

Bila dah langsai semua, duit ansuran hutang dulu JANGAN SENTUH kecuali untuk tambah harta sampailah kita ada harta cukup untuk menjana passive income melebihi kos sara hidup.

Bila passive income dah lebih dari kos sara hidup, waktu tu kita sudah jadi seorang yang bebas kewangan (financial freedom), dan dibayar untuk buat apa yang kita suka.

Bukan lagi kerja kerana terpaksa bekerja.... InsyaAllah.

Allahu a'lam.

Zulkifli
Cyberjaya
6 September 2023
20 Safar 1445H

Tentang Penulis

Mohd Zulkifli Shafie

Penulis buku Wang Emas, dan Misi Bebas Hutang.

Menulis tentang kewangan sejak 2008. Berpengalaman membimbing lebih 7,000 penyimpan emas secara peribadi di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei sejak 2010.

Merupakan pengasas G100 Network; network terbesar dealer Public Gold (syarikat pengeluar emas terbesar di Malaysia).

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}
>